Friday, 5 August 2016

Birthday Girl

13 Julai 2016 hari tu genaplah umur dhia 4 tahun. Hari tu dhia ada minta kek coklat ada gambar robocopoli dengan KFC. Ibu siap tanya tak mau ka gambar princess atau frozen, dhia siap cakap tak mau nak robocopoli juga-juga, sebab ada amber. Dhia-dhia. Sebenarnya dah dua tahun kita tak sambut birthday dhia. Bukan apa, dua tahun berturut-turut juga birthday dhia jatuh dalam bulan Ramadhan. Mood nak membeli kek pun tak ada masa tu. Kalau beli pun tak da sapa nak makan. Tahun ni birthday dhia jatuh dalam bulan syawal, bolehla kita tunaikan permintaan dhia. Mulanya ibu nak beli ja kek tu. Fikir punya fikir, baik ibu buat ja kek tu. Kek coklat bukannya susah pun nak buat.

Isnin baru ni lepas balik kerja, apa lagi ibu kelam kelibutlah dok buat kek kat dapur. Petang tu ibu siap pesan kat abah jangan lupa beli KFC kat dhia. Nasib baik periuk noxxa jadi penyelamat. Kerja membaking jadi cepatlah. Tak payah nak keluar oven bagai. Ibu just masak topping dia ja. Dah siap kek tak sempat kek tu nak sejuk terus ibu tuang topping kat atas dia. Nak cepat punya pasal. Nanti kalau lambat-lambat takut dhia dengan abang long dan abang ngah dah tidur. Lepas dah siap ibu terus hias kek tu dengan apa yang ada. Ibu ni tak pandai nak hias-hias semua ni. Tak berseni. Maklumlah kurang sabar sikit, semua nak cepat ja, janji boleh makan.

Siap juga kek Homemade. Dhia bukan main suka. Gambar robocopoli tu nampak macam nak tenggelam ja sebab kek tu tak sempat nak sejuk betul-betul ibu dah tuang topping atas dia.

Abang ngah tak sabar-sabar nak suruh dhia tiup lilin. Siap ambik mancis nyalakan api. Sebelum ni ibu tak pernah cucuh lilin tu. cuma letak lilin buat syarat ja. Tak palah dah abang ngah dah cucuh lilin tu, dhia pun apa lagi terus tiuplah. Dhia lambat sangat tiup, abang long tolong tiupkan bagi cepat padam, boleh cepat potong.

Lilin terpaksa cabut sebab cepat sangat cair. Nanti masuk dalam kek dah tak boleh nak makan kek tu. Dhia makan sikit ja kek tu. Ibu yang pulun lebih. hehehehehehe. Gambar KFC dah tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah tak sabar nak makan.

No comments:

Post a Comment