Thursday, 3 May 2012

Makan-makan

Siang dah penat main bowling ingatkan malam tu boleh rehatlah, maklumlah ibu bila dah berdua ni penat sikitlah. Lepas maghrib Mak Uda call dia ajak keluar makan. Pak Uda nak belanja maklumlah sempena birthday Mak Uda. Apa lagi semua tak jadilah makan kat rumah. Pak Uda ajak kita makan kat Puncak Mutiara Cafe. Jauh jugalah dari rumah wan, kalau dari rumah kita dekat ja. Danial sampai ja kat situ terus tidur, maklumlah danial kata dia penat main bowling petang tadi. Tak palah danial lagi pun sebelum ni kita dah penah ke sini.

Nilah Mak Uda orang yang dirai. Kali ni kita dapat tempat makan bersila pulak. Malam tu memang orang ramai maklumlah orang baru dapat gaji pas tu cuti pulak tu.

 Abah pun kita rai sekali, maklumlah sama birthday ngan Mak uda. Danial tidur tak sedar diri

Abang hakimi tak mau ambil gambar, merajuk.

Time ni memang ibu marah ngan abang hakimi. Bila makanan sampai macam-macam ragam tak mau sayurlah, pedaslah. last-last tukar dengan nasi ibu.

Makanan dah sampai tapi danial tetap tak jaga. Abah kejut pun tak bangun juga. Masa nak makan danial terpaksalah tidur kat lantai. Nasib baik kita makan tempat bersila, kalau tidak susah juga nak letak danial. 

No comments:

Post a Comment