Monday 21 March 2016

Dugaan Buat Kita

Minggu pertama hari selasa dalam bulan Mac Tok Wan Zain pulak masud wad. Tiba-tiba saja tok wan kena serangan jantung. Risau sungguh ibu. Pagi tu ibu ajak abah balik kampung tengok wan. Ibu drive sebab abah masih tak sihat, masih cuti sakit. Sampai kat hospital lepas tengok tok wan, baru ibu rasa lega sikit sebab wan kata dia ok. Kita tunggu sampai petang jugalah baru kita balik. Hari rabu doktor masukkan stent kat jantung wan untuk bagi darah jalan dengan elok. Hari Jumaat Alhamdulillah wan dah boleh keluar wad. Ibu rasa wan yang boleh kena serangan jantung sebab wan memang seorang perokok tegar. Kolestrol banyak. Apa-apa pun ibu syukur sangat, wan dah sihat.

Minggu kedua pula adalah minggu yang begitu mencabar untuk abang ngah. Minggu tu abang long dengan abang ngah ada ujian kat sekolah. Pagi ahad tu abang ngah cakap dia pening kepala, jadi abang ngah tak pergi tuition. Abang long ja yang pergi. Petang tu abah ajak kita p tengok wayang. Cerita Boboboy. Kita pergi dengan jiran depan rumah. Merangkap kawan abang long dengan abang ngah. Cerita dia memang menarik, memang rugi kalau sapa yang tak pergi tengok. Balik tu, badan abang ngah dah makin panas. Malam tu memang ibu dengan abah tak tidurlah dok jelum abang ngah. Esoknya ibu ambik cuti sebab abang ngah demam. Kita pergi klinik, abang ngah dapat mc 2 hari. Hari selasa abang ngah dah start ujian, tapi abang ngah tak pergi sebab demam. Hari rabu abang ngah rasa ok sikit, abang ngah pergi juga sekolah walau pun abang ngah kata tak larat. Ujian punya pasal. Ikut ibu memang ibu tak bagi pergi sebab demam masih ada lagi. Kali ni, abang ngah demam dekat seminggu juga. Selalu abang ngah demam dalam sari dua macam tu ja. Hari jumaat, abang long dengan ibu pulak demam. Demam kali ni dasyat sungguh sebab berjangkit. Pastu lama pulak tu demam. Pagi sabtu abang ngah dah sihat, badan pun tak panas, tapi petang sabtu abang ngah kata dia sesak nafas. Apa lagi ibu pun kelam kelibutlah call abah ajak bawa abang ngah pi hospital. Risau sungguh ibu, lepas satu-satu. Sampai hospital apa lagi, doktor ambil darahlah untuk nak tahu apa yang tak kena dengan abang  ngah. Dua jam jugalah nak tunggu keputusan darah. Ibu dengan tak larat ajak abang long dengan dhia balik dulu, untuk cari makan. Abah tunggu dengan abang ngah. Alhamdulillah abah masih bertahan sihat. Ibu rasa malam tu, demam ibu macam nak kebah ja sebab ibu pusing satu pasar malam tuk cari makan kat abang ngah. 

Lepas dapat result abang ngah, Alhamdulillah abang ngah tak da sakit apa, cuma demam ja. Pagi ahad tu, ibu pulak demam teruk, dengan malam tak tidur sangat sebab dok jelum abang long pulak demam. Memang ibu tak larat sangat-sangat, sampai abah terpaksa beli makan untuk kita. Isnin tu, ibu pulak MC. Abang ngah dah makin sihat, Dhia pulak demam. Hari selasa, abang long pun dah sihat, petang tu kita balik kampung sebab tok suruh hantar abang long dengan abang ngah balik kampung. Minggu tu ibu cuti sampai rabulah sebab dhia pulak demam. Kesian dhia, demam sampai badan jadi halus, sebab tak lalu nak makan. Dhia pun demam kali ni lama, seminggu jugalah baru lega. Pagi sabtu tu, dhia bangun ja tidur, dhia suruh ibu ambik abang long dengan abang ngah balik sebab dhia kata dia rindu kata abang long dengan abang ngah. Petang sabtu, abang long dengan abang ngah balik, tiba-tiba ja badan dhia dah tak panas. Terus hilang demam. Dhia siap kata kat ibu yang dia demam sebab teringat kat abang long dengan abang ngah. Nampaknya lepas ni kalau cuti sekolah ibu tak boleh hantar abang long dengan abang ngah balik kampung, nanti dhia rindu.

Wan Zain. 

Abang ngah baru lepas nangis. Doktor ambil darah, sampai luar bilik ibu dengar suara abang ngah nangis. 



Dok menunggu keputusan. Tak larat sangat sebab 
tak makan. Nak makan tak lalu.

Bulan ni memang banyak sungguh dugaan dan ujian untuk ibu. Sekali dengan ibu tak sihat. Ni pun ibu masih rasa tak berapa nak lalu sangat makan. Tapi semalam berjaya juga ibu masak setelah seminggu ibu tak masak untuk anak-anak ibu. Lega hati ibu, bila abang long, abang ngah dengan dhia dah ada selera makan. Ibu syukur sangat-sangat sebab abah banyak tolong ibu.

No comments:

Post a Comment