Monday 20 May 2013

Laksam Kedah

Cuti hujung minggu baru ni, ibu dah nekad nak buat laksam. Laksam Kedahlah laksam apa lagi, ibu kan orang Kedah. Sebenarnya masa ibu sekolah menengah dulu ibu pernah buat, siap buat untuk jamuan hari raya lagi. Ibu belajar buat laksam ni dengan mak saudara ibu. Dia pun dah lama dah tak ada. Masa baru-baru kahwin dulu, ibu ada buat juga tapi tak menjadi, maklumlah dah lama tinggal. Sejak tu jadi fobia pulak nak buat laksam takut tak menjadi lagi. Minggu lepas ibu search google cari resepi laksam Kedah. Dah dapat ibu apa lagi carilah bahan-bahan nak buat. Mula-mula buat jadi keras sebab ibu letak tepung tebal sangat. Dua, tiga kali cuba Alhamdulillah menjadi, cuma kuah ja kurang santan sikit. Abah kata jadi cam kuah laksa biasa, cuma rasa lemak sikit ja. Tak pa lepas ni kalau ibu buat laksam lagi, ibu dah tau dah cara dia. Nak buat laksam bukan main lama, nak makan sat ja. Satu adunan dapat sikit ja. Abang long dengan abang ngah tak makan pun. Ibu ja yang makan banyak.

Tepung untuk buat laksam

Nilah rupa laksam yang belum dipotong. Oklah first time cuba.

 Kuah laksam
 
Akhirnya

Monday 13 May 2013

Berakhir Sudah Aktiviti Tahunan

Sabtu baru ni, berakhir sudah sukan kat tempat kerja ibu. Satu hari yang memenatkan. Ibu masuk pertandingan badminton. Sukan ni boleh dikatakan tiap-tiap tahun ibu main, tapi macam tahun lepas ibu tak mainlah sebab ibu preagnant kat Dhia. Tahun lepas ibu berehat, apa-apa sukan pun ibu tak main. Ibu suka main sukan yang banyak keluarkan peluh. Bukan apa dengan cara ni ibu dapat lakukan senaman. Rasa selesa sangat bila dapat keluarkan peluh. Ibu suka bersukan ni sejak dari sekolah lagi. Sukan yang paling ibu suka tentulah bola jaring. Permainan budak perempuan. Abah pun ada cakap nanti bila dah besar Dhia boleh main badminton macam ibu. Kalau badminton ni ibu aktif masa kat tempat kerja JKR SPS ni ja, sebelum ni ibu dok main dengan tok wan zain ngan adik beradik ibu masa ibu kecil dulu. Wan zainlah guru ibu dalam sukan badminton ni.

Berbaloi sungguh kali ni ibu main badminton sebab team ibu dapat masuk final dan dapat naik juara. Tempat kerja ibu dapat  ke-3 keseluruhan antara semua daerah. Seronok sangat sebab tahun ni kedudukan rumah kelab ibu dah naik balik.

Selambut dapat no. 4

 

Dok tunggu nak ambil hadiah

 

 

 

 

 

Thursday 2 May 2013

Tertunai Sudah Janji Abah

Dulu abah ada berjanji dengan abang long dan abang ngah kata nak bawa kita semua pi jalan-jalan kat cameron highlands. Sebenarnya ibu tak tahu pun abah pernah berjanji, sebab ibu tak akan berjanji sesuatu benda tu jika ibu tak boleh tunaikan. Bukan apa kalau tak dapat tunaikan janji tu rasa bersalah sangat. Pagi sabtu baru ni abah balik ja dari tempat kerja abah cakap kat ibu siap kita nak pi dah cameron. Hati ibu yang berbunga-bunga, maklumlah dah lama sangat kita tak pi jalan-jalan. Selama ni dok dengar kawan-kawan ibu ja pi makan angin. Benda yang abah plan semua tak jadi. Kali ni tak plan terus jadi ja. Kira oklah kan. Lepas zohor jugalah kita bertolak. Sampai sana dalam pukul 5 jugalah. Dekat-dekat nak sampai Berinchang abang ngah muntah sebab tak tahan sangatlah tu jalan pusing-pusing. Tulah abang ngah dok gelak sangat kat abang long bila abah dengan ibu cerita yang dulu masa abang long umur 3 tahun abang long muntah. Last-last abang ngah muntah juga. Abah cakap tak pa nanti bila Dhia besar kita tengok pulak Dhia muntah tak bila kita pi pulak cameron. Nak dijadikan cerita kita sampai kat Tanah Rata dalam pukul 9 jugalah. Kalau tidak kita sampai lama dah, ada orang langgar pulak kereta kita. Jenuh jugalah nak menunggu, sementara abah nak settle. Bila dah selesai kita masuk pasar malam berinchang cari baju sejuk untuk abang long, abang ngah dengan dhia. Maklumlah kita ke cameron tak rancang jadi cam nilah. Tapi tak pa kat sini semua ada, tak payah nak risau sangat. Kita beli makan sikit, terus balik hotel tidur. Letih seharian perjalanan. Esok nak pusing-pusing cameron.

Pagi-pagi ibu dah bangun, siap-siap barang, pastu kejut semua orang, dalam kul 9 pagi kita check out pergi kat apartment kawan abah, sarapan pagi terus kita pi MARDI. Masa kat MARDI awan dah gelap. Keluar ja MARDI hujan turun dengan selebat-lebatnya. Sedih, ibu tak boleh nak memborong sayur, hujan turun lebat sampai tak boleh nak berhenti kereta. Tak pa lain kali ada rezeki kita pi lagi. On the way nak balik kita singgah kat Lavender Garden, sebab masa dalam perjalan pi cameron ibu dah cakap kat abah nak singgah situ. Geram tengok pokok lavender, unggu ja warna bunga dia, warna kegemaran ibu. Last hentian kita singgah minum petang di Bharat Tea. Kita sampai rumah dalam pukul 9 malam jugalah.

Dah pandai duduk ni bukan bagi ibu pegang, nak bebas.

Dhia sampai-sampai ja kat MARDI terus tidur

Sampai ja kat ladang strawberi terus bergambar dulu.

 

 

Cantik rumah ni
 
Dhia tidur tak sedar diri. maklumlah sejuk
 
 

 Dhia dah bangun. Tidur sat sangat.
 

Dicelah-celah pokok teh

 

Letih memanjat. Anak-anak punya pasal ibu dengan abah pun panjat juga. Tapi berbaloi tempat dia lagi cantik dan sejuk kat atas ni.

Kita Singgah kat Lavender Garden. Masa mula-mula sampai cameron ibu dah ternampak bunga-bunga yang berwarna unggu ni. Masa nak balik ibu ajak abah singgah. Maklumlah warna kegemaran ibu.

Alah anak dara ni sorang

Dah besar hero-hero ibu ni. Dah dekat nak sama tinggi dengan ibu dah. Tak lama nanti ibu kena cakap mendongaklah jawabnya.

 

Macam-macam jenis bunga kat Lavender Garden ni

Ni pulak kat Bharat Tea. Dengan along izzati dan Dini

Cik mi dengan ummi ina

Dhia pantang nampak rambut abah mesti nak tarik ja keja dia.