Monday 22 July 2013

Seafood

Tahun lepas masa ibu dalam pantang, ada abah bawa kakak dhia dalila dengan abang hasrol makan siput kat bukit panchor. Tahun ni tercapai juga hasrat ibu nak makan kat situ. Mulanya abah cakap nak pergi malam selasa, tapi disebabkan ada hal kita pi malam khamis. Dalam pukul 9 malam kita bertolak ke Hutan Lipur Bukit Panchor dengan kawan-kawan abah sekali. Tempat dia dalam hutan, jadi ibu tawakal jalah supaya tak da apa-apa yang jadi kat dhia. Ibu baca jugalah ayat Qursy, bukan apa beringat, maklumlah tempat tak biasa pi, dalam hutan pulak tu dan malam lagi. Dhia kan kecil lagi. Bila sampai kat sana, orang taklah ramai lagi. Orang tak balik tarawih lagilah tu. Kita ja yang tak pi tarawih. Sesekali tak palah kan. Kedai ni buka dalam bulan Ramadhan ja. Ibu makan banyaklah juga, tapi yang banyak keranglah yang lain rasa sikit-sikit ja. Nasib baik dhia mau dok diam. Ibu umpan dhia dengan biskut oreo yang abang long bawa. Abang long dengan abang ngah tahu dah memang tak makan seafood ni semua. Nasib baik ada makanan lain. Abang long dengan abang ngah makan laksa ja. Masa kita nak balik makin ramai orang datang, orang baru balik tarawih. Masing-masing lapar pakat pi cari makanan.


Orang tak ramai lagi masa ni.

Rojak sampai dulu. Sedap rojak dia. Umi pesan rojak ni sebab dia tak makan sangat siput sebab takut gatal nanti.

Ni biasalah kerang

Siput duri. Ibu tak biasa makan tapi bila makan sedap juga.

Dini bukan main kerang bulu sepinggan. hehehehe. Ibu rasa sekor ja kerang bulu ni. Bukan pa sebab isi dia besar sangat, tak lalulah ibu. rasa meloya.

Siput sudu pun ada.

Habis dah kita makan. tu pun ibu dengan along izzati ja yang makan. Umi dengan abang long tak makan pun.

No comments:

Post a Comment