Wednesday, 14 March 2012

Kiansom

Isnin baru-baru ni abah masuk sempadan dengan best friend dia. Kali ni depa tidur sana semalam. Bukan ada apa-apa pun saja depa nak makan asam pedas atau pun bahasa thainya kiansom. Ibu pun hairanlah apalah yang best sangat asam pedas sana sampai dalam setahun tu mesti ada depa pi sana. Abah kata asam pedas dia tak sama macam asam pedas kat malaysia ni, dia lain dari yang lain. Asam pedas yang ibu buat pun tak sama. Dah banyak kali ibu dengar abah bercerita dan ntah bila abah nak bawa kita pi sana, so ibu suruh abah bungkus kat kita sekali. Abah kata kalau bungkus tak sedap sebab sejuk, ibu cakap tak kisahlah blk sini ibu panaskan balik. Semua tu tak da masalah.

Sebelum tu abah ada tanya nak asam pedas ikan apa sebab ada banyak jenis ikan. Abah cakap dia ngan kawan dia makan kiansom ikan puyu. Ikan puyu dia bukan macam kat sini, besar-besar tapak tangan ibu.  Semalam abah balik dia bawa balik kiansom ikan siakap.First timelah ibu tengok asam pedas yang kuah dia tak merah tapi sekali rasa memang berapi. Baru rasa kat bibir dah rasa berapi. Pedas dia tak tau nak cakap cam na, memang lain dari yang lain. Memang tak sama macam asam pedas kita. Tak pa abah cakap kat ibu kalau kita nak pi tidur sana pun tak pa sebab hotel dia bersih dan cantik lagi pun murah ja RM85 semalam. Sebelum makan tu sempatlah ibu snap gambar kiansom tu sebelum masuk dalam perut kita.

yang putih tu bukan rebung tau tapi umbut nyiur. memang sedap.

3 comments:

  1. wow!! mesti sedap.. Peja dan Uzma tak brapa mkn pedas.. xdapat la nak merasa kiansom ni..

    ReplyDelete
  2. nampak mcm sedap aje nie...x pernah lg rasa kiansom nie...dok perkena tomyam aje..hehehe

    ReplyDelete
  3. sedap kak ina. ajaklah abg zam pi sana. tapi kena masuk sempadanlah. tak pa kita kan org kedah buat ja boarder pass

    ReplyDelete