Monday, 10 June 2013

Pancake Jagung

Dah lama ibu nak buat pancake jagung ni sebab tengok resepi kat blog Hanieliza's Cooking  amatlah senang. Sekali tengok bahan-bahan dia macam nak buat cucur jagung. Cuti hari minggu baru ni, kita tak kemana-mana, so ibu pun buatlah untuk breakfast. Abang long dengan abang ngah tak makan pun. Sedangkan masa nak buat tu depa yang excited. Ayah , ibu dengan Dhia ja yang makan. Dhia suka sungguh sampai habislah sekeping.  Nanti bolehlah buat lagi.

PANCAKE JAGUNG

 
Bahan
1 tongkol jagung [dihiris halus]-disebabkan ibu cari jagung tak ada ibu beli jalah jagung dalam tin.
1 biji telur A - ibu guna telur gred B ja.
3 biji cili merah [dicincang kecil]
1 pokok daun bawang [dicincang kecil] - ibu tak letak sebab anak-anak tak makan
100 gram daging ayam [dicincang kecil dan goreng tanpa minyak]
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
3 cawan air
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa
 
Cara-caranya
 
1. Gaul rata semua bahan.
2. Masukkan sesenduk dalam kuali tak lekat, alah macam buat pancake biasa tu.
 3. Masakkan dengan api yang paling kecil dan terbalikan.
4. Hidangkan. [Jika suka dengn cili sos]. Makan tanpa sos pun dah sedap.

Muka budak yang kekenyangan.
 
 

Friday, 7 June 2013

Kenduri Maksu

Minggu pertama cuti sekolah 26 mei 2013 adalah hari yang bersejarah untuk mak su nurul. Pagi jumaat 24 mei 2013, kita bertolak balik. Cadangnya nak singgah sungai petani rumah tok wan sat untuk ambil kuih, lepas jumaat kita bertolak ke alor setar. Tapi pagi tu tok wan un call kata tok ani tak sihat, kita pun bermalam kat sungai petani. Pagi sabtu baru kita bertolak balik rumah wan zain. Ibu sebenarnya seronok sangat sebab dah lama tak ada kenduri besar macam ni. Dan ibu syukur sangat sebab adik Dhia tak meragam, sapa ambil pun tak pa. Senang ibu nak buat kerja. Sibuk buat kerja tak sempat nak ambil gambar suasana gotong-royong kat kampung ibu. Abang long dengan abang ngah tak yah ceritalah, ke sana ke sini dengan sepupu-sepupu. Terbang bebas macam burung dapat keluar dari sarang. Dah selamat jadi isteri orang dah adik bongsu ibu. Semoga mak su berbahagia sampai akhirat. Tempuhilah alam rumah tangga dengan hati yang sabar dan tenang.

Ni masa akad nikah hari tu

 

 

Hari kenduri. Ibu tak sempat ambil gambar banyak. Tak pa abah kan ada. Nanti boleh tengok kat abah.