Monday, 15 December 2014

Bersunat / Berkhatan / Masuk Jawi

Bila tiba masa cuti sekolah panjang ni, ramailah anak-anak yang bersunat. Abang long dengan abang ngah pun tak terkecuali. Dulu cadangnya abah nak buat tahun lepas, tapi disebabkan ibu tak ada cuti, terpaksalah ditangguhkan tahun ni. Malam jumaat 28.11.2014 kita bertolak balik ke sungai Petani rumah wan un. Maklumlah esoknya tok wan nak buat kenduri doa selamat untuk abang long dengan abang ngah nak bersunat ahad nanti. Hari tu abang long dengan abang ngah boleh makan puas-puas, sebab nanti dah bersunat dah tak boleh makan atau minum yang bukan-bukan. Kena pantang. Tak boleh makan benda-benda yang gatal. Nak cepat sembuh kenalah dengar cakap. Tapi tak apa, ibu tahu anak-anak ibu kuat dan dengar cakap. Tak banyak karenah. Makan ja apa yang tok masak.

Pagi 30.11.2014 kita bangun awal sebab hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Ibu yang tak bersunat ni pun rasa macam-macam, yang paling ibu risau ibu takut abang long lari keluar dari bilik doktor. Abang long jenis yang tak tahan sakit. Mulanya ibu tak ikut, tapi dah tok wan ajak ikut sekali, ibu dengan dhia pun ikutlah sekali. Masa kita sampai, abang long orang ke-tiga yang akan bersunat. Abang long dah tanya macam-macam dah kat ibu, jenuhlah pujuk, cerita macam-macam supaya abang long tak takut. Lepas abang long masuk dalam bilik, tak lama lepas tu ibu dengar suara abang long menangis, makin lama makin kuat. Ibu tengok muka abang ngah, mulanya muka abang ngah biasa ja, tapi disebabkab suara abang long makin kuat, muka abang ngah dah jadi makin risau. hati ibu jadi sayu dan risau. Dalam hati hanya Allah yang tahu perasaan ibu. Dek kerana abang long menangis kuat sangat, ibu nampak abah keluar dari bilik doktor, tiba-tiba ja abah pengsan. Terkejut ibu. Doktor dengan abah tolong angkat abah baring kat kerusi. Apa lagi, muka abang ngah lagilah bertambah risau. Bila abang long dah selesai, abang ngah pula masuk dengan tok wan. Abah tinggal kat luar sekejap untuk berehat. Ibu ingat abah pengsan sebab darah, rupanya sebab abah tak tahan dengar suara abang long dok menangis kuat sangat. Masa abang ngah masuk ibu tak dengar suara abang ngah menangis, tapi lama-lama abang ngah pun menangis. Apa lagi abah yang rasa dah ok terus masuk semula. Abang ngah menangis siap bercakap lagi dengan doktor. Ibu kat luar dengar jelas apa yang abang ngah cakap. Kesian ibu dengar. Bila abang ngah pun dah keluar dari bilik rawatan terus ibu rasa bersyukur sangat sebab dah selesai semua.

Cadangnya ibu ambil cuti sampai hari rabu ja. Tapi disebabkan ibu rasa kesian tengok anak-anak ibu pakat tak bagi ibu balik. Ibu sambung cuti sampai hari ahad. Masa nilah abang long dengan abang ngah nak bermanja dengan ibu. Hari tu, makan ibu suapkan. Tiga-tiga orang sekali ibu suap. Masuk hari ke-dua abang long dah makan sendiri, cuma abang ngah ja masih ibu suapkan. Tapi mandi memang ibu mandikan sampailah hari ibu nak balik rumah kita.

Abah bersusah payah goreng bihun petang tu untuk kenduri nanti. Dah lama ibu tak tengok abah masak-masak ni.

Tok buat pulut kuning dengan gulai ayam kampong. Memang sedap. Terbaik

 

Muka masing-masing nampak risau ja.

Kesian ibu tengok abang long. Mata masih bergenang air mata. Tahan sakit. Tapi Alhamdulillah dah selamat.

Balik kat rumah, dhia pun tdo sebab penat dok tunggu abang long dengan abang ngah kat klinik. Masa kat klinik dhia pun muka nampak risau sebab dengar abang long dengan abang ngah menangis. Sayang sungguh kat abang-abang. Hehehehehe.

Hari ke-3, abang ngah dah boleh makan sendiri. Hasil kreativiti abah, kain pelikat dah jadi macam bib baby. Senang nak makan, tak payah nak pegang-pegang.

Ni hasil kerja abang long. Disebabkan bosan katanya sebab tak boleh pi mana. Abang long buat kapal untuk dhia.

Dhia pun dah tak tau nak pi mana. Doklah dengan ibu kat luar ambil angin

Dah hari ke lima rasanya. Nilah kerja abang ngah dengan abang long, main game. Sebab nak hilangkan bosan. Tak pa, ibu bagi peluang kali ni sebab bersunat. Lepas ni balik rumah kena mengadap buku semula. Dah tak boleh main game dah.

Hadiah yang dijanji oleh abah sebab dah bersunat.

Nilah salah satu menu abang long dengan abang ngah masa dalam bersunat. Tu pun, abang ngah makan bertambah sebab dia kata sedap. Abang ngah oh! Abang ngah. Tak kisah sungguh pasal makan. Ikan kering pun abang ngah makan.






2 comments:

  1. Best baca kisah Abg long, Abg ngah..alhadulilah dah selesai smuanya...ingat Abah pengsan sbb takut Sarah...rupnya tak sampai hati dgr anak nanngis. Mcm2 lah abh ni

    ReplyDelete
  2. Syukur semua dah selesai. Boleh tahu mardiana abu darin ni siapa?

    ReplyDelete