Tanggal 14 Ogos hari tu hari lahir abang long yang ke 9 tahun. Dah 9 tahun abang long. Sejak masuk ja bulan ogos abang long dah dok bunyi pasai birthday dia. Dia dok sebut nak kek perisa strawberry. Ibu mulanya berbelah bagi nak beli atau nak buat sendiri. Ibu pi cari kat kedai memang x da buat kek perisa tu. Akhirnya ibu nekad nak buat sendiri. Yang bestnya bila abang long tanya bila nak pi beli kek, ibu buat tak reti ja.
Nilah rupanya adunan kek strawberry.
Dah siap kek abang long. Ibu ni tak kreatif. First time ibu buat hias-hias macam tu.
Seronok abang long bila balik ja dari KAFA ibu buat suprise kat abang long.
Abang long memang peminat kek.
No comments:
Post a Comment