Cuti sempena Maulidur Rasul hari tu mak njang ada mai rumah kita. Asalnya mak njang rancang nak ajak kita pi zoo taiping, tapi disebabkan ibu kerja esoknya, mak njang tak jadi pi dengan kita. Dia ajak pak ngah pi. Malam tu mak njang tidur kat rumah pak ngah di kulim. Ibu tak mau ambil cuti sebab kalau ibu ambil cuti tak guna juga sebab anak-anak ibu sekolah. Tak boleh nak pi zoo taiping. Malam jumaat tu ibu ajak mak njang dengan pak ngah makan kat Puncak Mutiara Kafe. Tempat ni kita dah pernah makan. Lauk dia pun ok juga, tapi tak boleh pi selalu nanti jemu, lagi pun harga dia boleh tahan jugalah. Ibu teringat nak ajak mak njang pi sana sebab hari tu mak njang ada sebut pasal tempat tu. Ni dah alang-alang dia mai sini kita ajaklah dia pi sana. Ibu ajak Pak Long sekali maklumlah sesekali jumpa ni kalau makan ramai-ramai best juga. Cuma mak su ja yang tak da. Tak pa nanti mak su dah kawin bolehlah kita ajak dia tapi kita pi tempat lainlah pulak. Kalau selalu sangat jemulah pulak.
Abang ngah bila sampai kat kolam ikan dah tak mau bergerak dah seronok tengok ikan. Kalau tak tengok silap-silap boleh lepas dalam kolam. Tu pun dah celup sikit tangan dalam air
Dhia pun bukan main malam tu. Dia pun nak main juga
Nak balik pun sempat lagi ambil gambar kat situ. Kakak Afiqah relax ja. Maklumlah dah besar dah malu-malu dah.
Muka-muka kelaparan tunggu kita baru sampai.
Ni menu wajib abah kalau sampai sini. Beriani kambing. Nampaknya abah dengan pak ngah ja yang ambil menu ni. Kita semua tak minat.
Muka kekenyangan. Tapi ibu suka sebab semua makanan yang kita pesan semua habis kita makan. Tak membazir orang kata
No comments:
Post a Comment