Thursday, 31 May 2012

Cuti-cuti di Kampung Ibu

Cuti sekolah pertengahan tahun dah bermula. Undangan perkahwinan pun menjelma bak cendawan tumbuh selepas hujan. Disebabkan itu kita tak dapat balik kampung bila hari minggu. Ibu pun ambil keputusan untuk ambil cuti rehat, lagi pun dah 2 bulan kita tak balik kampung ibu kat Kubang Jawi, Alor Setar. Macam jauh ja kan kampung ibu. Nak buat macam mana kan, abah keja dengan sekolah so hari minggu ada saja aktiviti, tu yang jadi lama kita tak balik kampung. Ibu ambil cuti 3 hari, start dari isnin sampai rabu. Mak jang pun ambil cuti hari selasa sebab dah tau kita nak balik, maklumlah kalau kita blk kampung mesti kita tak lekat kat rumah punya mesti kita pi jalan-jalan. Petang isnin dalam pukul 6 petang kita bertolak balik ke kampung ibu. Dalam kul 9 malam kita sampai ke kampung. Siang tu abah dah cakap yang esok kita nak pi mandi kolam kat Gunung Keriang dengan family pak cik madi. Pak cik madi ni bos abah. Bos abah dok ambil gambar kawin. Sebelum sampai kampung kita pun pilah cari pelampung kat simpang kuala. Tapi nasib kita tak baik kedai tu dah tutup. Kita pun terus balik kampung.

Pagi selasa tu dalam kul 8.30 pagi kita dah gerak ke Gunung Keriang tuk mandi kolam. Sampai-sampai kat kolam kita breakfast dulu kat luar tu. Abah, Hakimi, Danial, Alya ngan Shifa makan roti ja. Ibu ngan mak jang makan nasi lemak. Abah cakap kalau nak berenang tak boleh makan berat-berat nanti nak terkeluar balik. Ibu cakap tak palah sebab ibu tak berenang nak dok kat tepi ja. Masuk kat sini murah ja, dewasa RM 3, kanak-kanak RM 2. Masuk kat dalam baru ibu tau yang kolam tu kat luar, kalau kat dalam untuk penerjun ngan perenang belatih. Kolam kita dalam 1 meter ja tu pun dah dikategori dalam.


Mula-mula Hakimi ngan Danial takut walau pun ada pelampung. Akhirnya guna pelampung besar. Pelampung ehsan dari kawan abah. Anak-anak dia dah cekap berenang.  

Masing-masing pakai sorang sebelah ja. Tak pa janji boleh terapung. Alya ni budak tak tahu takut. Sampai-sampai ja terus terjun kolam. Kalau selalu mai kat kolam ni mesti pandai berenang. 

Masa ni masih takut lagi

Ibu tergoda juga akhirnya. Masuk juga kolam. Ibu tak tahu berenang tapi kolam ni ibu berdiri ja, tu pun ngam-ngam ngan leher. 

Yang baju hitam tulah pak cik madi kawan abah tu.

Ni ibu tak taulah apa abah buat. Agaknya tengah ajar Hakimi ngan Danial cara-cara nak menyelam kot.

Tengok tu si Alya tu selamba ja dia.

Syifa ni takut sikit tak macam kakak dia. Dia turun ngan mak jang, lagi pun dia kecil lagi.

Danial masa dekat nak balik baru berani. Hakimi sampai sudah tak berani lagi. Abah kata nanti kalau kita balik Alor Setar kita mai lagi kolam ni. Lama-lama pandailah kan. 

Alya keletihan.

Budak tak takut air.

Puaslah kita mandi. Dalam kul 11 kita naik, lagi pun matahari dah start panas. Lepas tukar baju kita pi pusat sains, tapi kita pi sat ja maklumlah hari tu dah pi. Benda yang sama ja. Last sekali kita pi Muzium Padi. Pusing-pusing Muzium Padi kita pi makan pastu terus balik. Masing-masing keletihan. Muka pun dah terbakar macam berjemur kat tepi pandai.


