Dah besar anak ibu sorang ni. Dah pandai jaga adik. Ibu teringat kata-kata abang masa danial terjatuh kat padang hari tu, abang cakap "Danial jangan nangis tau, danial kan kuat". Pandai abang hakimi pujuk adik kan. Kekadang bila tengok abang hakimi ngan danial baru tersedar betapa cepatnya waktu meninggalkan ibu. Dalam hati, ibu amat bersyukur kepadaNya kerana abang hakimi boleh berkawan elok dengan adik danial. Abang jarang nak bergaduh dengan danial, abang banyak beralah. tapi kalau abang kena buli ngan kawan-kawan abang, daniallah orang pertama yang pertahankan abang. Ibu harap sikap n perangai abang ngan danial ni berkekalan sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment