Monday, 17 December 2012

Bowling lagi

Dah lama kita tak pi main bowling. Seingat ibu, masa ibu preagnant dulu boleh dikatakan tiap-tiap bulan kita pi main bowling. So, cuti hari minggu baru ni kita ajak abah pi main bowling kat giant kulim. Jauh kan kita main. Bukan apa kat sana tak ramai orang sangat, kalau kat pacific penang ni ramai sangat orang. Kita bertolak dalam 2 lebih. Sampai ja ibu ajak abah pi makan dulu. Kalau ikut abang ngah nak main terus. Abah cakaplah nanti nak main tak da tenaga sebab tak makan. Asalnya ibu ajak makan ayam penyek, tapi sayang tak buka pulak. Last-last kita makan domino pizza ja. Bolehlah kalau nak makan kat sini, lain kali ibu tak mau dah makan kat sini, lebih baik makan kat pizza hut. Puas hati sikit. Kat domino pizza ni makan pun dalam kotak macam kita bungkus dan sos pun sikit. Tak best langsung.

Dalam kul 4 kita pi main bowling. Ibu call pak ngah ajak mai main sekali. Dah habis satu game main baru pak ngah sampai. Pak ngah pun baru first time main oklah setakat nak main seronok-seronok. Dah habis main kita ikut pak ngah makan kat kedai yang terkenal kat situ dengan kari kepala ikan dia. Tak sempat ibu nak ambil gambar sebab Dhia tidur. Lain kali kalau kita makan kat situ lagi ibu ambil gambar.

Dhia dah siap nak pi main bowling

Abang long ambil gambar. Dia kata susah sebab kereta bergerak.

Ibu dengan Dhia

Abang Ngah dengan rambut pacak

 Abang long ni sekali ibu tengok sebijik cam muka pak su.

 
Dhia kat Domino pizza

 Sempat lagi posing abang ngah ni

Dhia hairan sedar-sedar dah sampai kat tempat bowling.

Thursday, 13 December 2012

Transformers

Minggu lepas ibu ngan kawan-kawan ibu singgah kat carrefour tuk beli barang sikit. Kebetulan masa ibu pusing-pusing kat tempat mainan ibu terjumpa lego transformers yang ibu dok cari selama ni. Syukur sangat-sangat sebab tertunai juga hasrat abang long. Mula-mula ibu tengok yang besar harga dia dalam rm100, kalau dua dah rm200. Jenuh jugalah ibu. Bukan apa kalau ibu beli kat abang long saja mesti abang ngah pun nak juga, sedangkan ibu tau abang ngah tak minat sangat benda-benda lego ni. Kalau beli mesti ibu atau abah yang buat, tapi kalau abang long dia akan buat sendiri. Bila anak-anak ibu ni dah besar ibu dah tahu dah perangai sorang-sorang. Buat masa sekarang ibu banyak tau apa yang abang long nak dan tak nak. Abang ngah ni ibu tengok perangai dia banyak ikut ibu, tak suka sangat fikir yang remeh temeh. Dia suka fakta. Kalau bab makan ni yang ibu suka, makan ja apa yang ada, sebab tu badan abang ngah besar pada abang long. Abang long kalau bab makan cerewet sikit. 

Balik ke cerita lego tadi, belek punya belek ibu ternampak yang kecil. Sekotak baru rm40. Kira oklah, so ibu ambil yang kecil. Balik ja rumah abang long bukan main excited nak buat. Abang ngah biasalah suruh ibu buat. Sampai abang long kata kat abang ngah malas fikir sebab tak buat sendiri. Ibu senyum jalah tengok gelagat anak-anak ibu ni. Insyaallah kalau ada rezeki ibu nak beli lego transformers yang besar tu pulak.

 Patutlah mahal Hasbro punya

 Ni lego abang long. Tengok tu dah nak siap keta bumbebee dia

Ni abang ngah punya. Optimus prime

 Siap jadi truck tapi ibu yang buat hahahahaha

Abang long dengan bumbebee dia

Kecil ja bumbebee ni. Kalau dalam filem pun memang optimus prime besar pada bumbebee.

