Wednesday, 12 February 2014

Sukaneka KAFA

Sejak abang long dengan abang ngah masuk belajar KAFA kat Sek.Agama Rakyat AN-Najjah ni. Inilah pertama kali diadakan sukaneka. Lamalah juga kan. Dari tahun 2012. Lebih kurang 2 tahunlah. Sukaneka kali ni diadakan sempena perasmian koperasi sama. Dalam pukul 7.30 pagi abang long dengan abang ngah dah kena berkumpul kat KAFA. Dalam pukul 8.30 ibu dengan dhia baru dapat pi KAFA sebab ibu tunggu dhia bangun tidur dulu. Masa ibu sampai sukaneka tak mula lagi. Baru acara perasmian. Abah kerja hari tu. Ibu ingat abah tak dapat hadir. Dalam pukul 10 jugalah abah hadir juga. Masa ibu sampai, abang long dengan abang ngah bukan main seronok sebab nampak ibu. Mesti abang long dengan abang ngah akan kecewa kalau ibu dengan abah tak hadir. Insyaallah kalau tak da apa-apa halangan ibu dengan abah mesti akan hadir tiap kali anak-anak ibu dengan abah ada acara. Ibu suka kalau anak-anak ibu terlibat dengan sukan sebab ibu dengan abah dulu pun masa sekolah aktif dalam sukan.

Rupanya ada perbarisan juga. Abang long rumah hijau. Abang ngah rumah merah.

Wah! Siap ada sponser dari indocafe tu. Ibu minum sekali ja. Abang long sampai berapa kali pun tak taulah dia rajin dok ulang-alik minum. Dia air macam-macam ni sukalah. Tambahan sejuk pulak.

Abang ngah masuk acara tiup belon sampai pecah. Ni dah tahap penat tiub. Sampai ibu, abah, cikgu lizawati dengan ustazah kata abang ngah cubit-cubit. Jenuh jugalah. Ibu rasa tak pecah dah. Nasib baik akhirnya pecah juga. Lepas pecah abang ngah cakap penat. Dapat jugalah tempat ke-3.

Abang long pulak masuk acara jalan atas bata. Abang long jadi orang yang terakhir.

Abang long dah risau sebab kumpulan abang long dah tertinggal jauh. Tapi ibu ucap syabas kat abang long, walau pun tahu dah kalah abang long tetap teruskan juga sampai garisan penamat. Tulah sikap abang long, tak mudah putus asa. Macam sikap abah.

Abang ngah dalam acara bawa bola dalam sudu. tak silap ibu kumpulan abang ngah dapat no.3 juga.
 
Lepas habis sukaneka, acara untuk ibu bapa pulak. Anak-anak apa lagi, masa untuk mainlah sementara nak tunggu dapat hadiah. Bukan main, naik motor besar. Sebelah tu kawan abang ngah, Adib kan nama dia.

Naik kereta antik pulak.
 
Abang long masuk lagi satu cara iaitu pakaian lengkap. Dia tolongkan pakaikan stoking. Kumpulan abang long dapat no.1. Masa ustaz bagi hadiah abang long kata dia tak tau rumah dia dapat nombor berapa, jadi dia tak ambil hadiah. Keputusannya rumah hijau dapat no.1, biru no.2, merah no.3 dan kuning no.4. Muka abang long monyok sangat sebab dia kata tak dapat cabutan bertuah. Ibu cakaplah dah tak dapat sudah la, lain kali boleh cuba lagi. Semalam masa ibu ambil abang long dengan abang ngah dari KAFA, abang long dengan muka berseri, cakap "kimi dapat hadiah juga sebab menang pertandingan pakaian lengkap, ustazah terlupa kata kimi masuk juga acara tu". Ibu cakap oklah tu. 

No comments:

Post a Comment