Tuesday, 2 April 2013

Rumah Baru Dhia

Kesian Dhia kena tukar pengasuh lagi. Hari tu pengasuh minta cuti sebulan ibu minta tolong jiran kita cik pah jaga dhia. Ibu ingat lepas sebulan oklah nak hantar kat pengasuh semula, tapi pengasuh minta cuti lagi dua minggu. Ibu dah rasa pening kepala dengan sikap pengasuh ni. Kalau dia habaq tak mau dah mengasuh kan senang. Ni dok bagi alasan macam-macam susah juga ibu. Ibu fikir punya fikir ibu tanya cik hajar sebab nak hantar dhia kat nursery yang cik hajar hantar anak dia. Hari ni bermulalah dhia kat rumah baru. Kat sini ramailah kawan-kawan dhia. Lagi pun kalau kat nursery ni senang sikit sebab ibu tak payah nak cuti kerap-kerap, kalau tidak dulu dalam sebulan mesti ibu ada cuti. Ibu harap dhia dok elok-elok dan penjaga dhia yang baru ni dapat jaga dhia elok-elok.


 

1 comment:

  1. tak pa... nanti kak uzma tolong jaga dhia yer....

    ReplyDelete