Tuesday, 11 December 2012

Kasih Abang Ngah

Ibu bukan nak puji abang ngah ni, tapi dalam merajuk-merajuk abang ngah, abang ngah ni pandai ambil hati orang. Bila abang long kena marah dengan abah atau ibu, mesti cepat-cepat abang ngah ambil hati abah atau ibu, bukan apa abang ngah tau dah sat gi dia nak kena pulak. Tapi ibu memang tak bagi peluang kalau abang long ngan abang ngah tak dengar cakap, memang kena. Kali ni bukan nak cerita apa, cuma ibu rasa tersentuh dengan sikap abang ngah. Rajin mengasuh adik Dhia. Kadang tengok abang ngah lagi perihatin dari abang long kalau Dhia nangis. Abang long bukan tak perihatin cuma lambat sikit. kalau abang long ibu suruh apa semua buat, lain dari abang ngah kalau dia tak mau suruhlah macam mana pun mesti tak buat punya. Last-last abang long juga yang buat. Tapi yang paling ibu tak boleh lupa perbualan abang long dengan abang ngah kalau ibu suruh jaga Dhia sat:

Abang Ngah : Abang long! Dhia nangis la.
Abang Long : Bagilah puting.

Abang ngah juga yang kena bagi puting sebab abang long dia boleh tahan Dhia nangis. Paling kuat mesti abang long akan tutup telinga dan kata "Bisinglah". Biasalah nama pun Abang Long mesti ada sikap memerintah.

Gambar ni ibu ambil curi-curi. Tu yang ambil kot belakang, kalau depan abang ngah tak mau. kalau ambil juga mesti dia marah. Gambar ni kenangan, bila dah besar boleh abang ngah tengok nanti.

Birthday Boy

Tanggal 1 Disember 2012, genaplah abang ngah 5 tahun. Maklumlah anak hujung tahun. Sekolah dah cuti abang ngah baru cukup 5 tahun. Jadi pagi tu abah bawa abang ngah pi beli kek. Abah bawa abang ngah pilih sendiri nak kek apa. Nasib baik ada kek angry bird, kalau tidak jenuh bisinglah abang ngah tu. Bukan apa abang ngah la ni bukan boleh silap sikit. Sikit-sikit nak merajuk. Letih abah ngan ibu nak melayan. Abah dengan ibu kalau birthday sapa pun memang tak buat sambutan besar-besaran, cuma beli kek atau pun ibu masak special sikit kat rumah kita makan family kita ja. Kek yang abang ngah potong kita bagi kat jiran-jiran.



Sibuk nak pasang lilin, nak tiup. Kali ni ibu rasa baru beli kek kat danial. Maklumlah sebelum ni danial kena pantang tak boleh makan telur.

Siap sedia nak potong kek



 Semua kuning hehehe..........

Wednesday, 28 November 2012

Home Sweet Home

Semalam lepas makan ibu dengan kawan-kawan ibu pergi tengok rumah kita. Hari minggu hari tu kita dah tengok tapi ibu tak puaslah sebab tak dapat ambil gambar. So, semalam ibu pi lagi. Tak sabar rasanya nak pindah masuk rumah baru. Tapi sebelum masuk memang macam-macam kita kena buat. Yang penting sekali kena pasang grill tingkap. Abang long dah cakap dah dia nak cat bilik warna hijau sebab dia rumah hijau. Dah bertukar dah warna sejak sekolah ni. Dulu abang long nak warna merah. Abang ngah pulak nak warna bilik warna-warni. Huish! anak ibu sorang ni lagi melampau-lampau permintaan dia. Apa-apa pun ibu ngan abah layan je. Bukan apa seronok tengok anak-anak ibu ni semangat nak dapat bilik masing-masing. La ni pun ada bilik tapi tak boleh cat sesuka hati. Maklumlah hak orang, tak boleh nak buat sesuka hati.

Ibu pulak yang paling ibu tak sabar sebab nak tanam pokok. Tak kisahla pokok perhiasan ka atau pokok yang boleh di makan.  Abang long pun dah bagi cadangan kat ibu nak tanam pokok apa. Abang long ni berseni sikit dan kreatif. Dia dah ada macam-macam perancangan nak buat. Apa-apa pun ibu rasa tahun depan kita dah boleh start masuk rumah. Insyaallah.

