Friday, 7 June 2013

Kenduri Maksu

Minggu pertama cuti sekolah 26 mei 2013 adalah hari yang bersejarah untuk mak su nurul. Pagi jumaat 24 mei 2013, kita bertolak balik. Cadangnya nak singgah sungai petani rumah tok wan sat untuk ambil kuih, lepas jumaat kita bertolak ke alor setar. Tapi pagi tu tok wan un call kata tok ani tak sihat, kita pun bermalam kat sungai petani. Pagi sabtu baru kita bertolak balik rumah wan zain. Ibu sebenarnya seronok sangat sebab dah lama tak ada kenduri besar macam ni. Dan ibu syukur sangat sebab adik Dhia tak meragam, sapa ambil pun tak pa. Senang ibu nak buat kerja. Sibuk buat kerja tak sempat nak ambil gambar suasana gotong-royong kat kampung ibu. Abang long dengan abang ngah tak yah ceritalah, ke sana ke sini dengan sepupu-sepupu. Terbang bebas macam burung dapat keluar dari sarang. Dah selamat jadi isteri orang dah adik bongsu ibu. Semoga mak su berbahagia sampai akhirat. Tempuhilah alam rumah tangga dengan hati yang sabar dan tenang.

Ni masa akad nikah hari tu

 

 

Hari kenduri. Ibu tak sempat ambil gambar banyak. Tak pa abah kan ada. Nanti boleh tengok kat abah.


 

No comments:

Post a Comment