Friday 18 March 2016

Mendung Singgah Sebentar Dalam Hati Ibu

Awal tahun ini bagi ibu banyak dugaan yang ibu terima. Ujian yang paling menduga bagi ibu. Dari segi emosi dan fizikal. Macam mana ibu nak mula ya?

Penghujung bulan dua hari tu, kesihatan abah memang tak berapa nak bagus. Abah demam panas sampai tak boleh nak bangun. Ibu pun ambil keputusan cuti hari tu sebab nak bawa abah pi klinik. Esoknya abah rasa dah ok abah dah start pergi kerja. Ibu pun rasa oklah abah dah sembuh. Petang Jumaat, abah cakap dia nyawa tak lepas, jadi dia nak pi klinik. Ibu pun tak fikir bukan-bukan. Ingat biasalah bila demam ni macam-macamlah kita rasa. Balik dari klinik abah cakap dia kena gastrik sebab selalu biar perut kosong. Kuat sangat kerja sampai tak sempat nak pi makan. Malam tu abah demam lagi. Panas sungguh badan abah, selera abah pun hilang. Makan bubur yang ibu buat pun sikit ja. Pagi sabtu tu, abah dah tak tahan sangat, abah ajak ibu pi klinik lain pulak tuk ambil suntikan tahan sakit. Bila dah balik dari klinik tu ibu nampak ada perubahan sikit, badan abah dah berpeluh. Ibu rasa oklah mesti demam abah dah nak sembuh. Malam tu, nak dijadikan cerita, lebih kurang dalam pukul 1 pagi, ibu dah terlelap, tapi ibu terjaga sebab terdengar abah panggil ibu. Ibu ingatkan kenapa, sampai ja kat bilik ibu nampak abah dah terduduk dalam bilik air. Memang waktu tu hanya Allah yang tahu perasaan ibu. Ibu jadi panik. Tapi ibu kuatkan hati ibu tuk selamatkan abah. Ibu tak tahu dari mana datangnya kekuatan ibu untuk angkat dan bersihkan diri abah. Waktu tu abah memang dah tak sedar apa-apa dah. Terdetik juga dalam hati ibu, kalau ibu tak boleh nak angkat abah waktu tu, memang ibu terpaksa ketuk rumah jiran minta tolong. Tapi semuanya dengan pertolongan Allah, akhirnya ibu dapat juga papah abah keluar dari bilik air dah terus bawa abah masuk dalam kereta. Masa tu dah rasa macam lipas kudung dah ibu. Ibu angkat dhia masuk dalam kereta, tinggal abang long dengan abang ngah yang tengah tidur. Pecut kereta terus pergi hospital sungai bakap. Sampai ja kat hospital abah terus ditolak masuk dalam bahagian emergency. Doktor beritahu ibu yang tekanan darah abah rendah sebab tu abah pengsan. Doktor masukkan air untuk naikkan semula tekanan darah abah. Dalam 2 jam jugalah tunggu. Dhia pun yang dah tidur, terus terjaga. Lama sangat tunggu, kebetulan kawan abah ada kerja dalam tu, dia bagi katil sebelah abah untuk tunggu kat sebelah abah. Dalam pukul 4 pagi jugalah dhia baru tidur semula. Darah abah masih tak naik juga walau air dah masuk 2 botol. Abah dok mengadu yang dia sakit belakang. Kemudian, doktor bawa abah untuk x-tray pulak untuk tahu apa yang tak kena. Ibu dah makin susah hati dah. Mana dok fikir takut nanti abang ngah bangun tidur tengok abah, ibu dengan dhia tak ada.

Balik dari x-tray doktor cakap kat ibu yang dia syak ada benda yang tak kena dengan x-tray abah. Dia syak abah kena jangkitan kuman. Sudah..... Tapi masa tu ibu tak risau sangat. Doktor tambah lagi air, tapi kali ni doktor masukkan ubat sekali. Ibu rasa dekat 6 botol jugalah doktor tambah air, tapi darah abah tetap tak ada perubahan. Ada pun, sikit sangat. Abah pun sedar sikit-sikit ja. Doktor ambil keputusan untuk hantar abah ke Hospital Seberang Jaya. Tapi disaat akhir doktor ubah rancangan, sebab Hospital Seberang Jaya penuh. Doktor hantar ke Hospital Bukit Mertajam. Masa abah nak dibawa masuk dalam ambulans, abah dah sedar sikit-sikit. Waktu tu dalam pukul 5 pagi. Ibu pun balik dulu ke rumah. Tengahari baru ibu nak gerak ke Hospital Bukit Mertajam. Kita balik ke rumah, tengok abang ngah dah bangun. Kan betul ibu kata, mesti abang ngah bangun punya. Ibu konon nak balik tidur, tapi bila hati ni risau macam mana nak tidur. Mata lelap, fikiran dok melayang teringat kat abah. Tapi bila abah hantar msg kat ibu baru ibu rasa kurang sikit. Tu tandanya abah dah sedar. Alhamdulillah. Tok dengan tok wan pun sampai rumah kita. Tengahari tu sebelum nak pi kat abah, abah ada msg, suruh ibu rebus serai sbb doktor suspect abah kena penyakit kencing tikus Leptospirosis. Doktor suspect tu sebab semua tanda-tanda virus tu ada kat abah. Ya! Allah, yang ni yang paling ibu risau sebab ibu masih teringat arwah kawan ibu meninggal disebabkan virus tulah. Apa-apa pun kita iktiar, berdoa dan berserah kepadaNya. Memang kalau ikut hati ibu waktu tu memang ibu rasa sedih sangat, tapi ibu kuatkan semangat untuk anak-anak. Dan ibu tak mau nampak lemah depan abah. Nanti lagi abah susah hati. Selama seminggu juga ibu dok ulang-alik tengok abah. Dalam minggu tu jugalah ibu rasa macam kelam kabut sikit. Ibu keluar tengok abah, malam baru ibu balik ambil abang long dengan abang ngah. Alhamdulillah tok, tok wan dengan kawan-kawan abah banyak membantu ibu. 

Hari ke tiga abah dok wad, akhirnya abah dah boleh dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah ujian darah abah -ve. Abah pun dah boleh bangun sendiri tuk ke bilik air. Cuma darah abah ja yang tak berapa nak stabil lagi. Sekejap naik, sekejap turun. Waktu tu, barulah ibu rasa boleh makan macam biasa. Baru ada selera sikit. Petang sabtu, 27.2.2016, cukup seminggu abah dah boleh keluar wad. Syukur sangat-sangat ibu. 

Tekanan darah abah rendah sangat.

Waktu ni memang abah tak sedar langsung. Bila abah dah sihat, abah kata dia tak tau pun kata ibu dengan dhia ada kat sebelah dia.

Dhia setia menjadi peneman ibu ulang-alik ke Hospital.

Tak sempat ibu nak ambil gambar abah kat hospital hari tu. Dah tak teringat dah semua tu. Risau punya pasal.



2 comments:

  1. syukur. Rasa lega bila semua dah berlalu kan?

    ReplyDelete
  2. Tulah kak ida. Syukur sangat-sangat. Allah masih beri kesempatan untuk berfikir sejenak.

    ReplyDelete