TAK SABARNYA RASA.....................


Ibu sempat lagi pose depan rumah kita

 Ni belakang dapur. Kat sini nanti bolehlah ibu tanam serai, cabai & pokok yang boleh ibu masak

 Ni Nombor rumah kita. Kebetulan kan 2A. Konon-konon Ayie ngan Anie. Nama ibu dengan abah, tak pun Afiq

Depan rumah kita

 Kat sini boleh kita tanam pokok bunga. Cewah berangan ja ibu kan



Ni ruang dapur rumah kita. Boleh ambil gambar kat luar jalah sebab pintu kunci. Rumah kita tak siap lagi sebab tu kotor lagi.

Ni ruang tamu.

Ni pulak playground. Tapi playground ni kat lorong belakang rumah kita. Kecil ja playground dia.

Tuesday, 27 November 2012

Nasi Arab

Sebenarnya dah lama ibu teringin nak merasa nasi arab ni. Hari tu sebelum bersalin ada ibu ngan kawan-kawan ibu pi kat restoran nasi arab yang kat rumah kita tu, tapi hari tu nasi arabnya belum siap, so tak jadilah ibu nak makan. Nak ajak abah pi hari lain ibu dah tak sanggup sbb hari tu ibu masuk bilik air dia dan bilik air dia tak memuaskan, terus cancel tak mau pi dah kat situ.

Cuti Deepavali baru ni ibu ajak abah pi Tesco Seberang Jaya tuk makan nasi arab. Sebab ramai juga kawan-kawan ibu kata nasi arab kat situ sedap. Pastu boleh shopping barang sikit kat situ.

 Abang Ngah nak buat peace tapi nampak cam dua ja. Abah seriusnya muka.

Abang Long biasalah mesti nak duk dengan ibu.

 Nilah nasi arab ayam mandy. Abah ambil nasi beriani kambing tak sempat nak ambil gambar sebab semua pakat nak makan lapar. Nasi banyak punya pasal nasi ibu kongsi ngan abang long ngan abang ngah. Mulanya abang ngah nak kongsi dengan abah, lepas dia tengok nasi abah warna kuning terus tak jadi, ambil nasi ibu.

Air pun gelas besar. Ibu tak dapat nak tolong habiskan sebab ais. Ibu kan pantang lagi semua ni.

 Abang long pun nak bergambar tapi muka tak mau senyum serius ja. Dhia dalam stroller kat belakang tu biasalah nama pun baby tambah sejuk pulak tidurlah.

Lampu ni saja ja ibu ambil gambar sebab nampak menarik juga

Monday, 26 November 2012

Langkah Pertama

Lama sungguh ibu rasa tak bercerita kat blog ni. Bukan apa, maklumlah kat office ibu sibuk dengan kerja, balik rumah lagilah tak sempat nak buka internet ni. Sampai-sampai ja rumah terus buat kerja rumah. Bila malam ja mulalah letih, maklumlah tenaga dah habis siang tadi. Kalau Dhia tidur awal bolehlah ibu tidur awal, tapi bukan nak kata apa memang Dhia tidur lambat la ni. Pukul 1 baru nak tidur, tu pun dikategorikan awallah tu. Selalunya sampai kul 2 atau 3 baru tidur. Agaknya Dhia rasa macam dok kat dalam rahim ibu lagi kot. Dulu masa Dhia kat dalam pukul 12tgh mlm. ke atas baru Dhia aktif, siang tidur. Tapi seronok juga dapat alami semua tu sekali lagi. Maklumlah dah hampir 5 tahun ibu tak berjaga malam sangat macam ni. Abang long ngan abang ngah dulu lain tak sama macam Dhia. Betullah orang kata 10 orang anak, sepuluhlah ragam.

