Monday, 14 July 2014

13 Julai 2014

Hari ni 13 Julai bersamaan 15 Ramadhan 1435 pukul 3.22 pagi genaplah usia adik Dhia Khalissa 2 tahun. Cepat sungguh masa berlalu kan. Hari ni juga ibu akan bercerai susu dengan dhia. Sedih, sayu semua ada. Dhia tak da masalah bila ibu bagi susu tepung, sebab dhia dah lama hisap susu tepung kat nursery. Tapi ibu Nampak riak muka dhia macam terpinga-pinga. Mungkin dalam hati dhia kata "pasai apa ibu tak bagi susu badan kat dia, ibu bagi susu botol sedangkan ibu ada ja dekat dia". Sebelum ni ibu ada cakap dengan dhia yang bila umur dhia dah genap 2 tahun ibu akan stop penyusuan ibu. Ibu kena stop sebab dhia dah besar. Lagi pun dhia dah makan makanan selain susu.


Macam mana pun ibu tak akan stop mendadak, ibu akan stop perlahan-lahan sebab ibu pun rasa sedih ja sebab sebelum ni bila ibu menyusu, ibu rasa dhia dekat sangat dengan ibu. Perasaan seorang ibu dengan anak terasa erat sangat. Tak dapat ibu nak gambarkan macam mana perasaan tu. Hanya ibu-ibu yang mengalami semua ni akan tahu macam mana perasaan ibu waktu ni. Walau bagaimanapun ibu rasa amat bangga sebab dapat menyusu dhia sampai 2 tahun. Walaupun pada mula penyusuan dulu macam-macam ibu hadapi. Sampai ada masa ibu nak berputus asa pun ada. tapi ibu kuatkan juga semangat sebab ibu dah berjanji nak nyusu anak ibu kali ni sampai 2 tahun. Terima kasih Allah sebab bagi kekuatan kat ibu dan juga abah sebab bagi semangat dan banyak bersabar dengan ibu.

Masa ni Dhia baru seminggu dilahirkan.

Geramnya tengok pipi.

Masa ni dhia baru nak boleh meniarap. dalam 4 bulan

Dhia dah boleh meniarap. Dah pandai angkat kepala.

Dah boleh duduk dan makan sendiri.

Dah setahun. Dah pandai bergaya anak ibu ni. Tukang lilitnya sapa lagi, abahlah. hehehehe.

Peminat setia bowling.

Dah 2 tahun anak ibu


Sayang semuanya. Permata ibu dan abah



Friday, 11 July 2014

Ramadhan 1435

Tahun ni rasa tak sabar nak sambut Ramadhan. Dalam hati risau juga sebab takut abang long dengan abang ngah susah nak bangun sahur nanti. Tahun lepas abang long bangun sahur tapi makan tak banyak. Abang ngah pula tak bangun langsung. Abang long dapat puasa penuh banyak juga tahun lepas. Abang ngah biasalah banyak tinggal dari puasa. tak palah ibu tak kisah sangat sebab anak-anak ibu dalam proses belajar lagi. Tak boleh nak paksa-paksa. Tapi kali ni Alhamdulillah anak-anak ibu semangat nak puasa tu ada. Kejut bangun sahur senang ja bangun. Abang ngah siap bertambah nasi makan. 

Siang hari ibu tengok abang long relax ja, mungkin sebab dia dah biasa puasa. Abang ngah ibu ingat dia puasa separuh hari ja, tapi dia dapat puasa penuh. Tapi biasalah petang ja mulalah merengek lapar dan dahaga. Tapi dia tak mau buka puasa. Petang abah bawa ronda bazar ramadhan. Abang ngah umur 7 tahun tapi dah puasa penuh, berbanding dengan abang long dulu 7 tahun puasa sekerat hari. Mungkin abang ngah tengok abang long puasa penuh dia pun nak puasa penuh jugalah tu. Bila hari sekolah memang tak ada masalah, tapi bila cuti sekolah abang ngah mesti dia tak larat dia puasa sekerat hari ja. Alasan dia sebab tak tahan tengok Dhia makan. Bagi ibu kalau sekarang ni anak-anak ibu nak puasa separuh pun tak apa sebab masih dalam proses belajar. Yang ibu risau sangat-sangat anak-anak ibu mesti kena sembahyang. Ibu selalu pesan kat anak-anak ibu "Kalau puasa saja tapi tak sembahyang tak ada makna. Kita tak dapat apa. Kita hanya dapat lapar dan dahaga sahaja".

Rajin sungguh abang ngah. Ikut ibu pi beli ikan. Ibu terkejut sebab abang ngah cuci ikan siakap sampai cuci bersih. Hari pertama puasa abang ngah minta ibu masak ikan siakap masak stim. Best ibu masak sebab ada pembantu.

