Thursday, 21 August 2014

Sambutan Merdeka

Hari ni abang long dengan abang ngah kena pakai baju melayu lagi sekali. Tapi bukan nak sambut jamuan raya lagi. Hari ni kat sekolah abang long dengan abang ngah ada majlis untuk menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 tahun. Tema kali ni yang ibu ingat sebab sempena tajuk lagu. DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.

Abang long dari semalam dok suruh ibu ambil gambar. Siap ngan songkok tu

Abang ngah tak beli songkok sebab duit tak cukup. Hari ni ibu bagi duit suruh abang ngah beli songkok macam abang long.

Apa-apa pun seronok ibu tengok anak-anak ibu bukan main semangat nak sambut merdeka. 



No comments:

Post a Comment