Sebenarnya banyak benda ibu nak cerita pasal anak-anak ibu. Tapi disebabkan ibu sibuk sangat dengan kerja pejabat, terpaksalah ibu tangguhkan seketika cerita ibu. Tapi hari ni ibu nak bercerita sikit mengenai adik kesayangan abang long dengan abang ngah ni. Sapa lagi, Dhia Khalissalah.
Dulu, abang long dengan abang ngah ibu hantar kat rumah mak tilah. Dhia pun mak tilah biasa mengasuh tapi sat saja sampai dhia 8 bulan ja. Lepas tu ibu hantar dhia ke nurseri, sebab mak tilah dah tak larat. Sepanjang dhia kat nurseri, mula-mula memang dhia kerap tak sihat, maklumlah perubahan tempat. Lama-lama alhamdulillah dhia dah boleh sesuaikan diri dengan nurseri tu. Kat sini ibu nak cerita mengenai perangai dhia yang sangat-sangat berbeza sejak dhia dok kat nurseri. Pertama sekali yang ibu dapat kesan dhia suka menyanyi, pastu dhia boleh berdikari walaupun dhia baru setahun 3 bulan. Yang paling ibu suka sebab apa yang ibu dengan abah cakap dhia mudah faham. Kalau barang-barang dhia sorrylah orang lain nak pegang n ambik, mesti dhia marah. Garang sungguh anak dara ibu ni. Baju-baju dhia kalau dah buka mesti dhia akan terus masukkan dalam raga baju tuk basuh, pampers kalau dah buka dhia akan terus masukkan dalam bakul sampah. Memang nampak banyak perbezaanlah antara dhia dengan abang long dengan abang ngah. Mungkin sebab dhia ibu hantar ke nurseri. Sebab di situ semua diajar berdikari. Kalau abang long dengan abang ngah dulu semua ibu ajar sendiri. Makan pun dhia nak makan sendiri. Tapi satu ja, dhia ni kuat merajuk. Gigirl kot. Selalu kalau dhia merajuk mesti abah, ibu, abang long ngan abang ngah akan pandang masing-masing pastu kita senyum dengan kaletah dhia khalissa. Lagi satu ayat abang ngah kalau nampak dhia buat sesuatu yang baru mesti abang ngah cakap "Pandai".
Sekarang ni dhia sudah pandai sebut nak-nak, nah, pok, duduk, abah, bu, jatuh, katak(kakak), nononono, byebye. Dah makin banyak ayat yang dhia sebut. Hari tu abah ada tegur ibu suruh ajar sebut Allah dengan Muhammad dulu. Ok ibu dah buat apa yang abah suruh. Lagi satu dhia kalau dengar orang azan dengan berzikir, khasidah, ayat-ayat quran mesti dhia diam pastu ikut sebut nana (Yahana). Cepat sungguh anak ibu ni. Cepat sungguh membesar. Ibu doakan dhia membesar menjadi anak yang solehah. Aminnnnnnnnnnn.
Thursday, 28 November 2013
Monday, 7 October 2013
Belated Birthday Girl
Lamanya ibu tak menulis. Maklumlah sibuk sesangat. Hari ni pun sibuk juga tapi ibu kuranglah sikit dari hari tu. Kali ni ibu nak cerita pasal sambut birthday dhia kat nurseri. Birthday dhia sepatutnya 13 Julai, tapi disebabkan masa tu bulan Ramadhan. Tertangguhlah seketika. Dhia sambut ngan kawan-kawan kat nurseri ja. Insyaallah tahun hadapan kita sambut dengan keluarga kita.
Susahnya nak senyum anak dara ni
Gambar dengan ibu mesti kena ada. hehehehe
Orang pakat makan kek dhia makan kentang goreng ja.