Anak ibu kali ni cepat sungguh boleh meniarap. Umur 3 bulan setengah dah boleh meniarap. Ramai orang kata sebab perempuan kot dia ringan sikit. Ibu ingat lagi, abang long 5 bulan, abang ngah 4 bulan boleh meniarap. La ni ibu tengok Dhia dah dok angkat-angkat punggung macam nak menyulur dah. Abang ngah selalu tanya menyulur tu macam mana, puas jugalah ibu explain. Nanti bila Dhia dah boleh menyulur bolehlah abang ngah tau macam mana.

 Ni dah cekap maklumlah dah 4 bulan



Rambut dah makin panjang

 Sebijik macam muka abang long masa umur dia 3 bulan. Sebab tu ramai orang ingat Dhia lelaki hehehehe

 Dah pandai pegang botol susu sendiri. Tapi dalam tu susu ibu bukan susu tepung. Alhamdulillah ibu dapat susu Dhia lama kali ni.


Abang Long ngan Abang Ngah pun seronok tengok Dhia dah boleh meniarap. Nilah bodyguard Dhia Khalissa
 

Thursday, 22 November 2012

Orang Baru

Tanggal 13 Julai 2012 bersamaan 23 Syaaban 1433, tepat jam 3.22 pagi. Pagi Jumaat yang mulia, lahirlah orang baru dalam family kita. Ibu sepatutnya dijangka bersalin pada 11 Julai, tapi semuanya kehendak Yang Maha Esa ibu lewat sehari. Ibu sebenarnya risau juga sebab tak pernah lagi bersalin lewat. Pagi 12 Julai ibu turun tanda dan ibu terus ke hospital untuk buat pemeriksaan. Sebelum tu ibu dah call abah banyak kali tapi abah tak angkat, jadi ibu tinggalkan pesanan ja untuk abah. Lagi pun abah dah cakap kalau dia tak angkat tu maknanya dia dalam kolam tengah belajar berenang. Sampai di hospital, bila doktor dah periksa ibu dah buka 3cm, jadi doktor tak bagi ibu balik dia terus masukkan ibu ke wad. Dalam hati ibu risau sebab abah masih belum selesai kursus dia. Macam mana kalau ibu bersalin abah tiada, sedihnya. Bila ibu dah masuk wad syukur alhamdulillah abah call ibu dan dia kata dia on the way ke hospital. Abah cakap abang hakimi lahir kul 1.27 pagi, abang danial kul 6.18 pagi dan kali ni mesti lahir kul 3.00 pagi. Ibu tak kisahlah kul berapa lahir janji selamat semua.

Malam tu ibu dah start sakit, doktor datang check ibu dah buka 4cm, so ibu kena masuk bilik bersalin. Masuk ja bilik bersalin doktor pecahkan air ketuban. ibu ingat lagi masa dalam pukul 10 malam. Sebelum masuk bilik bersalin ibu sempat call abah. Abah cakap lepas tidurkan hakimi dan danial abah pergi kat ibu. Kat bilik bersalin hanya Allah yang tahu perasaan ibu. Sakit makin kuat. Lepas sejam, sejam. Akhirnya dalam kul 3.22 pagi ibu selamat lahirkan baby dengan berat 3.5kg. Yang paling mengharukan ibu ialah ibu lahirkan baby girl seperti yang diidam-idamkan selama ini. Patutlah semuanya lebih daripada abang Hakimi ngan Danial. Syukur alhamdulillah hilang semua sakit ibu.

Lahirlah Dhia Khalissa dalam keluarga kita. Ibu sebenarnya kalau dapat baby girl ibu nak letak nama Dhia Qalisya, tapi Qalisya tu tak da maksud. Puas abah tanya ustaz, akhirnya dapat juga nama yang ibu idam-idamkan yang bermaksud sinaran keikhlasan. Ibu harap Dhia akan melakukan semua perkara dengan ikhlas seperti nama Dhia Khalissa.





 Kaki masih mengelupas. Rasanya gambar ni Dhia baru seminggu

Tangan Dhia yang halus dan comel

 Tangan ibu. Nanti bila dah Dhia besar macam nilah tangan Dhia.

 Ni pulak tangan abah.



 Abang Long ngan Abang Ngah



Gambar ni semua abah ambil sebelum Dhia bercukur. Rambut Dhia memang lebat dan lembut