Friday, 16 August 2013

Ramadhan terakhir 1434 Hijrah

Rabu 7 Ogos 2013 bersamaan 29 Ramadhan 1434 Hijrah. Hari tu merupakan Ramadhan terakhir untuk tahun ini. Insyaallah tahun hadapan ada rezeki dan umur panjang kita berjumpa lagi dengan Ramadhan. Pagi rabu tu kita dah bertolak balik ke alor setar, tapi kita singgah sat kat sungai petani sebab ibu nak bagi biskut raya kat tok ani. Dalam pukul 12 jugalah kita keluar dari sungai petani. Cadangnya nak beli baju melayu kat abang long dengan abang ngah kat sungai petani, tapi bila fikir-fikir balik jalan mesti jem dengan nanti nak parking kereta pun susah kita terus balik ke alor setar. Ibu bagi cadangan kita beli ja kat tesco alor setar. Baju melayu kat sana pun ok juga. Akhirnya dapatlah kita membeli-belah kat tesco alor setar. Lain kali bolehlah datang lagi kalau balik alor setar, sebab kat situ tempat dia luas selesa ja kalau nak membeli belah.

Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai, dapat tolong-menolong buat semua kerja sama-sama. Tapi tahun ni pak ngah tak dapat beraya sekali dengan kita sebab mak ngah dalam pantang lagi. Lepas buka puasa yang tua biasalah buat kerja dalam rumah. Pasang langsir dengan kemas rumah. Anak-anak ibu biasalah bila dah jumpa dengan sepupu, main bunga apilah. Bukan main seronok. Mercun ada juga tapi dengan pengawasan orang dewasa. Mercun pun main yang biasa-biasa ja. Tapi nak dijadikan cerita kakak huriyyah terkena juga mercun telur naga. Mungkin dia ingat bunga api sebab api dia macam bunga api, lagi pun kakak huriyyah kan baru 3 tahun. tak tahu apa lagi. Nasib baiklah abah ternampak. Sempat abah pukul tangan kakak huriyyah suruh lepaskan mercun tu kalau tidak habis jari dia. Masuk dalam rumah dia dok nangis lagi, tengok tak da apa-apa pun. Pak long buka baju. Buka-buka ja baju nampak kesan macam melecur kat bahagian dada ngan cam kesan kena bunga api kat badan dia. Patutlah dia nangis, sakit. Mula tok suruh boh minyak. Minyak tu pun sejuk memang untuk luka-luka ngan terbakar. Lagi kuat dia menangis, last-last kita suruh pak long pi klinik. Kat klinik nanti mesti depa cuci. Akhirnya pak long kata dia bawa kakak pi hospital sebab klinik tak buka. Pi hospital terus kena kat bahagian kecemasan. Pak long kata depa cuci luka. Lega dengar bila dah selesai. Nasib baik pi hospital terus. Bila kat sana depa taulah nak buat apa. Abang ngah terus berhenti main sebab tengok jadi macam tu. Malam tu ja berhenti, esoknya main pulak. Tapi itulah pengajarannya, main-main juga, tapi kena sentiasa beringat.

Dhia dengan sepit rambut baru. First time adik pakai. Abang long pilih sepit ni.

 

Kakak Huriyyah masa kena cuci kat hospital malam tu

Raya ke-4. Dah nak sembuh luka dia. Kesan yang kecil-kecil tulah akibat percikan bunga api. Yang lucunya bila pi raya rumah saudara dia mesti angkat baju dia tunjuk kat orang pastu cakap adik kena telur naga. hahahahaha. Lucu kan. Tapi Alhamdulillah tak teruk.

No comments:

Post a Comment