Simple ja kek ni tapi sedap
Pakat-pakat nyanyi
Makanan kanak-kanak
Friday, 16 August 2013
Ramadhan terakhir 1434 Hijrah
Rabu 7 Ogos 2013 bersamaan 29 Ramadhan 1434 Hijrah. Hari tu merupakan Ramadhan terakhir untuk tahun ini. Insyaallah tahun hadapan ada rezeki dan umur panjang kita berjumpa lagi dengan Ramadhan. Pagi rabu tu kita dah bertolak balik ke alor setar, tapi kita singgah sat kat sungai petani sebab ibu nak bagi biskut raya kat tok ani. Dalam pukul 12 jugalah kita keluar dari sungai petani. Cadangnya nak beli baju melayu kat abang long dengan abang ngah kat sungai petani, tapi bila fikir-fikir balik jalan mesti jem dengan nanti nak parking kereta pun susah kita terus balik ke alor setar. Ibu bagi cadangan kita beli ja kat tesco alor setar. Baju melayu kat sana pun ok juga. Akhirnya dapatlah kita membeli-belah kat tesco alor setar. Lain kali bolehlah datang lagi kalau balik alor setar, sebab kat situ tempat dia luas selesa ja kalau nak membeli belah.
Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai, dapat tolong-menolong buat semua kerja sama-sama. Tapi tahun ni pak ngah tak dapat beraya sekali dengan kita sebab mak ngah dalam pantang lagi. Lepas buka puasa yang tua biasalah buat kerja dalam rumah. Pasang langsir dengan kemas rumah. Anak-anak ibu biasalah bila dah jumpa dengan sepupu, main bunga apilah. Bukan main seronok. Mercun ada juga tapi dengan pengawasan orang dewasa. Mercun pun main yang biasa-biasa ja. Tapi nak dijadikan cerita kakak huriyyah terkena juga mercun telur naga. Mungkin dia ingat bunga api sebab api dia macam bunga api, lagi pun kakak huriyyah kan baru 3 tahun. tak tahu apa lagi. Nasib baiklah abah ternampak. Sempat abah pukul tangan kakak huriyyah suruh lepaskan mercun tu kalau tidak habis jari dia. Masuk dalam rumah dia dok nangis lagi, tengok tak da apa-apa pun. Pak long buka baju. Buka-buka ja baju nampak kesan macam melecur kat bahagian dada ngan cam kesan kena bunga api kat badan dia. Patutlah dia nangis, sakit. Mula tok suruh boh minyak. Minyak tu pun sejuk memang untuk luka-luka ngan terbakar. Lagi kuat dia menangis, last-last kita suruh pak long pi klinik. Kat klinik nanti mesti depa cuci. Akhirnya pak long kata dia bawa kakak pi hospital sebab klinik tak buka. Pi hospital terus kena kat bahagian kecemasan. Pak long kata depa cuci luka. Lega dengar bila dah selesai. Nasib baik pi hospital terus. Bila kat sana depa taulah nak buat apa. Abang ngah terus berhenti main sebab tengok jadi macam tu. Malam tu ja berhenti, esoknya main pulak. Tapi itulah pengajarannya, main-main juga, tapi kena sentiasa beringat.

Dhia dengan sepit rambut baru. First time adik pakai. Abang long pilih sepit ni.
Kakak Huriyyah masa kena cuci kat hospital malam tu
Raya ke-4. Dah nak sembuh luka dia. Kesan yang kecil-kecil tulah akibat percikan bunga api. Yang lucunya bila pi raya rumah saudara dia mesti angkat baju dia tunjuk kat orang pastu cakap adik kena telur naga. hahahahaha. Lucu kan. Tapi Alhamdulillah tak teruk.
Thursday, 15 August 2013
Biskut Raya
Sepuluh malam terakhir Ramadhan, ibu pun sibuk nak buat biskut untuk hari raya. Ibu sebenarnya tak pandai pun nak buat biskut-biskut ni. Semua ikut resepi, tapi alhamdulillah semua menjadi. Cuma biskut almond london ja yang ibu belajar buat masa ibu kerja kilang dulu. Maklumlah masa tu kan dok rumah bujang. Ada sorang kakak tu memang pakar buat biskut ni, so dialah yang ajar.
Tahun ni seronok buat biskut sebab abang long dengan abang ngah rajin menolong ibu. Jadilah tolong sat pun. Dhia biasalah taklah kacau sangat. Ibu bagi adunan sedikit kat dhia untuk main, last-last dia masuk dalam mulut. Semua benda dia nak makan. Ibu kan tak da anak pompuan yang besar. Anak-anak bujang lelaki pun jadilah. Tolong sat ja, lepas tu depa sambung main mainan balik.

Abang Long dah makin kurus sebab berpuasa.
Menjadi jugalah biskut yang abang long dengan abang ngah buat. Oklah ibu bagi B+
Anak dara ni sibuk main badam. Habis buat biskut ibu buang semua badam yang dhia main tu.
Malam esoknya baru ibu celop coklat. Abang long dengan abang ngah tolong tabur badam. Sat ja pastu ngadu penat. Oklah tu.
Siap sudah semua biskut ibu. Biskut samperit tak jadi nak bawa balik kampung sebab sudah tinggal separuh abang long dok ulang makan. Semua tinggal separuh sebab ibu dah bungkus untuk bawa balik kampung wan zain dengan wan un.
Tahun depan kalau umur panjang kita buat lagi biskut ni semua.
Tuesday, 6 August 2013
Berbuka kat luar pulak...........
Masuk Ramadhan terakhir ni, ibu dah rasa malas nak masak dah tak da idea. Kalau tanya abah nak makan apa, abah cakap ikut ibulah abah tak kisah masak apa pun. Kalau tanya abang long tak habis-habis dengan ayam masak merah dia. Ramadhan ni dah dua kali ibu masak ayam masak merah. Abang Ngah pulak, suruh buat tom yam. Ibu buat abang ngah tak makan pun, ibu rasa abang ngah tak tau tom yam tu cam na, dia main sebut ja. Dhia pulak senang ja. Sayur air ( abang ngah suka sebut sup sayur). Sayur air ni ibu pun suka makan.
Ibu ada juga cakap kat abah, asyik abah buka ngan kawan-kawan ja kat luar, buka dengan kita bila lagi. So, abah kata ahad bolehlah dia tak da apa-apa hal. Ibu pulak tak tau nak makan kat mana. Fikir punya fikir ibu teringatkan kedai nasi arab yang abah cakap nak bawa kita nanti. Petang tu kita pun bertolak ke Bandar Perda. Abah cakap cik mi ngan family dia pun nak ikut sekali. Oklah tu ramai-ramai lagi seronok. Sampai ke situ, abah cakap dah penuh sebab orang dah booking untuk berbuka. Sedihnya rasa. Baru dok terbayang nasi arab. Kita ke Kulim sebab cik mi ada kat kulim. Last-last berbuka dalam kereta. Cadangnya abah kata kita pi kampung peletlah dah alang-alang kat kulim. Tapi abah tukar plan last-last minute, dia kata dah janji dengan ibu nak bawa pi makan nasi arab, jadi kita pi juga ke sana. Sampai ja kat sana orang dah makin kurang, kita dapatlah makan nasi arab kat situ. Alhamdulillah. Dalam hati ibu sayang sangat kat abah. Abah suka buat kejutan kat kita. Moga-moga Allah murahkan rezeki kat abah selalu.

Ni pintu masuk dia. Siap ada no phone. lain kali nak pi sana kita call ja.
Menu dia. Ibu ingatkan ejaan dia hadratulmaut. Rupanya ejaan arab. Apa maksud dia pun tak tau. Nanti kena tanya abah.
Mulanya kita nak ambil nasi mandy. Tapi habis, jadi kita ambil ayam madquet 1 kilo, kambing madquet 1/2 kilo. Sini dia guna kilo. Entah betul ka tak ejaan ibu. Bila sampai semua terkejut sebab pinggan dia besarnya. Ni cara 15 orang makan ni. Abah cakap selalu tak besar sangat pinggan dia. Agaknya bulan Ramadhan kot. Ni ayam madquet. banyak gila.
