Anak ibu kali ni cepat sungguh boleh meniarap. Umur 3 bulan setengah dah boleh meniarap. Ramai orang kata sebab perempuan kot dia ringan sikit. Ibu ingat lagi, abang long 5 bulan, abang ngah 4 bulan boleh meniarap. La ni ibu tengok Dhia dah dok angkat-angkat punggung macam nak menyulur dah. Abang ngah selalu tanya menyulur tu macam mana, puas jugalah ibu explain. Nanti bila Dhia dah boleh menyulur bolehlah abang ngah tau macam mana.
Ni dah cekap maklumlah dah 4 bulan
Rambut dah makin panjang
Sebijik macam muka abang long masa umur dia 3 bulan. Sebab tu ramai orang ingat Dhia lelaki hehehehe
Dah pandai pegang botol susu sendiri. Tapi dalam tu susu ibu bukan susu tepung. Alhamdulillah ibu dapat susu Dhia lama kali ni.
Abang Long ngan Abang Ngah pun seronok tengok Dhia dah boleh meniarap. Nilah bodyguard Dhia Khalissa
No comments:
Post a Comment