Tuesday, 29 January 2013

Kenduri Akiqah Dhia Khalissa

Pagi Jumaat 18 Januari 2013 kita siap-siap nak balik sungai petani sebab esoknya ada majlis akiqah Dhia, Danial dengan anak-anak mak uda. Kali ni Tok wan buat kenduri seekor lembu. Banyak tu kan. Macam kenduri kawin. Hari tu terpaksalah anak-anak ibu ponteng sekolah. Tak palah awal tahun, lepas ni dah tak boleh dah ponteng-ponteng. Sampai ja kampung orang dah ramai bergotong-royang. Malam pulak kita makan kambing. Memang ramai sungguh tapi kebanyakkan kawan-kawan Pak Uda. Kali ni ibu tak dapat nak tolong sangat sebab dhia tak mau duduk, orang geram nak dukung, dhia pulak tak mau kat orang, so terpaksalah ibu tolong setakat mana yang boleh. Esoknya kenduri, ramai sungguh orang macam kenduri kawin. Ibu tak sempat sangat nak ambil gambar sebab sibuk ke sana ke sini.

Dhia biasalah masuk ja kereta mesti tidur



Abang ngah biasalah junior fotographer

Ni semua adik beradik tok dengan tok wan bertungkus lumus untuk menjayakan majlis.

Nilah gulai pisang. Pisang tu nama dia pisang jari buaya. Ibu pun baru tahu pisang tu nama pisang jari buaya. Macam-macam hehehehehe

Ni pulak aktiviti kanak-kanak



Pagi sebelum kenduri orang masjid datang membaca tahlil



Petang kenduri

Macam kenduri kawin. Siap ada gerai goreng char koteuw lagi

2 comments: