Thursday, 10 April 2014

Puasa Ganti

Minggu ni memang ibu dah nekad nak habiskan ganti puasa Ramadhan tahun lepas. Sebenarnya ibu dah ganti sikit masa lepas Syawal tahun lepas. So dah tak banyak hari tinggal. Hari ni last ibu ganti. Bila puasa ni selera ibu bukan main, terasa macam-macam nak makan. Balik ja kerja terus bersilat dengan periuk belanga nak masak untuk berbuka dan untuk kita semua makan. Ibu sebenarnya tak pandai masak, tok ani, tok tom ngan arwah mak ibu tok hawa memang pandai masak. Tapi disebabkan ibu suka masak ibu pun carilah resepi pastu  ibu balik buat. Lama-lama retilah.Teringat ibu masa arwah tok hawa ada, masa tu ibu dah sekolah menengah. Tiap kali cuti hari minggu mesti ibu bangun awai bukan untuk masak tapi untuk salin resepi kat tv untuk tok hawa buat. Tok hawa dulu tak pandai sangat menulis dengan membaca rumi. Tapi kalau bab membaca jawi memang tok hawa pakar. Ibu belajar baca jawi dengan arwah tok hawalah. Dari situlah agaknya ibu minat masak-masak ni. Teringat kat arwah tok hawa. Dah 14 tahun tok hawa tinggalkan ibu. Apa-apa pun pengorbanan tok amat bermakna dalam hidup ibu. Al-Fatihah

Ni masakan hari ke- dua puasa. Siakan 3 rasa. 3 rasa cara ibu, simple sesangat. Abang long kata rasa macam kat kedai. Hehehe bangga ibu. terima kasih abang long.

Kerabu mangga. Ada kawan opis ibu bagi buah pelam. Saja nak try buat. Ni kira first time ibu buat. Oklah juga. Abah pun kata sedap.

Ni pulak ibu buat untuk breakfast pagi tadi. Roti gulung sosej. Pastu untuk abang long dengan abang ngah bawa bekal pi sekolah. Abang long suka, tapi abang ngah merajuk sebab dia kata dia nak nasi goreng planta. Dia kata hari-hari bawa nasi goreng planta pun tak pa sebab dia suka.
Insyaallah pagi esok ibu buat nasi goreng planta.

Andainya Aku Pergi Dulu

Malam sabtu baru ni ibu ada tertengok satu drama ni. Tajuk dia "Andainya Aku Pergi Dulu". Cerita dia bolehnya, nak kata seronok sangat taklah, biasalah drama melayu. Yang nak dijadikan cerita tu ada satu scene tu husband n wife ni ada nyanyi lagu dari kumpulan yang memang popularlah dulu sampai sekarang. Nama kumpulan tu Allycats. Dia nyanyi cam ni "Andai aku pergi dulu sebelum mu, janganlah kau bersedih hati". Yang sebenarnya lagu ni ada kenangan dalam hidup abah dengan ibu. Masa zaman bercinta dulu. Dah la minggu lepas abah tak ada seminggu. Terus ibu teringat kat abah sebab abah pernah nanyi lagu ni, tapi abah nyanyi macam main-mainlah. Tapi ibu masih ingat sampai sekarang sebab kadang-kadang kalau terdengar lagu ni mesti abah ikut nyanyi. Kenangan.

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa
Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah
Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga
 
Nilah pelakon drama tu

Ni dah ending. Happy ever after


 

Monday, 7 April 2014

Chef Danial

Sejak pindah dok rumah sendiri ni abang ngah rajin tolong ibu kat dapur. Masa kat rumah lama pun abang ngah ada juga tolong-tolong ibu, tapi mungkin kali ni dapur lagi selesa dari dulu. Dapur rumah lama kita luas tapi bagi ibu walaupun dapur rumah sekarang kecil ja, tapi bila ibu masak anak-anak ibu tolong ibu senang nak pantau dan ajar. Abang ngah cakap nanti abang ngah nak jadi Master chef. Abang ngah pun sekarang ni dah pandai kalau ibu suruh potong bawang, tapi potong hancurlah potong macam biasa tak pandai lagi. Walau pun anak-anak ibu yang atas ni lelaki ibu tetap ajar macam mana nak urus kerja rumah. Lepas makan dan minum mesti kena basuh sendiri. Abang ngah ok ja bab ni, cuma abang longlah kena ibu peringat selalu. Ibu doakan moga impian abang ngah tercapai dan solat juga jangan tinggal.

Baru pandai nak alih roti canai segera. Kalau tak sampai kerusi tulah abang ngah guna. Kerusi meja solek ibu. hehehehe

Lepas ni dah tak guna kerusi meja solek ibu dah. Abah dah beli kerusi ni kat ibu. Kukuhlah sikit bila nak ambil barang. Abang ngah ibu nak ambil gambar kerusi tu dia pun sibuk nak bergambar sekali.

Ni masa balik sekolah hari jumaat. Seluar pun tak tukar. Nampak ibu dok basuh ikan abang ngah pun kalut nak tolong.