Saturday 19 November 2011

Graduasi Hakimi

Lama rasanya ibu tak menulis. Bukan tak banyak cerita tapi semenjak dua menjak ni ibu terasa teramat-amat malas dan letih. Hari ni baru rasa segar sikit. Pejam celik, pejam celik dah tamat rupanya abang belajar Pra. Tahun depan abang dah masuk Tahun Satu. Selama dua tahun ni banyak perubahan ibu nampak. Dari tak pandai menulis, membaca, melukis dan mewarna Alhamdulillah abang dah pandai semua tu, cuma cikgu kata abang malas menulis, maklumlah budak lelaki. Kalau mengira memang abang minat tapi menulis lambat sikit. Hari terakhir abang Hakimi kat sekolah abang cakap kat ibu yang cikgu abang menangis tapi abang cakap abang tak nangis pun. Abang kuat, dan cikgu pesan suruh abang belajar sungguh-sungguh dan menulis rajin-rajin. Moga lepas ni abang dapat konvo dekat universiti pulak. Amin...........

   Berkumpul untuk bergambar

 1, 2, 3.......Beratur

Nilah kelas Hakimi Pra Excellent. Bergambar dengan cikgu dan pembantu yang banyak mendidik Hakimi dengan kawan-kawan.

Muka tetap serius

Adik Danial yang setia ikut abah ke sana dan ke sini

Hakimi dapat sijil dan beg baru. Tahun depan tak payah beli beg baru dah.

Hakimi dengan kawan-kawan tengah buat persembahan dengan lagu ewa bulan, anak itik tok wi dengan lagu tiga kupang.

Danial sedang asyik dengar abang nyanyi sampai tak sedar duduk kat kerusi VIP. 

Besar dah anak ibu ni

Abang Hakimi dengan adik Danial. Adik tu tak habis-habis dengan hp abah dok main game angry bird.

Bergambar dengan ibu dan adik Danial. Abah tak mau bergambar sekali so kita bertiga jalah bergambar

Dengan best friend. Ibu doakan moga Hakimi dengan Amir dapat konvo kat universiti pulak lepas ni.

 Dapat kotak pensil angry bird dari JPN.















5 comments:

  1. Tahniah !!! belajar rajin2 tau !!!

    ReplyDelete
  2. Boboi mahani dah grad. Tak sabar nak tunggu cerita boboi lagi sorang tu.....

    ReplyDelete
  3. tulah tak tau macam manalah danial nanti

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat Hakimi...thn depan dh masuk darjah satu...

    ReplyDelete
  5. maka bermulalah sesi persekolahan yang sebenar

    ReplyDelete