Tuesday 26 March 2013

Dhia Rindukan Abah

Sabtu baru ni abah kena pi Kuala Lipis, Pahang. Lama jugalah kali ni abah pi dalam 5 hari. Dah lama abah tak tinggal kita banyak hari kan. Abah jadi guru pengiring untuk bawa budak-budak pengakap. Start malam sabtu tu Dhia tak boleh tidur sangat, sejam sekali dhia bangun. Mulanya ibu tak perasan sangat kata dhia teringatkan abah. Malam semalam dengan malam kelmarin pun dia macam tu juga, sejam sekali bangun merengek. Kalau tidak sebelum ni tak pun. Ibu risau juga takut dhia tak sihat, tapi tak ada apa-apa pun. Dhia mesti teringat kat abah, maklumlah sebelum ni nak tidur ja mesti panjat abah dulu main-main dengan abah, alih-alih dua tiga malam ni tengok ada abang long dengan abng ngah ja. Pastu pagi tadi ibu pun ceritalah dekat Cik Pah jiran kita yang mengasuh dhia sekarang ni. Cik Pah kata mungkin dhia teringat kat abah kot sebab banyak hari dia tak nampak abah. Rasanya yalah. Ibu pun tak teringat nak suruh abah tinggalkan baju abah yang tak pakai lagi tuk buat selimut dhia. Lepas ni kalau abah tinggal kita banyak hari bolehlah ibu suruh abah tinggal baju abah.

 

Stock Cuti Sekolah

Minggu ni kan dah start cuti sekolah seminggu. Abang long dengan abang ngah dah tak mau duduk rumah mak pengasuh. Ibu pun tak kisahlah. Ibu tak kisah sangat sebab kita kan duk dalam kuarters sekolah siap ada guard lagi dan rumah kita pulak tak da pagar rumah satu baris ja, so senang sikit kalau apa-apa hal jiran tolong tengok-tengokkan. Mula-mula ibu tak harap juga tapi dah abang long ngan abang ngah mengeras juga tak mau pi kesianlah pulak. Lagi pun dok rumah mak tak bebas bila dok rumah sendiri bebas boleh buat apa-apa saja. Lepas ni pindah dok rumah sendiri ibu tak haraplah dok sendiri. Kena hantar jugalah rumah mak.

Nak dijadikan cerita ibu pun apa lagi semalam singgahlah econsave beli stock biskut untuk abang long dengan abang ngah, maklumlah tak mau anak-anak ibu lapar nanti. Semalam abang ngah ngadu lapar. Kesian abang ngah. Semalam ibu balik rumah, rumah taklah bersepah tapi pintu dengan kipas tak tutup orang tak ada dah keluar main. Nasib baiklah duduk dalam kuarters kalau kat luar dah lama dah orang masuk angkut barang. Macam tulah ragam anak-anak sementara nak besar.

Milo tu ibu dengan abah punya sebab ada bijirin. Air tu kejap ja habis

Wednesday 20 March 2013

Masa Untuk Potong Rambut

Isnin lepas balik ja dari KAFA ibu terus bawa abang long dengan abang ngah gunting rambut. Maklumlah rambut masing-masing dah panjang sangat. Ibu tengok pun dah naik rimas. Ibu syukur sangat sebab anak-anak ibu yang hero-hero ni sejak kecil lagi senang kalau bila nak potong rambut. Hari tu nasib baik orang tak ramai, tapi dalam orang tak ramai pun jenuh jugalah kita menunggu. Ibu ingat lagi dulu masa abang long dengan abang ngah kecil abah yang potongkan. Bila dah masuk umur 2 tahun kalau tak silap ibu, abah dah malas nak potong dia kata bawa pi kedai jalah. Dulu kalau potong mesti rapat punya, tapi bila dah besar ni potong taklah rapat sangat. Kita balik dekat pukul 7 jugalah.

Ni semua kes boring menunggu lama sangat

Besar dah anak-anak ibu
 
Selalu abang long gunting dulu, kali ni abang long suruh abang ngah pulak gunting dulu. Macam-macam ragam

Abang ngahla ni nak ambik juga gambar ibu

Lepas gunting rambut nak upah pulak

Abang long lapar saja

Wednesday 6 March 2013

Dhia oh Dhia

Heroin ibu sorang ni memang lain sungguh dari abang long dengan abang ngah. Orang semua dah tidur dia tak tidur lagi. Sekarang lagilah dah mula belajar memanjat. Sakan anak ibu ni, merangkak baru dua langkah dah belajar memanjat dengan dah start nak duduk. Ibu pun sekarang pi kerja mesti mengantuk. Maklumlah tidur pukul 2 pagi pukul 5 dah nak bangun, takka binau kepala. Paling awal Dhia tidur pukul 12, tu pun dah kategori lewat. Seingat ibu dulu masa preagnant kat Dhia dalam pukul 12 mlm ke atas baru Dhia aktif. Samalah sekarang ni. Malam dalam pukul 10 tidur, ibu ingat nak tidur terus tapi dalam 10.30 dah bangun, meniarap, senyum kat ibu terus main sampailah pukul 1 pagi, kekadang pukul 3 pagi baru tidur. Dhia oh Dhia

Ibu tak boleh tidur sebab Dhia dok kacau ibu. Ibu ambil gambar Dhia

Muka terkejut sebab tengok ada cahaya lampu

 

 

Cewah-cewah boleh duduk sendiri nampak

Cukup susah nak ambil gambar la ni, maklumlah tak mau dok diam