Ibu ingatkan abang long pi mana, rupa-rupanya dok kat luar rumah dok buang rumput. Berbeza sungguh karakter masing-masing. Hari pertama puasa hujan ja dari pagi sampai malam. petang berhenti sat malam sambung semula. Hujan rahmat sempena menyambut 1 Ramadhan 1435.

Ni masa kita balik kampung wan zain kat alor setar. Sampai-sampai ja kat kampung abang long tengok sungai terus ajak mancing. Abang ngah yang merajuk sebab lapar pun hilang merajuk sebab nak mancing. Sementara nak tunggu berbuka bolehlah isi masa. Joran sentiasa kat bonet kereta abah. Joran abah beli khas untuk anak-anak dia.

Cantik ja tengok sawah waktu ni. Cuaca pun redup ja.

Abang ngah kusyuk mancing

Abang long tengah mencari belalang atau patung nak buat umpan. Dhia bukan main bawa bekas biskut ke sana ke sini. Seronoklah balik kampung lepas bebas. Luas.

Nilah hasilnya mancing hari ke 2. Ikan lampam. Ni semua abang ngah yang dapat. Abang long asyik dapat ikan yang tak elok sangat makan. Kalau belah kampung ibu panggil ikan temekong. Kalau dalam bahasa buku tak tahulah pulak apa namanya. Ibu terus besiang pastu ibu goreng. Sedap makan ikan segar. 

Nur Safiyyah. Anak mak njang. Gebu sungguh. 

Cantiknya permandangan



Sebelum Ramadhan 1435

Kita sambut 1 Ramadhan 1435 kali ni pada hari ahad 29 Jun 2014. Sekolah abang long dengan abang ngah adakan majlis sukan tahunan pada hari sabtu iaitu sehari sebelum puasa. Petang tu dalam pukul 3 kita bertolak pi balik pulau sebab abah ajak melawat cik zul. Akhirnya termakbullah hajat abang long dengan abang ngah nak naik jambatan ke-2 pulau pinang dan nak jumpa best friend depa Amir.

Ni gambar sebelum Ramadhan juga ibu dah habis tak da kerjalah ni, bosan dok dalam rumah ibu ajak dhia teman ibu cabut rumput. Tengoklah tu, dhia dok main longkang.

Last-last abang long dengan abang ngah pun nak tolong ibu. Dhia dah tinggal dah kasut, nampak sikit-sikit ja dibalik dinding rumah. Ibu harap anak-anak ibu macam nilah selamanya. Ringan tulang.

Ni pulak hari sukan sekolah. Abang ngah masuk acara lari berganti-ganti. Dapat tempat pertama tu. Syabas abang ngah. Abang long ada main sukaneka. 

Dhia main belon. Abang long tak sempat nak ambil gambar sebab tak duduk diam, merata dia pi. hehehehehe

Petang tu kita pi balik pulau. balik pulau ni memang terkenal dengan durian. Kebetulan cik zul ada saudara yang ada dusun durian, memang dapat makan durian balik pulaulah kita. Terbaik.

Abang long dah kenyang sangatlah tu sampai dah tak mau makan dah durian.


Aktiviti Sukan 2014

Lamanya ibu tak menulis. Bukannya tak ada idea tapi ibu sibuk sungguh dengan kerja. Balik rumah lagi tak da masa nak ngadap semua ni. Balik rumah dunia ibu hanya untuk keluarga sahaja. Ibu tak nak berceloteh panjang, kita tengok gambar-gambar kenangan kita semua sebelum berlabuhnya syaaban 1435.

  
Ni ibu dengan kawan-kawan tempat kerja ibu dok berlatih sukan bola jaring. Untuk sukan JKR peringkat Pulau Pinang 2014.



Hari perlawanan. Sempat lagi bergambar.



Macam biasalah kami main seronok-seronok yang penting semangat mau ada.

Ni pulak sukan petauqe. Kami dapat tempat ke-4. 

Panas sungguh sebab tu ibu dengan kawan-kawan ibu pakai topi.

  
Sukan badminton. Ibu rasa dah macam malas nak main tapi memikirkan ibu minat sebab boleh keluar peluh dan boleh sihatkan badan, ibu turun jugalah.

Kami dapat tempat ke-2. Oklah tu kan, tapi kena pulun lagi lepas ni kalau nak beregu perempuan menang juga. Ni dok harap beregu lelaki ja menang. Dengar-dengar lepas raya nanti semua pakat nak buat latihan sebab nak jadikan sebagai aktiviti lepas waktu balik kerja. Oklah tu. Insyaallah ibu akan joint sekali jika ada kelapangan.