Monday, 15 December 2014

Bersunat / Berkhatan / Masuk Jawi

Bila tiba masa cuti sekolah panjang ni, ramailah anak-anak yang bersunat. Abang long dengan abang ngah pun tak terkecuali. Dulu cadangnya abah nak buat tahun lepas, tapi disebabkan ibu tak ada cuti, terpaksalah ditangguhkan tahun ni. Malam jumaat 28.11.2014 kita bertolak balik ke sungai Petani rumah wan un. Maklumlah esoknya tok wan nak buat kenduri doa selamat untuk abang long dengan abang ngah nak bersunat ahad nanti. Hari tu abang long dengan abang ngah boleh makan puas-puas, sebab nanti dah bersunat dah tak boleh makan atau minum yang bukan-bukan. Kena pantang. Tak boleh makan benda-benda yang gatal. Nak cepat sembuh kenalah dengar cakap. Tapi tak apa, ibu tahu anak-anak ibu kuat dan dengar cakap. Tak banyak karenah. Makan ja apa yang tok masak.

Pagi 30.11.2014 kita bangun awal sebab hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Ibu yang tak bersunat ni pun rasa macam-macam, yang paling ibu risau ibu takut abang long lari keluar dari bilik doktor. Abang long jenis yang tak tahan sakit. Mulanya ibu tak ikut, tapi dah tok wan ajak ikut sekali, ibu dengan dhia pun ikutlah sekali. Masa kita sampai, abang long orang ke-tiga yang akan bersunat. Abang long dah tanya macam-macam dah kat ibu, jenuhlah pujuk, cerita macam-macam supaya abang long tak takut. Lepas abang long masuk dalam bilik, tak lama lepas tu ibu dengar suara abang long menangis, makin lama makin kuat. Ibu tengok muka abang ngah, mulanya muka abang ngah biasa ja, tapi disebabkab suara abang long makin kuat, muka abang ngah dah jadi makin risau. hati ibu jadi sayu dan risau. Dalam hati hanya Allah yang tahu perasaan ibu. Dek kerana abang long menangis kuat sangat, ibu nampak abah keluar dari bilik doktor, tiba-tiba ja abah pengsan. Terkejut ibu. Doktor dengan abah tolong angkat abah baring kat kerusi. Apa lagi, muka abang ngah lagilah bertambah risau. Bila abang long dah selesai, abang ngah pula masuk dengan tok wan. Abah tinggal kat luar sekejap untuk berehat. Ibu ingat abah pengsan sebab darah, rupanya sebab abah tak tahan dengar suara abang long dok menangis kuat sangat. Masa abang ngah masuk ibu tak dengar suara abang ngah menangis, tapi lama-lama abang ngah pun menangis. Apa lagi abah yang rasa dah ok terus masuk semula. Abang ngah menangis siap bercakap lagi dengan doktor. Ibu kat luar dengar jelas apa yang abang ngah cakap. Kesian ibu dengar. Bila abang ngah pun dah keluar dari bilik rawatan terus ibu rasa bersyukur sangat sebab dah selesai semua.

Cadangnya ibu ambil cuti sampai hari rabu ja. Tapi disebabkan ibu rasa kesian tengok anak-anak ibu pakat tak bagi ibu balik. Ibu sambung cuti sampai hari ahad. Masa nilah abang long dengan abang ngah nak bermanja dengan ibu. Hari tu, makan ibu suapkan. Tiga-tiga orang sekali ibu suap. Masuk hari ke-dua abang long dah makan sendiri, cuma abang ngah ja masih ibu suapkan. Tapi mandi memang ibu mandikan sampailah hari ibu nak balik rumah kita.

Abah bersusah payah goreng bihun petang tu untuk kenduri nanti. Dah lama ibu tak tengok abah masak-masak ni.

Tok buat pulut kuning dengan gulai ayam kampong. Memang sedap. Terbaik

 

Muka masing-masing nampak risau ja.

Kesian ibu tengok abang long. Mata masih bergenang air mata. Tahan sakit. Tapi Alhamdulillah dah selamat.

Balik kat rumah, dhia pun tdo sebab penat dok tunggu abang long dengan abang ngah kat klinik. Masa kat klinik dhia pun muka nampak risau sebab dengar abang long dengan abang ngah menangis. Sayang sungguh kat abang-abang. Hehehehehe.

Hari ke-3, abang ngah dah boleh makan sendiri. Hasil kreativiti abah, kain pelikat dah jadi macam bib baby. Senang nak makan, tak payah nak pegang-pegang.

Ni hasil kerja abang long. Disebabkan bosan katanya sebab tak boleh pi mana. Abang long buat kapal untuk dhia.

Dhia pun dah tak tau nak pi mana. Doklah dengan ibu kat luar ambil angin

Dah hari ke lima rasanya. Nilah kerja abang ngah dengan abang long, main game. Sebab nak hilangkan bosan. Tak pa, ibu bagi peluang kali ni sebab bersunat. Lepas ni balik rumah kena mengadap buku semula. Dah tak boleh main game dah.

