Saturday, 19 November 2011

Graduasi Hakimi

Lama rasanya ibu tak menulis. Bukan tak banyak cerita tapi semenjak dua menjak ni ibu terasa teramat-amat malas dan letih. Hari ni baru rasa segar sikit. Pejam celik, pejam celik dah tamat rupanya abang belajar Pra. Tahun depan abang dah masuk Tahun Satu. Selama dua tahun ni banyak perubahan ibu nampak. Dari tak pandai menulis, membaca, melukis dan mewarna Alhamdulillah abang dah pandai semua tu, cuma cikgu kata abang malas menulis, maklumlah budak lelaki. Kalau mengira memang abang minat tapi menulis lambat sikit. Hari terakhir abang Hakimi kat sekolah abang cakap kat ibu yang cikgu abang menangis tapi abang cakap abang tak nangis pun. Abang kuat, dan cikgu pesan suruh abang belajar sungguh-sungguh dan menulis rajin-rajin. Moga lepas ni abang dapat konvo dekat universiti pulak. Amin...........

   Berkumpul untuk bergambar

 1, 2, 3.......Beratur

Nilah kelas Hakimi Pra Excellent. Bergambar dengan cikgu dan pembantu yang banyak mendidik Hakimi dengan kawan-kawan.

Muka tetap serius

Adik Danial yang setia ikut abah ke sana dan ke sini

Hakimi dapat sijil dan beg baru. Tahun depan tak payah beli beg baru dah.

Hakimi dengan kawan-kawan tengah buat persembahan dengan lagu ewa bulan, anak itik tok wi dengan lagu tiga kupang.

Danial sedang asyik dengar abang nyanyi sampai tak sedar duduk kat kerusi VIP. 

Besar dah anak ibu ni

Abang Hakimi dengan adik Danial. Adik tu tak habis-habis dengan hp abah dok main game angry bird.

Bergambar dengan ibu dan adik Danial. Abah tak mau bergambar sekali so kita bertiga jalah bergambar

Dengan best friend. Ibu doakan moga Hakimi dengan Amir dapat konvo kat universiti pulak lepas ni.

 Dapat kotak pensil angry bird dari JPN.















Tuesday, 1 November 2011

Taiping

Sabtu minggu lepas kita pi makan kenduri kat rumah kawan abah. Rumah kenduri tu taklah jauh sangat kat Kuala Kurau ja pun. Kuala Kurau tu dalam kawasan Taiping. Dalam pukul 11 pagi kita keluar rumah. Kita p konvoi beramai-ramai dengan kawan-kawan sekerja abah.

             Hakimi tolong Danial pakai stoking. Susah nak masuk sebab stoking pun dah kecil, last-last ibu yang tolong pakaikan.

Lebih kurang dalam kul 12 sampailah kita kat rumah kenduri. Masa tu pengantin tak ada kat rumah sebab pergi bersiap. Dah sudah makan tunggu punya tunggu sampai pukul 1 lebih baru pengantin sampai, berpeluh jugalah menunggu. Hakimi ngan Danial apa lagi seronoklah berlari ke sana ke sini sambil main bunga manggar.

 
Peace

        Hakimi nampak muka cam serius ja tapi sebenarnya panas. Ibu pulak dok pulun nak buka kotak tu.

                 Nilah teknik cakar harimauuuuuuuuuuuuuuu

                   Seronoknya berlari ke sana-sini

                   Cewah-cewah cam nak bersilat pun ada

              Bergambar dengan kawan-kawan abah

     Akhirnya sampai juga pengantin yang ditunggu-tunggu.
               Apa lagi bergambar beramai-ramailah.

Lepas balik dari rumah kenduri alang-alang dah sampai taping kita pun pakat berkonvoi ke Zoo Taiping. Kanak-kanaklah paling seronok tak jemu-jemu nak tengok gelagat haiwan kat dalam zoo tu. Kali ni kita pi zoo naik train pulak, maklumlah dah selalu pi kita jalan ja. Lagi pun taklah letih sangat, kalau naik train kan. Dan itulah first time ibu pi zoo pakai baju kurung hehehe.

 Amir, Hakimi dengan Danial bergambar kat stage sebelum masuk

 Tak habis-habis dengan peace..............



 Sedang tunggu train. Orang bukan main ramai hari tu. Maklumlah hari minggu.

 Muka dah kebosanan menunggu train tak sampai-sampai lagi

 Danial dengan gajah @ elli

 Konon-kononnya Bluelah ni. Ibu suka gambar burung-burung ni cantik sangat.

 Sudah keletihan belari ke sana-sini

 Abang terlampau asyik dok tengok kura-kura dalam tu. Jangan terjun sudah la.

Dengan best friend's


Dah puas pusing zoo kita bertolak pulak ke Kuala Sepetang. Kuala Sepetang ni terkenal dengan Mee Udang banjir, tapi kali ni ibu rasa mee dia tak best macam ibu pernah rasa dulu. bukan apa, sebab kali ni dia letak mee kurang, taugeh ja banyak. Udang ok banyak macam selalu, cuma udang dia ja cam susah sikit nak buang kulit dia, agaknya kurang masak kot. Ibu tak sempat nak snap gambar sebab sibuk melayan karenah abang Hakimi. Cerewet sungguh masa makan. Gambar-gambar ni semua ibu ambil dari internet ja


 Layannnnnnnnnnnn

 Ni gambar lama ni, sebab masa kita pi hari tu dah berubah dah meja tu, dah direnovate baru, nampak lagi kemas, siap ada surau lagi untuk kemudahan pelanggan.

 Nilah tempatnya

Pertemuan & Perpisahan

Rupanya dah 10 tahun bos abah berkhidmat dengan mrsm transkrian ni. Hari ni dia orang akan berpindah ke negeri sembilan, tempat asal dia. Masa nak mai keja tadi sempat ibu jumpa dengan wife dia untuk ucap selamat jalan. Tiba-tiba rasa sebak ja hati ibu ni, maklumlah dah lama kenal dengan family dia. Dia orang ni dah lama kat mrsm transkrian ni sejak mrsm ni di buka dia oranglah orang pertama yang tinggal kat situ. Orang kata sama tua dengan mrsmlah. Tapi, nak buat macam mana kan, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Adatlah tu. Ibu rasa sebak sebab dia orang akan pindah jauh, entah bila akan jumpa lagi.