Friday, 28 March 2014

Sunyi sepi

Minggu ni cuti persekolahan. Abang long dengan abang ngah balik kampung wan Un kat sungai petani. Kali ni baru abang long ngan abang ngah nak balik duduk sana. Kalau tidak dulu jangan haraplah, tambah-tambah abang long. Memang tak boleh berenggang dengan ibu. Rumah kita jadi sunyi sepi sebab tak dengar suara abang long dengan abang ngah mengusik dhia. Suara ibu pun tak dengar sebab tak da siapa yang ibu nak marah. Abah pun tak da seminggu sebab kursus.

Mula-mula balik rumah memang dhia tak mau duduk langsung, nak berdukung ja. Dhia pun rasa sunyi kut sebab tak da sapa yang nak main. Jenuh jugalah ibu. Mana nak kemas rumah, masak lagi. Jawabnya masak sambil dukung dhia ja. Ibu pun telefon tok tanya khabar masa hari mula-mula ja lepas tu ibu tak telefon dah. Bukan apa sat gi ibu kerap sangat telefon, ibu pulak yang rasa nak cuti balik kampung. Tapi tak pa petang ni kita balik kampung jumpa abang long dengan abang ngah. Sebab isnin dah nak sekolah. Boleh jumpa tok dengan wan sekali. Tok ngan tok wan pun dah lama rindu kat dhia.

Dhia sebab lama tak balik kampung, tok ngan tok wan nak ambik pun tak mau. nak kat ibu ngan abah ja. Nampak sungguh dhia rindu kat abang long dengan abang ngah.
 
Petang tu hujan kat kampung, abang ngah mandi ngan along asyraf, angah arif. Asyraf dengan arif ni anak mak uda, so merangkap sepupu abang long, abang ngah dengan dhia.

Ni sepupu abah. Sepupu abah yang lelaki tu, pak cik shidan. Dia kahwin cuti sekolah baru ni. Cantik kan isteri pak cik shidan.

Seronok mandi. Abang long tak mau join sebab merajuk.
 
 
 

Rumah Kita

Dah sebulan kita berpindah ke rumah baru. Rumah sendiri. Tapi baru hari ni ibu berkesempatan bercerita dalam ni. Sibuk dengan kerja. Abang long dengan abang ngah masa mula-mula pindah tu biasalah dok teringat kat kawan-kawan lama. Ibu pun rasa sedih juga sebab dah lama ibu dok kat kuarters ni. Dari mula-mula kawin lagi. Dah 9 thn. Memang banyak kenangan kat situ. Tapi nak buat macam mana kan, kita pun nak ada rumah sendiri. Hujung minggu ja mesti kita pi rumah lama. Sebab abang-abang nak pi main. Nasib baik dekat bolehlah pi. Kalau jauh memang ibu tak pi dah. Ibu tak mau bercerita panjang. Kita layan jalah gambar.

Barang-barang kita dah masuk dalam lori. Kita pos barang dulu. Masa ni kita tak pindah betul-betul lagi.
 
Gambar kenangan Dhia kat kuarters MRSM.

Inilah rumah kita.
 
Dapur tempat kegemaran ibu. Atas tu sebelum ibu kemas. Bawah dah siap kemas. Rasa tak sabar nak masak.
 
 

Gambar atas tu masa dalam pembinaan. Dah siap, nilah tempat ibu sidai baju dan nanti bila ada rezeki abah nak buat store untuk simpan barang-barang yang tak digunakan.

Bersepah kan barang-barang kita masa mula-mula pindah. Dah siap kemas, nampak kemas dan lapang. Kosong ja ruang tamu. Nanti ada rezeki kita beli barang sikit-sikit.

Seronoknya sebab ibu dapat simpan barang-barang ibu. Banyak juga tupperware ibu.

Bilik ibu dengan abah. Boleh tangkap gambar dinding ja sebab yang lain bersepah lagi.
 
Bilik abang long. Cantik warna yang abang long pilih. Anak-anak ibu dah besar semua pakat nak pilih warna sendiri.

Bilik abang ngah. Ibu pun suka warna ni.
 
Apa-apa pun kita mesti ucap terima kasih kat abah, sebab abahlah yang bersusah payah mengecat semua warna dalam rumah kita. Sayang abah.


Monday, 17 March 2014

Fotoshop

Dah lama nurseri minta gambar ic dhia. Tapi baru sekarang ibu dapat beri gambar dhia. Maklumlah abah baru ada kesempatan nak ambik. Abah memang boleh ambil sendiri, tapi tak palah ambil kat kedai senang sikit. So hari tu balik dari KAFA kita terus pi ambil gambar. Ambil gambar abang ngah sekali, sebab masa daftar hari tu pun ustazah ada minta gambar abang ngah. Alang-alang dah sampai kedai kita ambil gambar abang long sekali. Mana tau kan lepas ni kalau ada abang long nak guna ambil ja gambar tu. Lagi pun boleh ibu simpan gambar anak-anak ibu. Kenangan tu.

Kesayangan ibu

Berbeza dari banyak segi. Abang long memang susah nak senyum. Abang ngah tak payah suruh senyum. Sampai kakak yang ambil gambar tu pun hairan. Sampai dia kata sorang serius yang sorang lagi ceria.

Abang long. Macam mana muka abang long macam tulah karakter dia. Pendiam, serius dan kadang garang dengan adik-adik. Abang longlah harapan ibu. Besar nanti boleh jadi contoh dan jaga adik-adik. Insyaallah.

Abang Ngah. Hati lembut dan mudah tersentuh. Tapi kalau merajuk jenuhla nak pujuk.

Masa ambil gambar ni kat dahi dhia ada parut. Parut jatuh basikal. Tak palah kenangankan. Puteri abah dengan ibu ni boleh tahan garangnya juga ni. Siap ambil gambar nak galas beg tu.
 
Bila ibu tengok gambar anak-anak ibu ni, cepatnya masa berlalu, dah besar dah anak-anak ibu, dan ibu dengan abah pun dah makin meningkat usia.