Wednesday 16 December 2015

Selamat tinggal

Sedih, sebak macam-macam ada dalam hati ibu masa tu. 16.10.2015 merupakan hari terakhir ibu berkhidmat di tempat kerja lama. Bukan bertukar tapi ditukarkan. Bos tempat kerja ibu buat pertukaran untuk semua kakitangan yang telah berkhidmat selama 10 tahun ke atas. Mula-mula dapat berita tu memang ibu rasa sedih sangat. Bukan ibu tak biasa tukar tempat kerja, tapi bila ibu ditukarkan rasa sedih sangat. Beza kalau ibu minta tukar rasa seronok sebab tak sabar nak balik tempat yang kita minta tu. Hari terakhir memang kalau boleh ibu tak nak hadapi hari tu, tapi nak buat macam mana kan, tu semua lumrah alam pekerjaan. Tapi ibu pujuk juga hati. Moga ada hikmah disebalik semua ni. Ibu bersyukur juga sebab hanya ditukarkan dalam pulau pinang saja cuma langkah daerah ja. Kalau luar pada pulau pinang lagi serabut kepala.

Hari ni dah masuk 2 bulan ibu kat tempat baru. Alhamdulillah ibu dapat sesuaikan dengan tempat kerja baru. Ibu dah makin cekap dengan jalan-jalan belah sini. Cuma sekarang ni yang jadi masalah utama dari segi budget ibu. Ibu kena berjimat. maklumlah la ni harga minyak dengan tol makin meningkat. Dulu kerja tempat lama taklah letih sangat sebab dekat, la ni jauh sikit, ibu memang cepat letih. Tapi tak pa tu semua mengajar ibu supaya jadi lebih kuat dan lebih berdikari.

Bergambar dulu sebelum pi makan ramai-ramai. 

Kedai Nasi Kandar. Ntah bila pulak nak pi makan kat situ. Teringat bawal goreng yang sedap tu.

Cik ida yang selalu mendengar keluh-kesah dari ibu. Masa ni baru lepas minta maaf dengan kawan-kawan office. Baru lepas nangis. Lepas ni jaranglah nak jumpa, hanya boleh sembang dalam alam maya jalah.

Ni pulak cik rokhiyah yang sporting gitu dan cik era yang banyak mengajar ibu tentang alam pekerjaan.

Tumb print hari terakhir di tempat kerja lama. Senyum dalam sedih. 

Friday 11 December 2015

Cerita Yang Tertangguh......Cameron Lagi

Alang-alang ibu dah ke Cameron Highlands hari tu. Abah bagi cadangan untuk ikut ibu juga. Boleh bawa abang long, abang ngah dengan dhia jalan-jalan sekali. Pagi jumaat 30.10.2015 hari tu ibu pergi dulu dengan kereta pejabat. Abah kata dia akan bertolak selepas sembahyang jumaat. Bukan apa, sebab pagi tu abang long dengan abang ngah sekolah lagi. Ibu pun sewalah bilik asing dari kawan-kawan ibu. Maghrib jugalah abah dengan anak-anak ibu sampai. Lega ibu bila nampak anak-anak ibu dah selamat sampai. Abah kata perjalanan ok sebab dhia tidur ja sepanjang jalan. Tulah pertama kali abah bawa dhia jalan jauh tanpa ibu. Dhia pun dah besar dah pandai dah kan. 

Kita tidur kat cameron semalam, pagi-pagi sabtu kita dah bertolak balik. Bagi ibulah, kalau pi cameron ni boleh tidur semalam ja, kalau banyak malam dah tak best, dah tak tau nak pi mana-mana dah. Tapi yang bestnya, p ja cameron mesti beli baju sejuk. Kali ni, kita beli baju sejuk kat dhia jalah sebab baju dulu dah tak muat. Maklumlah dulu beli masa dhia 5 bulan, la dah 3 tahun.

Kita breakfast dulu kat bawah hotel yang kita sewa tu. Senang sikit. Perut kenyang baru seronok nak jalan-jalan. Masa ni abang ngah tiba-tiba ja merajuk sebab kena tegur dengan abah. Terus tak mau ambik gambar. Abang ngah, abang ngah. kalau pi mana-mana, mesti suka merajuk.

Lepas ibu dah beli sayur masa on the way nak balik, nilah tempat yang wajib kita singgah. Bharat Tea Plantation. Saja ambil gambar kat situ. Cantik juga. Dulu tak da replika kat belakang tu. 

Minum teh time sejuk-sejuk ni, apa nak dikata, nikmatnya. Teh Bharat


Lepas minum abang ngah terus lari panjat tangga tu. Jenuh abah dengan ibu ikut. Abang long, abang ngah dengan dhia bukan main seronok main naik turun tangga tu. Tak tau penat sungguh.

