Friday, 11 November 2016

Cerita Aidiladha

Bila balik beraya kat kampung ibu, mesti banyaklah aktiviti yang kita buat sehari sebelum tu. Bukan apa, sebab adik-beradik ibu ramai dan ditambah pulak dengan ipar-duai lagi bertambah meriahlah. Ibu tak tahu nak menulis apa lagi ye? kita layan jalah gambar-gambar kenangan kita ya. Nanti bila dah besar ibu harap anak-anak ibu dapat ingatlah yang anak-anak ibu pernah merasai pengalaman main tanah bendang semua ni.

Abang Ngah biasalah. Nilah kerja dia bila balik kampung ibu. Joran tu mesti ada dalam bonet kereta abah. Sampai ja kampung dengan baju pun tak sempat nak tukar terus ambil joran nak pi mancing.

Mak njang dengan Mak Ngah. Kami tak mancing, Anak-anak ja yang dok mancing. Ibu apa lagi snap gambar banyak-banyak. Simpan buat kenangan.

Empat orang hero. Abang Anip, Abang Long, Adam dengan Abang Ngah. Ibu suka ambil gambar candid macam ni. Bila-bila lapang boleh ibu tengok balik gambar-gambar lama. Masa tu baru terdetiklah dalam hati, "bertapa cepatnya masa meninggalkan ibu". 

Abang Ngah dah nak sama tinggi dengan Mak Njang.

Nilah pemandangan sawah / bendang / padang kat kampung ibu. Subhanallah betapa cantiknya ciptaan Allah.

Pagi Raya. Raya Aidiladha ni taklah semeriah Aidilfitri, maklumlah orang kata raya tumpang. Selepas Bermaaf-maafan, kita apa lagi terus ke belang rumah, pakat-pakat bergambar. Ibu, Mak Njang dengan Pak Ngah. Muka ibu dengan adik-beradik ibu ni semua tak berapa nak seiras kan. Tak apa, janji sepakat. Apa yang penting, kerjasama.

Bergambar lagi kita. 



Ni kat rumah Mak Menakan ibu pulak. Belakang rumah dia pun ada bendang juga. Maklumlah kawasan tanah bendang. Masa ni kita tak ada sebab dah balik rumah tok. Mak Ngah, Mak Su, Mak Long dengan Mak Njang.

Pak Long masa ni beraya pun tak berapa nak seronok. Maklumlah kena demam campak. Sakit satu badan. 

Tulah serba sedikit cerita kita masa Aidiladha hari tu. Kalau ada rezeki lagi tahun depan kita akan jumpa lagi dengan Aidiladha. Insyaallah.

Monday, 22 August 2016

Fotoshoot

Semalam kononnya abah nak ambil gambar dhia. Puaslah nak suruh dhia dok diam, asyik berlari ke sana sini ikut abang ngah. Abang long juga yang ok abah suruh buat gaya macam-macam semua ikut. Last-last abah pun dah give up, sikit ja gambar yang ambil. Kita ronda-ronda jalah Taman Tasik Taiping tu. Lepas ni jangan dhia dok bising nak bergambar lagi sudah la. Semalam mood dhia cukup tak elok. Tak taulah kat mana yang tak kena, asyik ajak balik rumah ja. Dhia cakap rindu dekat rumah. Macam-macamlah dhia ni.

Masa ni mood dhia ok lagi. Senang ja abah suruh pose.

Cantik pulak cahaya matahari kat belakang tu



Ibu curi-curi ambil gambar. Dhia dah tak mau senyum. Masam ja muka.

Candid time

Ibu dengan dhia jadi queen and princess sebab abah, abang long dengan abang ngah yang kayuh dekat kita. Bolehla kita menikmati pemandangan tasik.



Sempat lagi ibu selfie

Mula-mula abang long kayuh

Abang long dah lenguh kaki, abang ngah pulak take over. Abang ngah ni tenaga dia banyak sungguh. Bukan main seronok dia kayuh. 

Tak pa next time kita ronda lain Taiping. Sekarang ni tak boleh nak jalan-jalan sangat sebab abah kerja dia tak settle lagi.



Friday, 5 August 2016

Birthday Girl

13 Julai 2016 hari tu genaplah umur dhia 4 tahun. Hari tu dhia ada minta kek coklat ada gambar robocopoli dengan KFC. Ibu siap tanya tak mau ka gambar princess atau frozen, dhia siap cakap tak mau nak robocopoli juga-juga, sebab ada amber. Dhia-dhia. Sebenarnya dah dua tahun kita tak sambut birthday dhia. Bukan apa, dua tahun berturut-turut juga birthday dhia jatuh dalam bulan Ramadhan. Mood nak membeli kek pun tak ada masa tu. Kalau beli pun tak da sapa nak makan. Tahun ni birthday dhia jatuh dalam bulan syawal, bolehla kita tunaikan permintaan dhia. Mulanya ibu nak beli ja kek tu. Fikir punya fikir, baik ibu buat ja kek tu. Kek coklat bukannya susah pun nak buat.

Isnin baru ni lepas balik kerja, apa lagi ibu kelam kelibutlah dok buat kek kat dapur. Petang tu ibu siap pesan kat abah jangan lupa beli KFC kat dhia. Nasib baik periuk noxxa jadi penyelamat. Kerja membaking jadi cepatlah. Tak payah nak keluar oven bagai. Ibu just masak topping dia ja. Dah siap kek tak sempat kek tu nak sejuk terus ibu tuang topping kat atas dia. Nak cepat punya pasal. Nanti kalau lambat-lambat takut dhia dengan abang long dan abang ngah dah tidur. Lepas dah siap ibu terus hias kek tu dengan apa yang ada. Ibu ni tak pandai nak hias-hias semua ni. Tak berseni. Maklumlah kurang sabar sikit, semua nak cepat ja, janji boleh makan.

Siap juga kek Homemade. Dhia bukan main suka. Gambar robocopoli tu nampak macam nak tenggelam ja sebab kek tu tak sempat nak sejuk betul-betul ibu dah tuang topping atas dia.

Abang ngah tak sabar-sabar nak suruh dhia tiup lilin. Siap ambik mancis nyalakan api. Sebelum ni ibu tak pernah cucuh lilin tu. cuma letak lilin buat syarat ja. Tak palah dah abang ngah dah cucuh lilin tu, dhia pun apa lagi terus tiuplah. Dhia lambat sangat tiup, abang long tolong tiupkan bagi cepat padam, boleh cepat potong.

Lilin terpaksa cabut sebab cepat sangat cair. Nanti masuk dalam kek dah tak boleh nak makan kek tu. Dhia makan sikit ja kek tu. Ibu yang pulun lebih. hehehehehehe. Gambar KFC dah tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah tak sabar nak makan.

Thursday, 4 August 2016

Reunion

3 Syawal hari tu kawan-kawan sekolah ibu ada buat perjumpaan atau pun "reunion" setelah hampir 18 tahun tak berjumpa. Ada juga kawan-kawan ibu yang ibu jumpa, tapi kebanyakkannya tak pernah bersualah. Selalu bersembang pun dalam alam maya ja. Tu pun setelah wujudnya Facebook dan WhatApp. Kalau tidak, memang tak jumpa langsunglah. Majoriti kawan-kawan ibu menetap kat Alor Setar.  Kat Penang pun ramai juga, cuma tak sempat nak berjumpa, yang satu daerah dengan ibu ja baru-baru ni ibu ada jumpa.

Bila dah berjumpa tu rasa masa sat sangat berlalu, rasa tak dan nak sembang, maklumlah hampir 18 tahun tak jumpa, macam-macam nak sembang. Kawan-kawan ibu yang gigirl semua muka pakat tak berubah. Orang kata kalau selisih bahu tu boleh kenai lagilah. Cuma yang lelaki badan semua dah makin sado(maklumlah dah pakat jadi suami orang) ada orang jaga.

Banner tu ditaja oleh kawan ibu. Dia la ni dah jadi usahawan. Dah ada kedai makan sendiri. Lepas ni bila-bila bolehla kita pi makan kat kedai dia pulak. Khory Steamboat







Abang long dah bosan sampai tertidur kat meja. Acara makan-makan belum start lagi waktu ni. Abah dapat kawan baru. Depa tak kenal sapa, sembang punya sembang boleh masuk pulak sebab ada cerita yang sama dengan reja depa. Kira oklah tu.


Dah nak balik tangkap gambar ramai-ramai. Tu yang penting, kenangan tu. Insyaallah ada rezeki umur panjang boleh kita buat perjumpaan lagi.

