Dah lama kita tak pi main bowling. Seingat ibu, masa ibu preagnant dulu boleh dikatakan tiap-tiap bulan kita pi main bowling. So, cuti hari minggu baru ni kita ajak abah pi main bowling kat giant kulim. Jauh kan kita main. Bukan apa kat sana tak ramai orang sangat, kalau kat pacific penang ni ramai sangat orang. Kita bertolak dalam 2 lebih. Sampai ja ibu ajak abah pi makan dulu. Kalau ikut abang ngah nak main terus. Abah cakaplah nanti nak main tak da tenaga sebab tak makan. Asalnya ibu ajak makan ayam penyek, tapi sayang tak buka pulak. Last-last kita makan domino pizza ja. Bolehlah kalau nak makan kat sini, lain kali ibu tak mau dah makan kat sini, lebih baik makan kat pizza hut. Puas hati sikit. Kat domino pizza ni makan pun dalam kotak macam kita bungkus dan sos pun sikit. Tak best langsung.
Dalam kul 4 kita pi main bowling. Ibu call pak ngah ajak mai main sekali. Dah habis satu game main baru pak ngah sampai. Pak ngah pun baru first time main oklah setakat nak main seronok-seronok. Dah habis main kita ikut pak ngah makan kat kedai yang terkenal kat situ dengan kari kepala ikan dia. Tak sempat ibu nak ambil gambar sebab Dhia tidur. Lain kali kalau kita makan kat situ lagi ibu ambil gambar.
Dhia dah siap nak pi main bowling
Abang long ambil gambar. Dia kata susah sebab kereta bergerak.
Ibu dengan Dhia
Abang Ngah dengan rambut pacak
Abang long ni sekali ibu tengok sebijik cam muka pak su.
Dhia kat Domino pizza
Sempat lagi posing abang ngah ni
Dhia hairan sedar-sedar dah sampai kat tempat bowling.
bulat sungguh mata dhia, nak main bowling skali ngan abang ke?
ReplyDeletebaru bangun tdo tu yang mcm terkejut tu.tunggu sat. besar nanti boleh dhia main pulak
ReplyDeletedah besar dh abg long dgn abg ngah....hehehe..bulatnya mata dhia..nati besar blhlah join main sekali...hehehe:-)
ReplyDeletetulah cepat ja kan masa berlalu
ReplyDelete