Ibu suka gambar ni. Sebab gambar ni lain dari yang lain. Abang long dengan abang ngah kat belakang tu yang buat gambar tu nampak lain. Semua gambar kali ni kita ambil guna handphone ja sebab abah malas nak wak turun kamera dia. Oklah tu, janji ada gambar kan.

Abang long dengan abang ngah pun dah nak sama tinggi dengan ibu dah.

Dhia dengan abah.

Alamak! Dhia terlindung pulak.

Dapat juga ibu ambil gambar kat sini. Dulu tak boleh nak ambil sebab hujan. Tempat wajib ambil gambar sebab tu menunjukkan kita dah sampai Cameron.

tidur tak sedar diri. Keletihan naik turun tangga punya pasal.

Abang ngah pun tak sedar diri.
 

Cerita Yang Tertangguh.............( Hari Inovasi )

Tahun ni Pulau Pinang jadi tuan rumah untuk majlis inovasi. Majlis tu depa buat kat Hotel Tabung Haji Pulau Pinang. Petang ahad 5.10.2015 abah hantar ibu. Abang long tak mau ikut, abang ngah dengan dhia ja ikut. Abang long la ni dah pandai tak mau ikut. Dah makin besar dah malas nak ikut nak dok kat rumah ja. Tapi tak pa ibu tau abang long kalau dok kat rumah dia tengok tv ja, dia takkan keluar rumah dan main benda bukan-bukan. Ibu pulak risau dhia nangis nak ikut ibu nanti. Maklumlah ibu tidur 2 malam kat situ. Nasib baik abah pandai pujuk. Masa hantar ibu dhia relax ja tak nangis pun sebab abah bagi dhia tengok video kartun "robocop poly". Oklah, ibu tak mau menulis panjang-panjang kita tengok ja gambar-gambar ibu dengan kawan-kawan ibu. 

Tengah tunggu giliran nak buat persembahan. Hanya tuhan yang tahu betapa berdebarnya jantung ibu waktu tu. Dahla group terakhir pulak tu. Lagilah ketaq dok menunggu giliran. Hehehehehe

  Bila dah start pegang microphone, hilang habis segala ketaq.

Dah selesai majlis. Apa lagi, acara bergambarlah pulak.

Gambar kumpulan jangan dilupa. Kenangan tu. Last bergambar dengan staff sps sebab lepas ni ibu dah pindah pejabat. Pindah tak jauh, pindah daerah ja. 

Malam tu ada majlis makan malam pulak. Tema dia baju batik. Makan malam kat tapak pesta tu... Siap ada lagu boria pulak tu. Pulau Pinang ni memang terkenal dengan boria. Ibu seronok sangat sebab dapat tengok live boria tu. maklumlah selama kerja kat pulau pinang ni tak pernah lagilah tengok boria live. 

Hari yang ditunggu-tunggu dah datang. Bergambar dulu sebelum acara penutup.

Akhirnya kumpulan ibu diumumkan sebagai pemenang tempat ke-3. Syukur alhamdulillah. 

Hadiah kemenangan. Trip ke JKR Cameron Highlands

Melawat kerja-kerja pembinaan semula rumah orang asli yang hanyut akibat banjir lumpur dulu.

Cantik rumah depa. Kawasan pun luas. Bertuah sungguh depa.

Makan malam. Malam tu juga ibu dengan kawan-kawan ibu buat suprise kat cik hajar dengan cik rokhiyah sebab birthday depa jatuh pada bulan yang sama cuma beza hari ja. 

Kenangan yang tak dapat dilupakan......

Thursday 29 January 2015

Hatyai

Cuti sekolah tahun lepas cukup istimewa bagi ibu. Pertama sebab abang long dengan abang ngah dah bersunat. Ke-dua sebab abah bawa kita jalan-jalan tengok negara orang. Walaupun tak jauh sangat, tapi ibu cukup seronok sebab dah lama kita tak jalan-jalan macam tu. Abah bawa kita makan angin kat Negara jiran iaitu Thailand. Dah lama abah janji dengan ibu nak bawa kita sekeluarga pergi ke situ. Akhirnya tertunai juga. Kita pergi untuk 3 hari 2 malam sahaja. Tujuan utama nak pergi situ abah cakap sebab nak bawa anak-anak abah pergi zoo Thailand. Abah cakap zoo kat sana tak macam zoo kat Malaysia. Kita pergi time hujan, jadi dapat tengok binatang pun sikit-sikit ja. Insyaallah ada rezeki kita pi lain. Kita pi time tak hujan pulak, pastu boleh kita naik gajah. Hehehehehe.

