Monday 25 February 2013

Steamboat

Selasa cuti raya cina hari tu kita ikut abah pi Kulim untuk renew passport. Kita sampai dalam pukul 9pagi, orang beratur bukan main panjang. Mulanya ibu ingat nak buat juga passport tapi memandangkan orang ramai terus tak jadi buat. Lagi pun ibu bukan nak pi mana pun. Setakat nak masuk sempadan Thai tu tak pa kita semua kan anak kedah boleh buat boarder past ja. Tapi kalau nak masuk kedalam lagi memang kena buat passport. Lama jugalah kita menunggu. Nasib baik Dhia tak meragam. Dalam pukul 12 baru siap. Abah ajak kita pi makan dulu sebab lapar sesangat. Kita taklah lapar sangat sebab pagi tu ibu sempat goreng nudget buat alas perut.

Kita ke Jusco Perda sebab ummi nak makan steamboat. Dah lama ummi nak ajak kita makan kat situ, tapi tak sempat. Kebetulan hari tu ada masa kita pun ikutlah. Ibu tau dah abah tak berapa suka steamboat ni tapi nak buat cam na orang nak belanja ikut jalah. Nama tempat dia Johnny steamboat. Best juga sebab dia ada macam-macam. Nasi putih pun ada. Lain kali bolehlah kalau nak mai lagi. harga dia pun berpatutan.

 Kesian Dhia. Disebabkan ibu tak bawa stroller terpaksalah Dhia dok dalam stroller Jusco. Oklah juga. Kejap ja duduk pastu merengek abah kenalah dukung.

Stokin pun ibu lupa nak ambil dalam kereta.

Bahan-bahan yang dipesan dah sampai. Sedapnya.....

Abang ngahlah ni sibuk ja nak ambil gambar, bila dia nampak ibu ambil gambar.

 

Abah lawaklah. Dia ingat makanan sampai terus makan. Ibu kata mana ada kita kena masak dulu. Sebab tulah dinamakan steamboat.

Masa untuk makan. Tapi abah suruh ibu makan dulu, maklumlah bergilir nak menjaga dhia. Dhia kan tak boleh lagi makan semua ni. Bubur dhia ibu ada bawa tapi dhia makan 1, 2 suap ja.

Nak balik sempat lagi abang long dengan abang ngah naik music car ni.

 

Monday 18 February 2013

Pagi Yang Indah

Pagi ni sejuk sungguh. Bila ibu keluar untuk hantar Dhia, Subhanallah cantik sungguh permandangan, terasa macam kat Cameron Highlandslah pulak. Abang Long dengan Abang Ngah dah pernah pergi Cameron Highlands ni tapi anak-anak ibu dah tak ingat maklumlah masa tu anak-anak ibu kecil lagi. Nanti kalau ada rezeki kita pi sana. Dalam perjalanan nak pi tempat kerja ibu lagi tebal kabus sampai tak nampak jalan. Ibu sempat ambil gambar sikit ja sebab kereta tengah bergerak.

Atas jejantas Transkrian dekat dengan rumah kita
 
Atas Jejantas Nibong Tebal