Wednesday, 12 February 2014

Sukaneka KAFA

Sejak abang long dengan abang ngah masuk belajar KAFA kat Sek.Agama Rakyat AN-Najjah ni. Inilah pertama kali diadakan sukaneka. Lamalah juga kan. Dari tahun 2012. Lebih kurang 2 tahunlah. Sukaneka kali ni diadakan sempena perasmian koperasi sama. Dalam pukul 7.30 pagi abang long dengan abang ngah dah kena berkumpul kat KAFA. Dalam pukul 8.30 ibu dengan dhia baru dapat pi KAFA sebab ibu tunggu dhia bangun tidur dulu. Masa ibu sampai sukaneka tak mula lagi. Baru acara perasmian. Abah kerja hari tu. Ibu ingat abah tak dapat hadir. Dalam pukul 10 jugalah abah hadir juga. Masa ibu sampai, abang long dengan abang ngah bukan main seronok sebab nampak ibu. Mesti abang long dengan abang ngah akan kecewa kalau ibu dengan abah tak hadir. Insyaallah kalau tak da apa-apa halangan ibu dengan abah mesti akan hadir tiap kali anak-anak ibu dengan abah ada acara. Ibu suka kalau anak-anak ibu terlibat dengan sukan sebab ibu dengan abah dulu pun masa sekolah aktif dalam sukan.

Rupanya ada perbarisan juga. Abang long rumah hijau. Abang ngah rumah merah.

Wah! Siap ada sponser dari indocafe tu. Ibu minum sekali ja. Abang long sampai berapa kali pun tak taulah dia rajin dok ulang-alik minum. Dia air macam-macam ni sukalah. Tambahan sejuk pulak.

Abang ngah masuk acara tiup belon sampai pecah. Ni dah tahap penat tiub. Sampai ibu, abah, cikgu lizawati dengan ustazah kata abang ngah cubit-cubit. Jenuh jugalah. Ibu rasa tak pecah dah. Nasib baik akhirnya pecah juga. Lepas pecah abang ngah cakap penat. Dapat jugalah tempat ke-3.

Abang long pulak masuk acara jalan atas bata. Abang long jadi orang yang terakhir.

Abang long dah risau sebab kumpulan abang long dah tertinggal jauh. Tapi ibu ucap syabas kat abang long, walau pun tahu dah kalah abang long tetap teruskan juga sampai garisan penamat. Tulah sikap abang long, tak mudah putus asa. Macam sikap abah.

Abang ngah dalam acara bawa bola dalam sudu. tak silap ibu kumpulan abang ngah dapat no.3 juga.
 
Lepas habis sukaneka, acara untuk ibu bapa pulak. Anak-anak apa lagi, masa untuk mainlah sementara nak tunggu dapat hadiah. Bukan main, naik motor besar. Sebelah tu kawan abang ngah, Adib kan nama dia.

Naik kereta antik pulak.
 
Abang long masuk lagi satu cara iaitu pakaian lengkap. Dia tolongkan pakaikan stoking. Kumpulan abang long dapat no.1. Masa ustaz bagi hadiah abang long kata dia tak tau rumah dia dapat nombor berapa, jadi dia tak ambil hadiah. Keputusannya rumah hijau dapat no.1, biru no.2, merah no.3 dan kuning no.4. Muka abang long monyok sangat sebab dia kata tak dapat cabutan bertuah. Ibu cakaplah dah tak dapat sudah la, lain kali boleh cuba lagi. Semalam masa ibu ambil abang long dengan abang ngah dari KAFA, abang long dengan muka berseri, cakap "kimi dapat hadiah juga sebab menang pertandingan pakaian lengkap, ustazah terlupa kata kimi masuk juga acara tu". Ibu cakap oklah tu. 

Makan-makan di Taska Pesona Bestari

Baru-baru ni Ibu Shahirah ada jemput kita makan-makan kat nurseri. Ibu Shahirah ni pengasuh dhia. Sebenarnya dia buat sambutan birthday anak dia yang bongsu tu. Dia kata saja buat kat nurseri sebab seronok-seronok dengan pekerja dia sekali. Kita pi dalam pukul 6 jugalah. Abah tak ikut sebab ada hal. Rupa-rupanya ada bakar ayam dengan ikan. Patutlah majlis mula lewat. Kita balik dalam pukul 7 jugalah. Walau pun sederhana tapi sedap. Seronok juga kan kalau sesekali kita boleh buat macam tu. Insyaallah nanti ada rezeki kita buat macam tu juga.

 
Semua mendongak. Abang long dengan abang ngah la ni sikit-sikit nak suruh ibu ambil gambar dengan dhia. Sayang sungguh adik pompuan sorang tu.
 
Yang baju merah tulah ibu shahirah. Yang lain tu pengasuh dhia.

Ayam percik. Sedapnya.

Sedap kek coklat ni.

Masa untuk makan.

Dhia pun bukan main makan kek.

Lepas makan kek cik zah suap makan nasi pulak.

Dah malam. Dhia dengan pengasuh-pengasuh.

Tuesday, 11 February 2014

First Day Sekolah

2.1.2014. Hari pertama abang long dengan abang ngah memulakan sessi persekolah untuk tahun 2014. Macam tahun-tahun sebelum ni, ibu ambil cuti sebab nak pastikan anak-anak ibu bersiap sedia ke sekolah. Maklumlah cuti panjang sebelum ni. Satu kepuasan bila dapat tengok anak-anak sudah bersedia untuk ke sekolah. Abang ngah dah masuk tahun 1 tahun ni. Alhamdulillah abang ngah dah tak merengek masa nak bangun mandi. Dah besar dah abang ngah.


Masin-masing tak mau senyum

Abang long serius selalu

Ni gambar abang ngah masa hari orentasi tahun 1. Muka monyok sebab dia kata pasal apa dia kena pi sekolah sedangkan abang long tak payah pi.

Baru boleh senyum.

Abah dok isi borang soal selidik.

Tulisan abah. Cantikkan? Ibu tak pandai sangat tulis jawi.

Tulisan abang long. Boleh tahan. Pandai dah Hakimi tulis jawi

Salam Perpisahan

Ibu nak cerita pasal kawan ibu pulak. Pada 13.12.2013 ibu dengan kawan-kawan office ibu ada buat majlis perpisahan untuk meraikan kawan ibu yang sorang ni. Yang bestnya sebab kami masak sorang sikit bawa makan kat office ramai-ramai. Rasa sayu bila kawan kita tinggalkan kita. Tapi tak pa, sekarang ni walaupun berjauhan masih boleh berhubung di udara.

Bergambar tu wajib. Kawan ibu yang pakai cermin mata tulah yang diraikan. Dia pindah kat tempat kerja baru dalam daerah seberang perai tengah.

Menyenget bukan main. Tangan Cik idalah tu. Cik ida kata walau muka dia tak ada dalam tu, tangan tetap ada.

Ni semua kawan-kawan ibu kat tempat kerja.

Tengok tu meriah kan, macam-macam jenis lauk dan kuih. Ibu sempat masak sotong masak kunyit ja sebab dhia merengek masa tu. sempat masak yang simple-simple ja.

 

 

Jumpa lagi. Terima kasih atas segalanya.

Friday, 7 February 2014

Futsal

Kali ni abang ngah masuk perlawanan futsal pulak antara pra sekolah. Abang ngah jadi keeper sebab cikgu kata abang ngah pandai tangkap bola. Masa mula-mula berlatih abang ngah cakap dia tak jadi stricker. Sedangkan dia nak jadi stricker sebab abang ngah cekap gelecek bola. Ibu pun cakaplah, tak pa, keeper pun ok. Kalau abang ngah dapat selamatkan bola. Abang ngah akan jadi hero. Lebih kurang macam tulah ibu cakap. Lama-lama berlatih abang ngah dah serasi jadi keeper.
Ibu dengan abah tak dapat pi hari tu. Ibu cuma dapat bagi kamera kat abang ngah suruh cikgu ambik gambar. Cikgu terlupa nak guna kamera abang ngah, jadi cikgu guna kamera cikgu. Oklah tu janji ada gambar kenang-kenangan nanti bila abang ngah dah besar boleh tengok.

Bergambar dulu dengan cikgu.

Tengah menunggu keputusan rasanya.

Makan dulu sebelum lawan. Bagi ada tenaga.

 

Keeper terbaik. Cikgu Khuzaimah kata abang ngah jadi hero hari tu sebab abang ngah terlepas 2 biji ja bola. Futsal punya pasal abah siap beli kasut baru kat abang ngah. Abang ngah ni memang turun abah la, suka main bola. Abang long pun suka main bola tapi macam malu-malu sikit. hehehehe

Ambil gambar ramai-ramai dulu. Ibu rasa ni dah masuk final.

 

Akhirnya dapat tempat ke 2. Naib Johan. Kalah 2-1. Oklah tu. Balik cikgu Khuzaimah belanja KFC. Cayalah abang ngah Danial.

Bergambar selepas menang.

Cerita Yang Tertangguh (Tarian)

Abang ngah ni boleh tahan juga. Macam-macam dia masuk. Mungkin sebab abang ngah badan besar, perangai pulak aktif sikit sebab tu yang terpilih agaknya.

Dah sampai kat tempat abang ngah nak lawan tarian. Ibu ngan abah ambil cuti sebab nak tengok abang ngah bertanding. Abang long terpaksa cuti juga sebab nanti tak sempat nak ambik abang long balik sekolah (lain kali tak boleh buat dah macam tu)

Jumpa dah abang ngah. Abang ngah pi awai dengan cikgu sebab nak buat persiapan.
Ni sebelum dimekap.
 
Cewah! setelah dimekap. Handsome aih abang ngah.

Akhirnya dapat tempat ke-2. Oklah tu. Tahniah abang ngah dengan kawan-kawan. Muka dah penat sebab lama sangat tunggu keputusan. Tahniah juga kat cikgu yang mengajar. Cikgu Lizawati. Kalau menang abang ngah kena pi lawan kat Selangor wakil Pulau Pinang.

Ni gambar masa nak buat pertunjukkan sempena hari anugerah sekolah. Lawalah baju kali ni. Nampak ceria.

Nilah cikgu yang mengajar tarian.

Pasangan tarian abang ngah. Anak cikgu Lizawati.

Posing dulu sebelum menari.

Cerita Yang tertangguh (Lawatan Ke Istana Anak Bukit)

Kenapa ibu letak tajuk cerita yang tertangguh. Sebab banyak cerita tentang anak-anak ibu tahun lepas ibu tak sempat nak tulis. Hari ini ibu ada sedikit kelapangan, baru ibu nak menulis semula. mula-mula ibu nak bercerita tentang aktiviti akhir tahun abang ngah di sekolah. Tahun 2013 merupakan tahun akhir abang ngah di Pra sekolah. Setelah 2 tahun di Pra. Banyak aktiviti abang ngah kali ni. Jenuh jugalah. Kesian ibu tengok. Tapi tak pa janji abang ngah suka ibu dah puas hati.

 
Aktiviti akhir tahun pra sekolah. Kali ni jauh sikit, melawat istana negeri kedah. Negeri kelahiran abah, ibu, abang long, abang ngah dengan dhia. Gambar ni ibu ambik dari cikgu Khuzaimah. Cikgu abang ngah. Terima kasih cikgu sebab sudi kongsi gambar-gambar ni semua.
 
Bersama dengan cucu jiran sebelah rumah. Sekarang dah tak berjiran sebab depa dah pindah.

Dalam istana. Ibu pun tak pernah masuk istana. Danial kata Raja tak da sebab jadi Sultan. Hehehehe.

Ni mesti berhenti kat hentian.

Dengar taklimat dari cikgu nurul.