Wednesday, 26 October 2011

Tesco & Sushi again

Hari ni cuti sempena Deepavali.  Pagi-pagi ibu bangun buat breakfast simple ja iaitu koayteuw goreng.  lepas breakfast terus kemas rumah apa-apa yang patut, maklumlah time-time cuti cam nilah nak kemas rumah pun. Bila rumah dah kemas rasa puas hati sangat.  Kalau hari biasa sempat sapu sampah ja maklumlah nak rushing pi keja, nak siapkan abang hakimi ngan adik danial lagi.  Macam lipas kudung ja rasa, semua benda nak buat. Tapi tak pa ibu suka dan itulah salah satu cara ibu exercise, maklumlah nak pi exersice tak sempat so exerciselah dengan kerja rumah.  Lepas siap keja rumah ibu rehat-rehat jap, sebab lepas zohor lebih kurang kul 2 abah janji nak bawa kita p Tesco Alma.  Danial ajak p Tesco Taiping sebab boleh p Zoo Taiping, tapi abah kata tak palah kita pi Tesco Alma sebab ada sushi, maklumlah abah kan peminat sushi........ Sampai ja kat Tesco abang ngan adik terus masuk tempat permainan sampai tak ingat nak makan.  Ibu ngan abah apa lagi pegi cari makanlah, sambil makan sambil perhatikan abang ngan adik, risau juga walaupun dalam tu cam selamat ja tapi kita tak tau kan apa akan jadi, lagi pun orang ramai. Masa ibu asyik makan ibu ternampak kawan ibu Tikah.  Tikah ni pernah practical kat tempat keja ibu dulu, dah lama dah tapi ibu still contack lagi ngan dia.  Dia datang dengan husband n baby dia. Sempatlah ibu tengok baby dia. Lepas ibu ngan abah habis makan kita pegi cari barang-barang rumah.  Puas juga abah memujuk ajak keluar tapi tak jalan juga so ibulah pulak pegi memujuk.  Nasib baik mau keluar tu pun setelah diumpan untuk beli angry bird.  Dah habis beli barang-barang kenalah tunaikan janji. So, dapatlah set mainan angry bird sorang satu. Abang bukan main excited lagi dapat apa yg diidam-idamkan.  Masa nak keluar Tesco lalu pulak depan KFC, abang cakap nak makan KFC sebab tadi tak makan so laparlah tu.  Kali ni ibu pulak belanja, maklumlah abah dah belanja ibu beli barang-barang tadi.  Masa kat KFC tu sempat lagi adik cakap "KFC Tesco ni sedaplah abah". Danial, danial ada-ada saja. Lepas makan terus balik rumah.

No comments:

Post a Comment