Ni pulak abah dengan cik mi kambing madquet. Ibu rasa juga, kambing dia tak berbau so ibu boleh makanlah. Kalau berbau gerenti nanti ibu akan pening. Sudu dengan garfu bukan main banyak. Tapi kita makan dengan tangan baru best.
Ummi dengan along izzati
Abang ngah dengan dini. Dini makan bukan main banyak. Abang ngah sejak akhir-akhir ramadhan ni dah makin kurang makan nasi. Tak tahulah kenapa. Agaknya dah tak lalu nak makan kot. Abang long biasalah orang puasa airlah banyak.
Dhia muka bluer ja sbb baru bangun tidur. Ibu suap nasi pun muka bersahaja ja. Nasi dia sedap macam nasi mandy juga. Makan saja pun sedap. Nasi banyak tak habis, kita bungkus boleh makan untuk sahur. Nanti kita mai makan tengahari pulak.
Monday, 22 July 2013
Seafood
Tahun lepas masa ibu dalam pantang, ada abah bawa kakak dhia dalila dengan abang hasrol makan siput kat bukit panchor. Tahun ni tercapai juga hasrat ibu nak makan kat situ. Mulanya abah cakap nak pergi malam selasa, tapi disebabkan ada hal kita pi malam khamis. Dalam pukul 9 malam kita bertolak ke Hutan Lipur Bukit Panchor dengan kawan-kawan abah sekali. Tempat dia dalam hutan, jadi ibu tawakal jalah supaya tak da apa-apa yang jadi kat dhia. Ibu baca jugalah ayat Qursy, bukan apa beringat, maklumlah tempat tak biasa pi, dalam hutan pulak tu dan malam lagi. Dhia kan kecil lagi. Bila sampai kat sana, orang taklah ramai lagi. Orang tak balik tarawih lagilah tu. Kita ja yang tak pi tarawih. Sesekali tak palah kan. Kedai ni buka dalam bulan Ramadhan ja. Ibu makan banyaklah juga, tapi yang banyak keranglah yang lain rasa sikit-sikit ja. Nasib baik dhia mau dok diam. Ibu umpan dhia dengan biskut oreo yang abang long bawa. Abang long dengan abang ngah tahu dah memang tak makan seafood ni semua. Nasib baik ada makanan lain. Abang long dengan abang ngah makan laksa ja. Masa kita nak balik makin ramai orang datang, orang baru balik tarawih. Masing-masing lapar pakat pi cari makanan.
Orang tak ramai lagi masa ni.
Rojak sampai dulu. Sedap rojak dia. Umi pesan rojak ni sebab dia tak makan sangat siput sebab takut gatal nanti.
Ni biasalah kerang
Siput duri. Ibu tak biasa makan tapi bila makan sedap juga.
Dini bukan main kerang bulu sepinggan. hehehehe. Ibu rasa sekor ja kerang bulu ni. Bukan pa sebab isi dia besar sangat, tak lalulah ibu. rasa meloya.
Siput sudu pun ada.
Habis dah kita makan. tu pun ibu dengan along izzati ja yang makan. Umi dengan abang long tak makan pun.
Wednesday, 10 July 2013
Ramadhan
Hari ni 1 Ramadhan, maka bermulalah episod baru dalam hidup abang long dengan abang ngah. Bagi ibu Ramadhan ni adalah satu bulan yang penuh rahmat dan bulan yang ditunggu-tunggu. Bila masuk ja bulan Ramadhan ibu memang rasa seronok sangat, tak tahu nak digambarkan macam mana. Mungkin bila anak-anak ibu dah besar nanti anak-anak ibu akan faham. Tapi yang paling ibu rindu pada bulan ni adalah sembahyang tarawih beramai-ramai di Masjid. Dah banyak tahun ibu tak dapat serta. Insyaallah nanti bila adik Dhia dah besar sikit boleh ibu ikut sekali ke Masjid.
