Thursday 29 January 2015

Hatyai

Cuti sekolah tahun lepas cukup istimewa bagi ibu. Pertama sebab abang long dengan abang ngah dah bersunat. Ke-dua sebab abah bawa kita jalan-jalan tengok negara orang. Walaupun tak jauh sangat, tapi ibu cukup seronok sebab dah lama kita tak jalan-jalan macam tu. Abah bawa kita makan angin kat Negara jiran iaitu Thailand. Dah lama abah janji dengan ibu nak bawa kita sekeluarga pergi ke situ. Akhirnya tertunai juga. Kita pergi untuk 3 hari 2 malam sahaja. Tujuan utama nak pergi situ abah cakap sebab nak bawa anak-anak abah pergi zoo Thailand. Abah cakap zoo kat sana tak macam zoo kat Malaysia. Kita pergi time hujan, jadi dapat tengok binatang pun sikit-sikit ja. Insyaallah ada rezeki kita pi lain. Kita pi time tak hujan pulak, pastu boleh kita naik gajah. Hehehehehe.

Pagi-pagi selepas subuh kita terus gerak ke Sungai Petani untuk buat "Boarder Pass". Hari nak masuk sempadan, hari tulah kita baru buat. Tapi sat saja sebab ada orang dalam yang tolong uruskan. Kalau tidak jenuh tunggulah jawabnya.

"Boarder Pass" pun dah macam passport sekarang ni. Dulu kertas ja dan tahan 6 bulan. Sekarang ni tahan setahun. Kalau rasa nak makan pulut ayam bolehla masuk lagi sekali.

Dalam tengahari jugalah kita sampai sempadan. Sepanjang jalan hujan ja. Tak lebat, cuma renyai-renyai.
 
Sempat lagi ambil gambar dalam kereta. Selfie dengan kamera baru abah.
 
Dah masuk Thailand, apa lagi kita makan dulu sebab masing-masing dah lapar. Abang ngah tu apa lagi, tak habis-habis dengan siakap stim dia. Restoran yang selalu abah makan tu tak buka so, kita makan kat sini ajalah.
 
Nilah hotel tempat kita bermalam nanti. Green View Hotel. 10 minit ja nak ke Hatyai. Ibu puas hatilah dengan hotel ni. Sebab bilik dia besar. Selesa sangat.
 
Petang tu lepas check in, kita terus ke pekan Hatyai. Kita naik tut-tut. Tut-tut ni lebih kurang macam teksilah. Tiap kali nak naik mesti ibu terhantuk kepala kat bumbung tut-tut tu. Maklumlah rendah bumbung dia. hehehehehe

Kita jalan-jalan tengok suasana malam kat sana. Kat belakang kita tulah dulunya pernah di bom. Bila fikir-fikir balik, takut pun ada. Tapi tempat tu dah cantik. Dia orang dah bina semula.
 
Suasana malam kat Hatyai. Jalan taklah sibuk sangat. Hujan ja yang masih turun lagi. Ibu sampai bagi cadangan dekat abahla suruh beli baju hujan kat sana. Sebab baju hujan kat sana cantik-cantik. Berwarna-warni. 


Malam tu kita makan pulut ayam. Ibu makan pulut pelam. Sedap sungguh. Sebab lama dah tak makan pulut pelam.
 

Saja ibu ambil gambar roundabout ni. Sebab Nampak cantik sangat view dia masa waktu hujan
 

Pagi-pagi lagi kita dah bangun. Breakfast dulu. Kita makan roti canai. Kat sini ada roti canai, tapi kecil ja. Maklumlah Negara orang. Betullah macam peribahasa kata "Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri". Maksudnya, kita kena bersyukur dengan apa yang ada kat Negara kita. Jangan banyak complain ye.

Akhirnya sampai juga ke Zoo Songkhla. Alhamdulillah waktu kita sampai tu hujan dah berhenti. Bolehla kita ambil gambar. Zoo kat sini best sebab tempat dia besar, so kita kena ronda dengan kereta. Lagi satu, kat sini kita boleh bagi makan binatang.
 
Masa ni abang ngah merajuk. Tak taulah pasai apa. Kalau tidak dah cantik dah gambar. Kita tengok animal show kat dalam tu.
 
Lepas tengok animal show, abang ngah dah ok dah.
 
Kita bagi gajah pula makan.

Besar-besar tu gajah.

Masa ni kita tengok pertunjukan harimau. Kita dapat tengok harimau sekejap ja sebab lepas tu hujan turun lebat sangat. Akhirnya kita tengok binatang dalam kereta jalah. Banyak binatang yang kita tak boleh tengok disebabkan hujan. Tak palah, nanti ada rezeki kita sampai lagi.

Ni dekat pantai Samila. Bila sampai kat sini hujan dah berenti. Angin kuat sangat. Sejuk ja. Ada cerita disebalik patung kucing dengan tikus tu. Nanti nak search google tengok cerita dia.
 
 
 
Kita pun tak ketinggalan bergambar dengan mermaid tu. Abah kata kalau datang sini tak sah kalau tak bergambar dengan patung mermaid tu. Tapi ibu ambil gambar kat bawah ja sebab ibu risau nak naik atas, takut tergelincir sebab batu dia licin.
 
Kat sini kita singgah ja tapi tak masuk.
 
Hari terakhir kat Thailand. Kita singgah kat sini. Floating Market. Tapi sayang kita tak dapat membeli makanan kat atas sampan tu semua. Hujan lebat sangat. Air sungai penuh. Sampan tenggelam habis.

Apa-apa pun bergambar dulu.
 
Disebabkan sampan tenggelam, kat atas jejantas nilah diaorang meniaga.
 
Apa-apa pun seronok sangat sebab dapat juga tengok negara orang.












 

2 comments:

  1. kaknoor singgah follow sini, bestnye jenjalan hatyai, belum pernah sampai lagi nak kena pergi jugak ni

    ReplyDelete
  2. Tempat dia menarik. Sesuailah kalau nak berct.

    ReplyDelete