Pagi-pagi selepas subuh kita terus gerak ke Sungai Petani untuk buat "Boarder Pass". Hari nak masuk sempadan, hari tulah kita baru buat. Tapi sat saja sebab ada orang dalam yang tolong uruskan. Kalau tidak jenuh tunggulah jawabnya.

"Boarder Pass" pun dah macam passport sekarang ni. Dulu kertas ja dan tahan 6 bulan. Sekarang ni tahan setahun. Kalau rasa nak makan pulut ayam bolehla masuk lagi sekali.

Dalam tengahari jugalah kita sampai sempadan. Sepanjang jalan hujan ja. Tak lebat, cuma renyai-renyai.
 
Sempat lagi ambil gambar dalam kereta. Selfie dengan kamera baru abah.
 
Dah masuk Thailand, apa lagi kita makan dulu sebab masing-masing dah lapar. Abang ngah tu apa lagi, tak habis-habis dengan siakap stim dia. Restoran yang selalu abah makan tu tak buka so, kita makan kat sini ajalah.
 
Nilah hotel tempat kita bermalam nanti. Green View Hotel. 10 minit ja nak ke Hatyai. Ibu puas hatilah dengan hotel ni. Sebab bilik dia besar. Selesa sangat.
 
Petang tu lepas check in, kita terus ke pekan Hatyai. Kita naik tut-tut. Tut-tut ni lebih kurang macam teksilah. Tiap kali nak naik mesti ibu terhantuk kepala kat bumbung tut-tut tu. Maklumlah rendah bumbung dia. hehehehehe

Kita jalan-jalan tengok suasana malam kat sana. Kat belakang kita tulah dulunya pernah di bom. Bila fikir-fikir balik, takut pun ada. Tapi tempat tu dah cantik. Dia orang dah bina semula.
 
Suasana malam kat Hatyai. Jalan taklah sibuk sangat. Hujan ja yang masih turun lagi. Ibu sampai bagi cadangan dekat abahla suruh beli baju hujan kat sana. Sebab baju hujan kat sana cantik-cantik. Berwarna-warni. 


Malam tu kita makan pulut ayam. Ibu makan pulut pelam. Sedap sungguh. Sebab lama dah tak makan pulut pelam.
 

Saja ibu ambil gambar roundabout ni. Sebab Nampak cantik sangat view dia masa waktu hujan
 

Pagi-pagi lagi kita dah bangun. Breakfast dulu. Kita makan roti canai. Kat sini ada roti canai, tapi kecil ja. Maklumlah Negara orang. Betullah macam peribahasa kata "Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri". Maksudnya, kita kena bersyukur dengan apa yang ada kat Negara kita. Jangan banyak complain ye.

Akhirnya sampai juga ke Zoo Songkhla. Alhamdulillah waktu kita sampai tu hujan dah berhenti. Bolehla kita ambil gambar. Zoo kat sini best sebab tempat dia besar, so kita kena ronda dengan kereta. Lagi satu, kat sini kita boleh bagi makan binatang.
 
Masa ni abang ngah merajuk. Tak taulah pasai apa. Kalau tidak dah cantik dah gambar. Kita tengok animal show kat dalam tu.
 
Lepas tengok animal show, abang ngah dah ok dah.
 
Kita bagi gajah pula makan.

Besar-besar tu gajah.

Masa ni kita tengok pertunjukan harimau. Kita dapat tengok harimau sekejap ja sebab lepas tu hujan turun lebat sangat. Akhirnya kita tengok binatang dalam kereta jalah. Banyak binatang yang kita tak boleh tengok disebabkan hujan. Tak palah, nanti ada rezeki kita sampai lagi.

Ni dekat pantai Samila. Bila sampai kat sini hujan dah berenti. Angin kuat sangat. Sejuk ja. Ada cerita disebalik patung kucing dengan tikus tu. Nanti nak search google tengok cerita dia.
 
 
 
Kita pun tak ketinggalan bergambar dengan mermaid tu. Abah kata kalau datang sini tak sah kalau tak bergambar dengan patung mermaid tu. Tapi ibu ambil gambar kat bawah ja sebab ibu risau nak naik atas, takut tergelincir sebab batu dia licin.
 
Kat sini kita singgah ja tapi tak masuk.
 
Hari terakhir kat Thailand. Kita singgah kat sini. Floating Market. Tapi sayang kita tak dapat membeli makanan kat atas sampan tu semua. Hujan lebat sangat. Air sungai penuh. Sampan tenggelam habis.

Apa-apa pun bergambar dulu.
 
Disebabkan sampan tenggelam, kat atas jejantas nilah diaorang meniaga.
 
Apa-apa pun seronok sangat sebab dapat juga tengok negara orang.