Monday 22 July 2013

Seafood

Tahun lepas masa ibu dalam pantang, ada abah bawa kakak dhia dalila dengan abang hasrol makan siput kat bukit panchor. Tahun ni tercapai juga hasrat ibu nak makan kat situ. Mulanya abah cakap nak pergi malam selasa, tapi disebabkan ada hal kita pi malam khamis. Dalam pukul 9 malam kita bertolak ke Hutan Lipur Bukit Panchor dengan kawan-kawan abah sekali. Tempat dia dalam hutan, jadi ibu tawakal jalah supaya tak da apa-apa yang jadi kat dhia. Ibu baca jugalah ayat Qursy, bukan apa beringat, maklumlah tempat tak biasa pi, dalam hutan pulak tu dan malam lagi. Dhia kan kecil lagi. Bila sampai kat sana, orang taklah ramai lagi. Orang tak balik tarawih lagilah tu. Kita ja yang tak pi tarawih. Sesekali tak palah kan. Kedai ni buka dalam bulan Ramadhan ja. Ibu makan banyaklah juga, tapi yang banyak keranglah yang lain rasa sikit-sikit ja. Nasib baik dhia mau dok diam. Ibu umpan dhia dengan biskut oreo yang abang long bawa. Abang long dengan abang ngah tahu dah memang tak makan seafood ni semua. Nasib baik ada makanan lain. Abang long dengan abang ngah makan laksa ja. Masa kita nak balik makin ramai orang datang, orang baru balik tarawih. Masing-masing lapar pakat pi cari makanan.


Orang tak ramai lagi masa ni.

Rojak sampai dulu. Sedap rojak dia. Umi pesan rojak ni sebab dia tak makan sangat siput sebab takut gatal nanti.

Ni biasalah kerang

Siput duri. Ibu tak biasa makan tapi bila makan sedap juga.

Dini bukan main kerang bulu sepinggan. hehehehe. Ibu rasa sekor ja kerang bulu ni. Bukan pa sebab isi dia besar sangat, tak lalulah ibu. rasa meloya.

Siput sudu pun ada.

Habis dah kita makan. tu pun ibu dengan along izzati ja yang makan. Umi dengan abang long tak makan pun.

Wednesday 10 July 2013

Ramadhan

Hari ni 1 Ramadhan, maka bermulalah episod baru dalam hidup abang long dengan abang ngah. Bagi ibu Ramadhan ni adalah satu bulan yang penuh rahmat dan bulan yang ditunggu-tunggu. Bila masuk ja bulan Ramadhan ibu memang rasa seronok sangat, tak tahu nak digambarkan macam mana. Mungkin bila anak-anak ibu dah besar nanti anak-anak ibu akan faham. Tapi yang paling ibu rindu pada bulan ni adalah sembahyang tarawih beramai-ramai di Masjid. Dah banyak tahun ibu tak dapat serta. Insyaallah nanti bila adik Dhia dah besar sikit boleh ibu ikut sekali ke Masjid.

Semalam abang long dengan abang ngah ikut abah sembahyang tarawih. Mulanya abah nak ajak pi Masjid, tapi disebabkan terlewat abah ajak sembahyang kat surau sekolah ja. Abang long dengan abang ngah bukan main seronok. Seronok ibu tengok. Siap balik rumah ambil air, takut dahaga sembahyang nanti. Balik ja rumah abah cakap abang long sampai terlelap nak tunggu habis. Abang ngah pulak cakap penat sebab banyak rakaat. Selalu dok sembahyang 4 rakaat ja, malam tadi 8 rakaat tu yang rasa penat tu.

Bangun sahur pulak, sungguh menduga, tapi  abang ngah pulak senang bangun dari abang long. Abang ngah ibu tak kisah sangat sebab abang ngah baru 5 tahun lebih, abang long tulah dah nak masuk 8 tahun. Kena betul-betul kali ni. Ibu kejut abang long, dia bangun tapi tak mau makan terus tidur balik. Frust betul ibu rasa. Abang ngah senang pulak bangun, bangun ja terus makan, walau tak banyak janji makan, nanti taklah lapar. Abah cakap biar pi kat abang long, nanti kalau dia lapar tetap kena puasa sampai petang. Dalam 5 minit lagi nak azan abang long bangun dia cakap nak makan maggi goreng. Makan maggi goreng dengan air masak jalah sebab air milo ibu dah basuh bekas dia. Tulah padahnya kalau makan last-last minit dengan makan sorang-sorang. Tapi ibu puas hati sebab akhirnya abang long bangun juga bersahur.