Thursday, 3 May 2012

1 Mei

Apa ada dengan 1 Mei. Mungkin bagi kebanyakkan orang tak da apa-apa makna tapi bagi kita hari ni adalah hari lahir abah. Abah bukan main bangga lagi sebab hari lahir dia semua orang cuti. Semua oarang cuti sebab 1 Mei adalah hari buruh atau pun hari pekerja, so satu malaysia cuti. Kali ni 1 Mei jatuh pada hari selasa. Hari isnin 30 April ibu ambil cuti, maklumlah abah pun cuti, sekolah hakimi ngan danial pun cuti ibu pun apa lagi cutilah juga.

Pagi isnin abah ajak kita balik kampung wan un kat pinang tunggal sebab abah kata kalau kita tak balik kali ni mungkin lambat lagilah kita akan balik. Cuti sabtu, ahad nanti abah dah tak boleh balik sebab kena keja. so, ibu pun kemaslah baju pagi isnin tu, dalam kul 11 kita bertolak balik. Kita singgah drive thru McDonalds tuk alas perut sebelum sampai kampung. Petang dalam kul 3 kita ajak Pak Su pi main bowling kat Taman sejati. taman sejati ni dekat ja ngan rumah wan un. Lebih kurang 10 minit ja. Ibu tak dapat main dapat bagi moral support pun jadilah.

Kesian danial bola berat sangat so tiap kali danial nak baling kena abah tolong
 
Abang hakimi first time main kira oklah walau pun byk masuk longkang

Macam-macam aksi

Ibu boleh tengok jalah

Danial oh Danial

Sibuk danial nak masuk jari dalam bola sedangkan jari tu kecil ja

Masa ni Hakimi strike rasanya

Tok ngan wan tiba-tiba ja datang. Wan kata nak tengok cucu-cucu dia main

Ni mesti kes masuk longkang hehehehe

Masing-masing tengok markah sapa paling tinggi

Danial sibuk menyusun bola bowling

Abah pun asyik masuk longkang ja

Abang baling dah ok cuma asyik ke kiri last-last masuk longkang

Abah dengan gaya tersendiri

Rupa-rupanya wan pun teringin nak main. Maklumlah sejak pencen dah lama tak main

Tolong berat.........

Akhirnya berlepas juga bola

Hakimi tengah tunggu bola

Danial bukan main nak main sendiri akhirnya panggil abah juga

Beratnyaaaaaaaaaaaa

Wan Un dok tengok markah

Gaya Pak Su

Akhirnya Wan Un juga juara

Makan-makan

Siang dah penat main bowling ingatkan malam tu boleh rehatlah, maklumlah ibu bila dah berdua ni penat sikitlah. Lepas maghrib Mak Uda call dia ajak keluar makan. Pak Uda nak belanja maklumlah sempena birthday Mak Uda. Apa lagi semua tak jadilah makan kat rumah. Pak Uda ajak kita makan kat Puncak Mutiara Cafe. Jauh jugalah dari rumah wan, kalau dari rumah kita dekat ja. Danial sampai ja kat situ terus tidur, maklumlah danial kata dia penat main bowling petang tadi. Tak palah danial lagi pun sebelum ni kita dah penah ke sini.

Nilah Mak Uda orang yang dirai. Kali ni kita dapat tempat makan bersila pulak. Malam tu memang orang ramai maklumlah orang baru dapat gaji pas tu cuti pulak tu.

 Abah pun kita rai sekali, maklumlah sama birthday ngan Mak uda. Danial tidur tak sedar diri

Abang hakimi tak mau ambil gambar, merajuk.

Time ni memang ibu marah ngan abang hakimi. Bila makanan sampai macam-macam ragam tak mau sayurlah, pedaslah. last-last tukar dengan nasi ibu.

Makanan dah sampai tapi danial tetap tak jaga. Abah kejut pun tak bangun juga. Masa nak makan danial terpaksalah tidur kat lantai. Nasib baik kita makan tempat bersila, kalau tidak susah juga nak letak danial.