Isnin 28 Januari 2013 dalam pukul 12 tengah malam abah dapat berita yang tok nek dah meninggal. Tok nek menghembuskan nafas terakhir di hospital. Hari sabtu sebelum kita balik ke kampung wan zain, kita sempat singgah ziarah tok nek. Tak sangka kan tulah kali terakhir kita berjumpa tok nek. Nampaknya Dhia tak sempat nak kenal tok nek dengan lebih lama. Abang long dengan abang ngah sempat kenal tok nek tapi tak lama. Pagi isnin, lepas subuh kita terus siap-siap nak balik sungai petani, kerana tok nek akan disimpan dalam pukul 11 pagi. Kita sampai orang dah kapan jenazah. Abah, abang long dengan abang ngah ikut tok wan ke kubur. Ibu dengan Dhia tunggu dekat rumah. Tok nek dah lama tak sihat, dia masuk hospital pun dah seminggu. Tapi ibu sedih bila tengok tok nek man menangis. Sedih sungguh dia rasa, yalah seingat ibu kemana ja pergi berdua, berpimpin tangan. Romantik sungguh. Tapi la semua tu dah tinggal kenangan, tinggal tok nek man sorang diri. Tak da tempat nak bermanja dan bergaduh. Walau pun anak-anak ramai tak sama dengan isteri dia. Tapi kali ni ibu dapat menahan diri dari menangis, kalau ikut hati memang nak menangis tapi ibu tabahkan hati. Sayu ja masa orang nak usung jenazah untuk dikebumikan. Maklumlah bila ada saudara terdekat yang meninggal mesti ibu akan sebak, teringatkan arwah tok iaitu mak ibu. Tak da sapa kat dunia ni yang dapat menggantikan mak ibu. Walau bagaimanapun kita yang hidup mesti teruskan hidup. Kalau kita menangis air mata darah pun bukan mereka boleh kembali. Tak semestinya kita tak menangis kita tak sedih. Yang penting kita hadiahkan Al-Fatihah untuk mereka di sana. Lambat laun kita pun akan dijemput juga. Moga Allah tempatkan roh tok nek ditempat orang-orang beriman. Amin........
salam takziah...al-fatihah
ReplyDelete