Semalam abang long dengan abang ngah ikut abah sembahyang tarawih. Mulanya abah nak ajak pi Masjid, tapi disebabkan terlewat abah ajak sembahyang kat surau sekolah ja. Abang long dengan abang ngah bukan main seronok. Seronok ibu tengok. Siap balik rumah ambil air, takut dahaga sembahyang nanti. Balik ja rumah abah cakap abang long sampai terlelap nak tunggu habis. Abang ngah pulak cakap penat sebab banyak rakaat. Selalu dok sembahyang 4 rakaat ja, malam tadi 8 rakaat tu yang rasa penat tu.
Bangun sahur pulak, sungguh menduga, tapi abang ngah pulak senang bangun dari abang long. Abang ngah ibu tak kisah sangat sebab abang ngah baru 5 tahun lebih, abang long tulah dah nak masuk 8 tahun. Kena betul-betul kali ni. Ibu kejut abang long, dia bangun tapi tak mau makan terus tidur balik. Frust betul ibu rasa. Abang ngah senang pulak bangun, bangun ja terus makan, walau tak banyak janji makan, nanti taklah lapar. Abah cakap biar pi kat abang long, nanti kalau dia lapar tetap kena puasa sampai petang. Dalam 5 minit lagi nak azan abang long bangun dia cakap nak makan maggi goreng. Makan maggi goreng dengan air masak jalah sebab air milo ibu dah basuh bekas dia. Tulah padahnya kalau makan last-last minit dengan makan sorang-sorang. Tapi ibu puas hati sebab akhirnya abang long bangun juga bersahur.

Monday, 10 June 2013
Pancake Jagung
Dah lama ibu nak buat pancake jagung ni sebab tengok resepi kat blog Hanieliza's Cooking amatlah senang. Sekali tengok bahan-bahan dia macam nak buat cucur jagung. Cuti hari minggu baru ni, kita tak kemana-mana, so ibu pun buatlah untuk breakfast. Abang long dengan abang ngah tak makan pun. Sedangkan masa nak buat tu depa yang excited. Ayah , ibu dengan Dhia ja yang makan. Dhia suka sungguh sampai habislah sekeping. Nanti bolehlah buat lagi.
PANCAKE JAGUNG
Bahan
1 tongkol jagung [dihiris halus]-disebabkan ibu cari jagung tak ada ibu beli jalah jagung dalam tin.
1 biji telur A - ibu guna telur gred B ja.
3 biji cili merah [dicincang kecil]
1 pokok daun bawang [dicincang kecil] - ibu tak letak sebab anak-anak tak makan
100 gram daging ayam [dicincang kecil dan goreng tanpa minyak]
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
3 cawan air
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa
Cara-caranya
1. Gaul rata semua bahan.
2. Masukkan sesenduk dalam kuali tak lekat, alah macam buat pancake biasa tu.
3. Masakkan dengan api yang paling kecil dan terbalikan.
4. Hidangkan. [Jika suka dengn cili sos]. Makan tanpa sos pun dah sedap.
Muka budak yang kekenyangan.
Friday, 7 June 2013
Kenduri Maksu
Minggu pertama cuti sekolah 26 mei 2013 adalah hari yang bersejarah untuk mak su nurul. Pagi jumaat 24 mei 2013, kita bertolak balik. Cadangnya nak singgah sungai petani rumah tok wan sat untuk ambil kuih, lepas jumaat kita bertolak ke alor setar. Tapi pagi tu tok wan un call kata tok ani tak sihat, kita pun bermalam kat sungai petani. Pagi sabtu baru kita bertolak balik rumah wan zain. Ibu sebenarnya seronok sangat sebab dah lama tak ada kenduri besar macam ni. Dan ibu syukur sangat sebab adik Dhia tak meragam, sapa ambil pun tak pa. Senang ibu nak buat kerja. Sibuk buat kerja tak sempat nak ambil gambar suasana gotong-royong kat kampung ibu. Abang long dengan abang ngah tak yah ceritalah, ke sana ke sini dengan sepupu-sepupu. Terbang bebas macam burung dapat keluar dari sarang. Dah selamat jadi isteri orang dah adik bongsu ibu. Semoga mak su berbahagia sampai akhirat. Tempuhilah alam rumah tangga dengan hati yang sabar dan tenang.
