Selama ini ibu ingatkan danial lasak dekat sekolah ngan KAFA. Maklumlah danial kat rumah kalau dengan abang hakimi daniallah juara. Tapi rupanya abang Hakimilah pelindung danial masa kat KAFA. Masa hari minggu baru-baru ini, anak jiran kita shima iaitu kakak amir ada cakap kat ibu yang budak-budak tahun 3 selalu kacau danial masa kat KAFA.
Bila ibu tanya abang hakimi barulah ibu tau cerita yang sebenar. Abang hakimi ada cakap yang budak-budak tahun 3 yang conteng baju danial. Songkok danial pun sebelum ini dia orang yang baling merata tempat. Hari tu pernah sekali ibu terpaksa ambil kat tempat wuduk, tinggi pulak tu.Selama ni ibu ingat danial yang conteng baju dan main songkok, kesian danial ibu dah tersalah sangka dengan anak ibu sorang ni.
Abang hakimi ada cakap lagi kalau budak-budak tu kacau danial abang hakimi marah dia orang dan cakap kat ustazah. Oklah kalau macam tu, memang abang hakimi ni boleh harap jadi pelindung danial. Semalam ibu ada cakap kat abah pasal semua ni, apa lagi abah pun cam berangin jugalah. Yelah ibu pun kesian kat danial. Ibu siap cakap lagi, danial tumbuk ja budak-budak yang kacau danial tu. Baru dia orang takut sikit kot. Tak palah danial, macam mana pun ibu bangga dengan danial sebab walau pun danial kena kacau danial tetap nak pi KAFA cari ilmu.
Kesian kat danial....nasib baik ada abg hakimi blh diharap jd pelindung kat danial...alhamduilah..:-)
ReplyDeletetulah yang pendiam tu rupanya garang. jgn buat main-main dengan orang x byk ckp ni. sekali mengamuk teruk hehehehehe
ReplyDelete