Monday, 13 May 2013

Berakhir Sudah Aktiviti Tahunan

Sabtu baru ni, berakhir sudah sukan kat tempat kerja ibu. Satu hari yang memenatkan. Ibu masuk pertandingan badminton. Sukan ni boleh dikatakan tiap-tiap tahun ibu main, tapi macam tahun lepas ibu tak mainlah sebab ibu preagnant kat Dhia. Tahun lepas ibu berehat, apa-apa sukan pun ibu tak main. Ibu suka main sukan yang banyak keluarkan peluh. Bukan apa dengan cara ni ibu dapat lakukan senaman. Rasa selesa sangat bila dapat keluarkan peluh. Ibu suka bersukan ni sejak dari sekolah lagi. Sukan yang paling ibu suka tentulah bola jaring. Permainan budak perempuan. Abah pun ada cakap nanti bila dah besar Dhia boleh main badminton macam ibu. Kalau badminton ni ibu aktif masa kat tempat kerja JKR SPS ni ja, sebelum ni ibu dok main dengan tok wan zain ngan adik beradik ibu masa ibu kecil dulu. Wan zainlah guru ibu dalam sukan badminton ni.

Berbaloi sungguh kali ni ibu main badminton sebab team ibu dapat masuk final dan dapat naik juara. Tempat kerja ibu dapat  ke-3 keseluruhan antara semua daerah. Seronok sangat sebab tahun ni kedudukan rumah kelab ibu dah naik balik.

Selambut dapat no. 4

 

Dok tunggu nak ambil hadiah

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment