Friday, 11 November 2016

Cerita Aidiladha

Bila balik beraya kat kampung ibu, mesti banyaklah aktiviti yang kita buat sehari sebelum tu. Bukan apa, sebab adik-beradik ibu ramai dan ditambah pulak dengan ipar-duai lagi bertambah meriahlah. Ibu tak tahu nak menulis apa lagi ye? kita layan jalah gambar-gambar kenangan kita ya. Nanti bila dah besar ibu harap anak-anak ibu dapat ingatlah yang anak-anak ibu pernah merasai pengalaman main tanah bendang semua ni.

Abang Ngah biasalah. Nilah kerja dia bila balik kampung ibu. Joran tu mesti ada dalam bonet kereta abah. Sampai ja kampung dengan baju pun tak sempat nak tukar terus ambil joran nak pi mancing.

Mak njang dengan Mak Ngah. Kami tak mancing, Anak-anak ja yang dok mancing. Ibu apa lagi snap gambar banyak-banyak. Simpan buat kenangan.

Empat orang hero. Abang Anip, Abang Long, Adam dengan Abang Ngah. Ibu suka ambil gambar candid macam ni. Bila-bila lapang boleh ibu tengok balik gambar-gambar lama. Masa tu baru terdetiklah dalam hati, "bertapa cepatnya masa meninggalkan ibu". 

Abang Ngah dah nak sama tinggi dengan Mak Njang.

Nilah pemandangan sawah / bendang / padang kat kampung ibu. Subhanallah betapa cantiknya ciptaan Allah.

Pagi Raya. Raya Aidiladha ni taklah semeriah Aidilfitri, maklumlah orang kata raya tumpang. Selepas Bermaaf-maafan, kita apa lagi terus ke belang rumah, pakat-pakat bergambar. Ibu, Mak Njang dengan Pak Ngah. Muka ibu dengan adik-beradik ibu ni semua tak berapa nak seiras kan. Tak apa, janji sepakat. Apa yang penting, kerjasama.

Bergambar lagi kita. 



Ni kat rumah Mak Menakan ibu pulak. Belakang rumah dia pun ada bendang juga. Maklumlah kawasan tanah bendang. Masa ni kita tak ada sebab dah balik rumah tok. Mak Ngah, Mak Su, Mak Long dengan Mak Njang.

Pak Long masa ni beraya pun tak berapa nak seronok. Maklumlah kena demam campak. Sakit satu badan. 

Tulah serba sedikit cerita kita masa Aidiladha hari tu. Kalau ada rezeki lagi tahun depan kita akan jumpa lagi dengan Aidiladha. Insyaallah.