Wednesday, 20 March 2013

Masa Untuk Potong Rambut

Isnin lepas balik ja dari KAFA ibu terus bawa abang long dengan abang ngah gunting rambut. Maklumlah rambut masing-masing dah panjang sangat. Ibu tengok pun dah naik rimas. Ibu syukur sangat sebab anak-anak ibu yang hero-hero ni sejak kecil lagi senang kalau bila nak potong rambut. Hari tu nasib baik orang tak ramai, tapi dalam orang tak ramai pun jenuh jugalah kita menunggu. Ibu ingat lagi dulu masa abang long dengan abang ngah kecil abah yang potongkan. Bila dah masuk umur 2 tahun kalau tak silap ibu, abah dah malas nak potong dia kata bawa pi kedai jalah. Dulu kalau potong mesti rapat punya, tapi bila dah besar ni potong taklah rapat sangat. Kita balik dekat pukul 7 jugalah.

Ni semua kes boring menunggu lama sangat

Besar dah anak-anak ibu
 
Selalu abang long gunting dulu, kali ni abang long suruh abang ngah pulak gunting dulu. Macam-macam ragam

Abang ngahla ni nak ambik juga gambar ibu

Lepas gunting rambut nak upah pulak

Abang long lapar saja

No comments:

Post a Comment