Kenangan bersama arwah akan ibu ingat selagi ada hayat ibu.
Tuesday, 9 December 2014
Al-Fatihah
1hb. Disember 2014. Hari ni genap umur abang ngah 7 tahun. Hari ni juga merupakan tarikh yang tak akan ibu lupakan. Pagi hari tu ibu terkejut dengan apa yang ibu lihat kat message ibu. Terkejut, sedih semua ada. Ibu terkejut sangat-sangat sebab kawan ibu yang sama-sama satu tempat kerja dulu meninggal dunia. Ibu terus terbayang wajah anak-anak kawan ibu. Sedihnya. Anak kawan ibu yang sulung baru 11 tahun, yang no.2 dengan no. 3 sama umur dengan abang long dengan abang ngah. Apa-apa pun sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah buat arwah kawan ibu Nor Huzaifa binti Shafie. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment