Friday, 16 August 2013

Ramadhan terakhir 1434 Hijrah

Rabu 7 Ogos 2013 bersamaan 29 Ramadhan 1434 Hijrah. Hari tu merupakan Ramadhan terakhir untuk tahun ini. Insyaallah tahun hadapan ada rezeki dan umur panjang kita berjumpa lagi dengan Ramadhan. Pagi rabu tu kita dah bertolak balik ke alor setar, tapi kita singgah sat kat sungai petani sebab ibu nak bagi biskut raya kat tok ani. Dalam pukul 12 jugalah kita keluar dari sungai petani. Cadangnya nak beli baju melayu kat abang long dengan abang ngah kat sungai petani, tapi bila fikir-fikir balik jalan mesti jem dengan nanti nak parking kereta pun susah kita terus balik ke alor setar. Ibu bagi cadangan kita beli ja kat tesco alor setar. Baju melayu kat sana pun ok juga. Akhirnya dapatlah kita membeli-belah kat tesco alor setar. Lain kali bolehlah datang lagi kalau balik alor setar, sebab kat situ tempat dia luas selesa ja kalau nak membeli belah.

Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai, dapat tolong-menolong buat semua kerja sama-sama. Tapi tahun ni pak ngah tak dapat beraya sekali dengan kita sebab mak ngah dalam pantang lagi. Lepas buka puasa yang tua biasalah buat kerja dalam rumah. Pasang langsir dengan kemas rumah. Anak-anak ibu biasalah bila dah jumpa dengan sepupu, main bunga apilah. Bukan main seronok. Mercun ada juga tapi dengan pengawasan orang dewasa. Mercun pun main yang biasa-biasa ja. Tapi nak dijadikan cerita kakak huriyyah terkena juga mercun telur naga. Mungkin dia ingat bunga api sebab api dia macam bunga api, lagi pun kakak huriyyah kan baru 3 tahun. tak tahu apa lagi. Nasib baiklah abah ternampak. Sempat abah pukul tangan kakak huriyyah suruh lepaskan mercun tu kalau tidak habis jari dia. Masuk dalam rumah dia dok nangis lagi, tengok tak da apa-apa pun. Pak long buka baju. Buka-buka ja baju nampak kesan macam melecur kat bahagian dada ngan cam kesan kena bunga api kat badan dia. Patutlah dia nangis, sakit. Mula tok suruh boh minyak. Minyak tu pun sejuk memang untuk luka-luka ngan terbakar. Lagi kuat dia menangis, last-last kita suruh pak long pi klinik. Kat klinik nanti mesti depa cuci. Akhirnya pak long kata dia bawa kakak pi hospital sebab klinik tak buka. Pi hospital terus kena kat bahagian kecemasan. Pak long kata depa cuci luka. Lega dengar bila dah selesai. Nasib baik pi hospital terus. Bila kat sana depa taulah nak buat apa. Abang ngah terus berhenti main sebab tengok jadi macam tu. Malam tu ja berhenti, esoknya main pulak. Tapi itulah pengajarannya, main-main juga, tapi kena sentiasa beringat.

Dhia dengan sepit rambut baru. First time adik pakai. Abang long pilih sepit ni.

 

Kakak Huriyyah masa kena cuci kat hospital malam tu

Raya ke-4. Dah nak sembuh luka dia. Kesan yang kecil-kecil tulah akibat percikan bunga api. Yang lucunya bila pi raya rumah saudara dia mesti angkat baju dia tunjuk kat orang pastu cakap adik kena telur naga. hahahahaha. Lucu kan. Tapi Alhamdulillah tak teruk.

Thursday, 15 August 2013

Biskut Raya

Sepuluh malam terakhir Ramadhan, ibu pun sibuk nak buat biskut untuk hari raya. Ibu sebenarnya tak pandai pun nak buat biskut-biskut ni. Semua ikut resepi, tapi alhamdulillah semua menjadi. Cuma biskut almond london ja yang ibu belajar buat masa ibu kerja kilang dulu. Maklumlah masa tu kan dok rumah bujang. Ada sorang kakak tu memang pakar buat biskut ni, so dialah yang ajar.

Tahun ni seronok buat biskut sebab abang long dengan abang ngah rajin menolong ibu. Jadilah tolong sat pun. Dhia biasalah taklah kacau sangat. Ibu bagi adunan sedikit kat dhia untuk main, last-last dia masuk dalam mulut. Semua benda dia nak makan. Ibu kan tak da anak pompuan yang besar. Anak-anak bujang lelaki pun jadilah. Tolong sat ja, lepas tu depa sambung main mainan balik.

Abang Long dah makin kurus sebab berpuasa.
 
Menjadi jugalah biskut yang abang long dengan abang ngah buat. Oklah ibu bagi B+

Anak dara ni sibuk main badam. Habis buat biskut ibu buang semua badam yang dhia main tu.

Malam esoknya baru ibu celop coklat. Abang long dengan abang ngah tolong tabur badam. Sat ja pastu ngadu penat. Oklah tu.

Siap sudah semua biskut ibu. Biskut samperit tak jadi nak bawa balik kampung sebab sudah tinggal separuh abang long dok ulang makan. Semua tinggal separuh sebab ibu dah bungkus untuk bawa balik kampung wan zain dengan wan un.
 
Tahun depan kalau umur panjang kita buat lagi biskut ni semua.


Tuesday, 6 August 2013

Berbuka kat luar pulak...........

Masuk Ramadhan terakhir ni, ibu dah rasa malas nak masak dah tak da idea. Kalau tanya abah nak makan apa, abah cakap ikut ibulah abah tak kisah masak apa pun. Kalau tanya abang long tak habis-habis dengan ayam masak merah dia. Ramadhan ni dah dua kali ibu masak ayam masak merah. Abang Ngah pulak, suruh buat tom yam. Ibu buat abang ngah tak makan pun, ibu rasa abang ngah tak tau tom yam tu cam na, dia main sebut ja. Dhia pulak senang ja. Sayur air ( abang ngah suka sebut sup sayur). Sayur air ni ibu pun suka makan.

Ibu ada juga cakap kat abah, asyik abah buka ngan kawan-kawan ja kat luar, buka dengan kita bila lagi. So, abah kata ahad bolehlah dia tak da apa-apa hal. Ibu pulak tak tau nak makan kat mana. Fikir punya fikir ibu teringatkan kedai nasi arab yang abah cakap nak bawa kita nanti. Petang tu kita pun bertolak ke Bandar Perda. Abah cakap cik mi ngan family dia pun nak ikut sekali. Oklah tu ramai-ramai lagi seronok. Sampai ke situ, abah cakap dah penuh sebab orang dah booking untuk berbuka. Sedihnya rasa. Baru dok terbayang nasi arab. Kita ke Kulim sebab cik mi ada kat kulim. Last-last berbuka dalam kereta. Cadangnya abah kata kita pi kampung peletlah dah alang-alang kat kulim. Tapi abah tukar plan last-last minute, dia kata dah janji dengan ibu nak bawa pi makan nasi arab, jadi kita pi juga ke sana. Sampai ja kat sana orang dah makin kurang, kita dapatlah makan nasi arab kat situ. Alhamdulillah. Dalam hati ibu sayang sangat kat abah. Abah suka buat kejutan kat kita. Moga-moga Allah murahkan rezeki kat abah selalu.

Ni pintu masuk dia. Siap ada no phone. lain kali nak pi sana kita call ja.

Menu dia. Ibu ingatkan ejaan dia hadratulmaut. Rupanya ejaan arab. Apa maksud dia pun tak tau. Nanti kena tanya abah.

 Mulanya kita nak ambil nasi mandy. Tapi habis, jadi kita ambil ayam madquet 1 kilo, kambing madquet 1/2 kilo. Sini dia guna kilo. Entah betul ka tak ejaan ibu. Bila sampai semua terkejut sebab pinggan dia besarnya. Ni cara 15 orang makan ni. Abah cakap selalu tak besar sangat pinggan dia. Agaknya bulan Ramadhan kot. Ni ayam madquet. banyak gila.

Ni pulak abah dengan cik mi kambing madquet. Ibu rasa juga, kambing dia tak berbau so ibu boleh makanlah. Kalau berbau gerenti nanti ibu akan pening. Sudu dengan garfu bukan main banyak. Tapi kita makan dengan tangan baru best.

Ummi dengan along izzati

Abang ngah dengan dini. Dini makan bukan main banyak. Abang ngah sejak akhir-akhir ramadhan ni dah makin kurang makan nasi. Tak tahulah kenapa. Agaknya dah tak lalu nak makan kot. Abang long biasalah orang puasa airlah banyak.

Dhia muka bluer ja sbb baru bangun tidur. Ibu suap nasi pun muka bersahaja ja. Nasi dia sedap macam nasi mandy juga. Makan saja pun sedap. Nasi banyak tak habis, kita bungkus boleh makan untuk sahur. Nanti kita mai makan tengahari pulak.