Ni masa akad nikah hari tu
Hari kenduri. Ibu tak sempat ambil gambar banyak. Tak pa abah kan ada. Nanti boleh tengok kat abah.
Monday, 20 May 2013
Laksam Kedah
Cuti hujung minggu baru ni, ibu dah nekad nak buat laksam. Laksam Kedahlah laksam apa lagi, ibu kan orang Kedah. Sebenarnya masa ibu sekolah menengah dulu ibu pernah buat, siap buat untuk jamuan hari raya lagi. Ibu belajar buat laksam ni dengan mak saudara ibu. Dia pun dah lama dah tak ada. Masa baru-baru kahwin dulu, ibu ada buat juga tapi tak menjadi, maklumlah dah lama tinggal. Sejak tu jadi fobia pulak nak buat laksam takut tak menjadi lagi. Minggu lepas ibu search google cari resepi laksam Kedah. Dah dapat ibu apa lagi carilah bahan-bahan nak buat. Mula-mula buat jadi keras sebab ibu letak tepung tebal sangat. Dua, tiga kali cuba Alhamdulillah menjadi, cuma kuah ja kurang santan sikit. Abah kata jadi cam kuah laksa biasa, cuma rasa lemak sikit ja. Tak pa lepas ni kalau ibu buat laksam lagi, ibu dah tau dah cara dia. Nak buat laksam bukan main lama, nak makan sat ja. Satu adunan dapat sikit ja. Abang long dengan abang ngah tak makan pun. Ibu ja yang makan banyak.
Tepung untuk buat laksam
Nilah rupa laksam yang belum dipotong. Oklah first time cuba.
Kuah laksam
Akhirnya
Monday, 13 May 2013
Berakhir Sudah Aktiviti Tahunan
Sabtu baru ni, berakhir sudah sukan kat tempat kerja ibu. Satu hari yang memenatkan. Ibu masuk pertandingan badminton. Sukan ni boleh dikatakan tiap-tiap tahun ibu main, tapi macam tahun lepas ibu tak mainlah sebab ibu preagnant kat Dhia. Tahun lepas ibu berehat, apa-apa sukan pun ibu tak main. Ibu suka main sukan yang banyak keluarkan peluh. Bukan apa dengan cara ni ibu dapat lakukan senaman. Rasa selesa sangat bila dapat keluarkan peluh. Ibu suka bersukan ni sejak dari sekolah lagi. Sukan yang paling ibu suka tentulah bola jaring. Permainan budak perempuan. Abah pun ada cakap nanti bila dah besar Dhia boleh main badminton macam ibu. Kalau badminton ni ibu aktif masa kat tempat kerja JKR SPS ni ja, sebelum ni ibu dok main dengan tok wan zain ngan adik beradik ibu masa ibu kecil dulu. Wan zainlah guru ibu dalam sukan badminton ni.
Berbaloi sungguh kali ni ibu main badminton sebab team ibu dapat masuk final dan dapat naik juara. Tempat kerja ibu dapat ke-3 keseluruhan antara semua daerah. Seronok sangat sebab tahun ni kedudukan rumah kelab ibu dah naik balik.