Ramadhan dan Syawal

Hari ni 1 Zulkaedah 1437H. Syawal baru saja melabuhkan tirai. Terasa sat saja Ramadhan meninggalkan kita. Entah sempat atau tak nak berjumpa dengan Ramadhan tahun hadapan. Minta Allah panjangkan umur kita dan diberi kekuatan untuk kita berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Tak banyak yang ibu nak cerita mengenai Ramadhan dan Syawal kita tahun ini. Tapi yang seronoknya kita balik beraya kali ni, kita jadi macam perantau yang merantau jauh sangat balik beraya naik keretapi. Tapi sebenarnya dekat ja tak sampai 4 jam pun. Heheheheh. Tapi seronok rasa sebab dapat tunaikan permintaan anak-anak ibu nak naik keretapi. Ibu pun dapatlah merasa balik raya naik ETS keretapi laju tu. Dulu masa zaman belajar ibu naik keretapi biasa ja. Lambat nak sampai. Naik keretapi ekspres ni lancar ja rasa dan selesa. Dhia pun tak dok diamlah dalam tu. Sambil dok layan cerita Big Hero.
Abah hantar kita sampai stesyen jalah. Bukan main seronok anak-anak ibu. Masa ni macam-macam abah pesan dekat abang long dengan abang ngah.

Gambar jangan lupa. Tu semua akan jadi kenangan untuk anak-anak ibu nanti.

Masa ni abang ngah ok lagi. tapi dekat-dekat nak sampai macam-macam alasan abang ngah bagi nak buka puasa punya pasai. Alasan sebab tak tahan tengok dhia makan sandwich. Sampai terduduklah dekat lantai stesyen keretapi lapar punya pasai. Tak apalah abang ngah, nanti bila-bila ada masa kita ajak abah naik lagi, kita naik hari biasa. Bolehlah abang ngah nak makan dalam tu waktu siang hari.

Macam biasalah anak dara ibu ni. Gambar dengan ibu mesti ada punya.

Ibu suka gambar ni.

Pagi Syawal. Sedondon kita kali ni. Dah pandai dah Dhia la ni, semua nak sedondon dengan ibu.

Kita bergambar dulu.

Bergambar dengan tok. Selalu raya tak dan nak bergambar dengan tok.

Lain kali kalau nak bergambar tak boleh dah nak bergambar dekat sini. Cahaya terang sangat, Muka kita pun dah tak berapa nak nampak jelas.

Ibu dengan abah ni memang susah nak ambil gambar sekali kan!!!!!



Tuesday, 24 May 2016

Kita.......

Ibu sibuk sekarang ni. Banyak benda yang kita buat. Gambar pun banyak tapi tak sempat ibu nak update blog. Kita layan jalah gambar-gambar ni semua. biar gambar berbicara.

Ni masa sambutan MARA hari tu. Ibu dah siap masak mi goreng kat rumah. Last-last kat sini juga Dhia makan magi kosong.

Abang ngah yang nak masuk sangat pertandingan mewarna. Abang ngah minat sungguh mewarna la ni. Dulu dia tak suka.

Abang long tak mau masuk sebab dia kata dia dah besar dia dah tak suka pertandingan mewarna tu. Dia lebih suka melukis. Last-last Dhia yang suruh abang long warna sekali lukisan dia. Bijak-bijak

Dhia seronok-seronok ja warna.

Jadilah budak 4 tahun mewarna. Tu pun puas dhia paksa ibu dengan abang long warna sekali.

Ni masa kita ikut tengok abah lawan bowling. Ni dah habis tak tau nak buat apa dah ni. Pakat selfie ibu dengan Dhia.

Saja ibu ajak abang long bergambar sekali. Abang long cukup susah nak bergambar sekali la ni. Dah nak sama tinggi dengan ibu dah.

Saja suka-suka kita empat beranak. Buah hati ibu.


Ni pula masa hari Usahawan kat sekolah hari tu. Ibu la ni dah tak payah nak bangun beli makanan dah. Abang long dengan abang ngah yang tolong belikan. hehehehehe

Abang ngah macam biasa masuk pertandingan mewarna.

Dhia bergambar dengan kereta bomba. Roy dhia panggil. Pengaruh kartun Robocopoli

Abang ngah dapat no. 4. Jadilah seronok-seronok.

Ni abang long dapat cabutan bertuah. Boleh dhia pakai tuk hari raya. hehehehehe

Hadiah utama cabutan bertuah. Rezeki abang long dapat basikal. Abang ngah pula dapat hamper. Bertuah sungguh abang long dengan abang ngah tahun ni.