Hadiah yang dijanji oleh abah sebab dah bersunat.

Nilah salah satu menu abang long dengan abang ngah masa dalam bersunat. Tu pun, abang ngah makan bertambah sebab dia kata sedap. Abang ngah oh! Abang ngah. Tak kisah sungguh pasal makan. Ikan kering pun abang ngah makan.






Tuesday, 9 December 2014

Al-Fatihah

1hb. Disember 2014. Hari ni genap umur abang ngah 7 tahun. Hari ni juga merupakan tarikh yang tak akan ibu lupakan. Pagi hari tu ibu terkejut dengan apa yang ibu lihat kat message ibu. Terkejut, sedih semua ada. Ibu terkejut sangat-sangat sebab kawan ibu yang sama-sama satu tempat kerja dulu meninggal dunia. Ibu terus terbayang wajah anak-anak kawan ibu. Sedihnya. Anak kawan ibu yang sulung baru 11 tahun, yang no.2 dengan no. 3 sama umur dengan abang long dengan abang ngah. Apa-apa pun sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah buat arwah kawan ibu Nor Huzaifa binti Shafie. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Kenangan bersama arwah akan ibu ingat selagi ada hayat ibu.

Tuesday, 25 November 2014

Majlis Ihtifal

Majlis Ihtifal. Ihtifal dalam bahasa arab. Kalau dalam bahasa malaysia lebih kurang macam hari kecemerlangan rasanya. Ibu tak mau cerita panjang, kita biarkan gambar yang berbicara.

Abang long masuk Qasidah tahun ni. Ibu rasa seronok sebab abang long dah berani tonjolkan diri. Dah makin besar abang long. Dah tak pemalu sangat dah. Kemas juga serban yang abah ikat. Dah macam ustaz dah tengok. Tak pa, tahun hadapan kita beli jubah putih ok.

Abang ngah masuk nasyid. Abang ngah tiap-tiap tahun masuk nasyid. Maklumlah abang ngah kan banyak cakap. Berbeza sungguh perwatakan abang long dengan abang ngah.

Dhia. Kalut nak pi kat abang ngah. Sampai nangis-nangislah. Last-last ibu suruh dok kat abang ngah ibu nak ambil gambar. 

Dok tunggu giliran nak nasyid. Cantik jubah abang ngah. Baju sponser dari Sek. Ren. Agama An-Najjah.

Abang ngah dapat tempat ke-lima. Tahun lepas tempat ke-empat. Tak palah abang ngah, nombor berapa pun tak pa abang ngah, janji abang ngah faham apa yang ustaz dan ustazah ajar dan jadi orang yang berguna dunia dan akhirat.

Abang ngah dapat hadiah cemerlang. Abang long tak dapat tapi ibu tengok keputusan abang long boleh tahan juga. Hafazan dapat 100 tu. Tu maknanya abang long dah boleh sangat-sangat sembahyang sendiri kat rumah.

Dhia Khalissa. Ibu puji sangat dengan perangai dhia. Dhia dari dulu sampai sekarang dah dua tahun, kalau pi mana-mana memang tak banyak ragam. Biarlah dhia macam ni sampai bila-bila pun. Amin....


Tuesday, 4 November 2014

Family Day

Sabtu baru ni ada Family Day kat tempat kerja abah. Tahun ni buat kat Pulau Jerejak. Excited jugalah ibu dengar sebab tempat tu merupakan tempat yang sebelum ni memang tak pernah orang pergi ke sana. Sebab pulau tu merupakan satu pulau yang menempatkan banduan. Satu pulau yang kalau orang dulu-dulu dengar memang menyeramkanlah. Cuma baru-baru nilah pulau tu jadi cam terkenal sikit sebab ada buat hotel ngan tempat peranginan. Lagi pun dah tak da banduan kat situ.

Malam tu apa lagi, abang long dengan abang ngah siap pesan kat ibu suruh cari swimming suits ngan pelampung. Maklumlah pindah hari tu, ibu dah simpan semua barang-barang tu dalam kotak. Seronok sebab abah kata boleh mandi kolam nanti. Dhia punya tak da swimming suits. Tak palah dhia pakai baju biasa ja. Nanti kita cari swimming suits untuk dhia pulak. Selepas solat subuh, terus ibu berkemas dan letak barang yang nak dibawa ketepi. Dalam pukul 7 kita dah bertolak sebab abah kata feri akan bergerak dalam pukul 8.30pagi.

Sampai kat jeti kawan-kawan tempat kerja abah dah ramai yang sampai. Kebanyakannya naik bas.

Susah betul nak ambil gambar dhia. Dia tak mau duduk diam. Adik la ni dah mau pakai headband ngan clip rambut. Oklah tu. Gigirl kan.

Tulah pulau yang kita nak pi tu. Pulau Jerejak

Feri dah sampai. Macam nak pi Pulau Pangkor pulak rasa. Abang ngah dengan dhia tak pernah lagi pergi Pulau Pangkor. Abang long pun dulu ibu bawa masa umur 6 bulan. Kecil lagi. Tak ingat apa-apa lagi. Nanti ada rezeki kita pi sana pulak ye.

Apa-apa pun kita bergambar dulu.

Suka ibu tengok gambar abang long ni. Mulanya ibu ingat abang long pi mana rupanya dok merenung air laut. Bosan agaknya menunggu feri tak sampai-sampai lagi. Kawan abah kata orang berseni tu. Maklumlah orang berseni ni memang suka cari ketenangan macam tu. Hehehehehehe

Kawan-kawan abang long pula mai joint. 

Dah masuk dalam feri. Masa untuk bergerak. Gambar ni pun ibu suka.

Kita bertiga ja sebab abang long kat depan.

Dah sampai. Cantik kan. 

Sayup ja mata memandang. Jambatan Pulau Pinang.

Sampai ja kat sana. Abang long dengan abang ngah dah kalut nak mandi kolam. Makan pagi pun dah tak nak. Akhirnya ibu pun tersangkut disini. Tak dapat tengok orang pakat main game kat pantai. Bila ibu cakap ada game untuk kanak-kanak, abang long cakap mandi kolam lagi best.

Ni tempat makan.

Cantik tempat dia.



Macam biasalah abang ngah dengan dhia.

Ibu pun tak sangka dhia berani. Masuk ja dalam pelampung tu pastu dhia kayuh sendiri dengan kaki. Tak bagi orang kacau. Tapi mata ibu memang tak lepaslah dok tengok dhia. Ni silap-silap boleh cepat berenang pa. Hehehehehehe

Ni dah petang. Bila semua orang dah nak balik. Masa nilah abah ngan kawan-kawan dia pulak nak mandi kolam. Dhia pun bukan main nak mandi lagi sekali. Kali ni abah pula layan. Tapi dhia turun sat ja, Lepas tu dia terus naik. Tak tau kenapa dhia kata takut. Ibu pun apa lagi, tukar baju dhia terus pi minum petang.

Pendapat ibulah mengenai Pulau Jerejak ni. Tempat dia memang menarik, tapi pihak pengurusan kena tekan kan lagi dari segi makanan yang disediakan. Sayang sekali sebab makanan yang disediakan memang tak menarik langsung. Faktor keselamatan dengan kebersihan kolam renang pun mereka kena tingkatkan lagi. 

Friday, 22 August 2014

Aidilfitri 1435

Raya tahun ni kita beraya di sungai petani dulu. Rumah tok wan un. Raya ke-2 baru kita balik beraya di alor setar. Tak sempat nak ambil gambar ngan tok wan un ngan tok ani. Biasalah kalau raya kat sungai petani memang tak sempat nak beraya. Masing-masing sibuk dok melayan orang yang mai beraya. Tapi sebelum ramai tetamu mai rumah sempat jugalah kita bergambar satu family lepas abah balik sembahyang raya. Tapi raya kali ni ibu rasa seronoklah sebab dapat pi beraya rumah kawan-kawan ibu kat alor setar dengan perlis.

Family kita yang selalunya baju tak pernah sedondon tiap-tiap kali raya. Insyaallah tahun depan ibu nak ajak abah buat sedondon juga.

Dhia pakai sat ja cekak rambut tu. 

Abang ngah dengan pak su ngan sepupu. Abang long tak mau bergambar sekali. Sepupu belah wan un semua lelaki. Dhia tak da geng.

Family pak long serba purple.

Pak ngah. Purple juga. tapi light purple. 

Mak Su dengan adik Qaisara. Si debab.

Kat rumah wan zain

Dengan mak njang

Kawan lama ibu. Masa sekolah dulu. Lamanya tak jumpa.


Cerita Ramadhan 1435

Masa bulan puasa hari tu, adik beradik ibu semua pakat mai berbuka puasa kat rumah kita. Kecuali mak su ja tak ada. Kita balik kampung hari tu tak sempat nak berkumpul ramai-ramai kat kampung. Pak long ambil keputusan tuk berbuka di rumah kita. Ibu rasa seronok sangat sebab dapat masak beramai-ramai. Kalau ada mak su, tok wan dengan tok lagi meriah rasanya. Tak pa lain kali kita suruh mak njang bawa tok wan dengan tok sekali mai rumah kita. Lepas ja berbuka dan semua dah solat maghrib, kita bertolak pulak ke hutan Lipur Bukit Panchor untuk makan makanan laut. Kalau bulan puasa makanan laut ni memang cukup terkenal.

Seronoknya dapat makan ramai-ramai macam ni kan. Meriah rasa.

Adam dah tidur tak sedar diri. mak ngah pun letih ja. Mak ngah dengan pak ngah balik awai sebab mak ngah kena kerja awai esoknya tu.

Mak njang, Mak long dengan kakak huriah.

Apa yang dhia buat pun tak tau. Ibu suka tengok gambar dhia dalam ni. Nampak cam montel ja. Yang tak tahan rambut tu, tak bagi ikat langsung. hehehehehe