Selambut dapat no. 4
Dok tunggu nak ambil hadiah
Thursday, 2 May 2013
Tertunai Sudah Janji Abah
Dulu abah ada berjanji dengan abang long dan abang ngah kata nak bawa kita semua pi jalan-jalan kat cameron highlands. Sebenarnya ibu tak tahu pun abah pernah berjanji, sebab ibu tak akan berjanji sesuatu benda tu jika ibu tak boleh tunaikan. Bukan apa kalau tak dapat tunaikan janji tu rasa bersalah sangat. Pagi sabtu baru ni abah balik ja dari tempat kerja abah cakap kat ibu siap kita nak pi dah cameron. Hati ibu yang berbunga-bunga, maklumlah dah lama sangat kita tak pi jalan-jalan. Selama ni dok dengar kawan-kawan ibu ja pi makan angin. Benda yang abah plan semua tak jadi. Kali ni tak plan terus jadi ja. Kira oklah kan. Lepas zohor jugalah kita bertolak. Sampai sana dalam pukul 5 jugalah. Dekat-dekat nak sampai Berinchang abang ngah muntah sebab tak tahan sangatlah tu jalan pusing-pusing. Tulah abang ngah dok gelak sangat kat abang long bila abah dengan ibu cerita yang dulu masa abang long umur 3 tahun abang long muntah. Last-last abang ngah muntah juga. Abah cakap tak pa nanti bila Dhia besar kita tengok pulak Dhia muntah tak bila kita pi pulak cameron. Nak dijadikan cerita kita sampai kat Tanah Rata dalam pukul 9 jugalah. Kalau tidak kita sampai lama dah, ada orang langgar pulak kereta kita. Jenuh jugalah nak menunggu, sementara abah nak settle. Bila dah selesai kita masuk pasar malam berinchang cari baju sejuk untuk abang long, abang ngah dengan dhia. Maklumlah kita ke cameron tak rancang jadi cam nilah. Tapi tak pa kat sini semua ada, tak payah nak risau sangat. Kita beli makan sikit, terus balik hotel tidur. Letih seharian perjalanan. Esok nak pusing-pusing cameron.
Pagi-pagi ibu dah bangun, siap-siap barang, pastu kejut semua orang, dalam kul 9 pagi kita check out pergi kat apartment kawan abah, sarapan pagi terus kita pi MARDI. Masa kat MARDI awan dah gelap. Keluar ja MARDI hujan turun dengan selebat-lebatnya. Sedih, ibu tak boleh nak memborong sayur, hujan turun lebat sampai tak boleh nak berhenti kereta. Tak pa lain kali ada rezeki kita pi lagi. On the way nak balik kita singgah kat Lavender Garden, sebab masa dalam perjalan pi cameron ibu dah cakap kat abah nak singgah situ. Geram tengok pokok lavender, unggu ja warna bunga dia, warna kegemaran ibu. Last hentian kita singgah minum petang di Bharat Tea. Kita sampai rumah dalam pukul 9 malam jugalah.

Dah pandai duduk ni bukan bagi ibu pegang, nak bebas.
Dhia sampai-sampai ja kat MARDI terus tidur
Sampai ja kat ladang strawberi terus bergambar dulu.
Cantik rumah ni
Dhia tidur tak sedar diri. maklumlah sejuk
Dhia dah bangun. Tidur sat sangat.
Dicelah-celah pokok teh
Letih memanjat. Anak-anak punya pasal ibu dengan abah pun panjat juga. Tapi berbaloi tempat dia lagi cantik dan sejuk kat atas ni.
Kita Singgah kat Lavender Garden. Masa mula-mula sampai cameron ibu dah ternampak bunga-bunga yang berwarna unggu ni. Masa nak balik ibu ajak abah singgah. Maklumlah warna kegemaran ibu.
Alah anak dara ni sorang
Dah besar hero-hero ibu ni. Dah dekat nak sama tinggi dengan ibu dah. Tak lama nanti ibu kena cakap mendongaklah jawabnya.
Macam-macam jenis bunga kat Lavender Garden ni
Ni pulak kat Bharat Tea. Dengan along izzati dan Dini
Cik mi dengan ummi ina
Dhia pantang nampak rambut abah mesti nak tarik ja keja dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)