Thursday 31 January 2013

Puncak Mutiara Cafe

Cuti sempena Maulidur Rasul hari tu mak njang ada mai rumah kita. Asalnya mak njang rancang nak ajak kita pi zoo taiping, tapi disebabkan ibu kerja esoknya, mak njang tak jadi pi dengan kita. Dia ajak pak ngah pi. Malam tu mak njang tidur kat rumah pak ngah di kulim. Ibu tak mau ambil cuti sebab kalau ibu ambil cuti tak guna juga sebab anak-anak ibu sekolah. Tak boleh nak pi zoo taiping. Malam jumaat tu ibu ajak mak njang dengan pak ngah makan kat Puncak Mutiara Kafe. Tempat ni kita dah pernah makan. Lauk dia pun ok juga, tapi tak boleh pi selalu nanti jemu, lagi pun harga dia boleh tahan jugalah. Ibu teringat nak ajak mak njang pi sana sebab hari tu mak njang ada sebut pasal tempat tu. Ni dah alang-alang dia mai sini kita ajaklah dia pi sana. Ibu ajak Pak Long sekali maklumlah sesekali jumpa ni kalau makan ramai-ramai best juga. Cuma mak su ja yang tak da. Tak pa nanti mak su dah kawin bolehlah kita ajak dia tapi kita pi tempat lainlah pulak. Kalau selalu sangat jemulah pulak.

Abang ngah bila sampai kat kolam ikan dah tak mau bergerak dah seronok tengok ikan. Kalau tak tengok silap-silap boleh lepas dalam kolam. Tu pun dah celup sikit tangan dalam air 

Dhia pun bukan main malam tu. Dia pun nak main juga

Nak balik pun sempat lagi ambil gambar kat situ. Kakak Afiqah relax ja. Maklumlah dah besar dah malu-malu dah.

Muka-muka kelaparan tunggu kita baru sampai.

Ni menu wajib abah kalau sampai sini. Beriani kambing. Nampaknya abah dengan pak ngah ja yang ambil menu ni. Kita semua tak minat.

Muka kekenyangan. Tapi ibu suka sebab semua makanan yang kita pesan semua habis kita makan. Tak membazir orang kata

Tuesday 29 January 2013

Al-Fatihah

Isnin 28 Januari 2013 dalam pukul 12 tengah malam abah dapat berita yang tok nek dah meninggal. Tok nek menghembuskan nafas terakhir di hospital. Hari sabtu sebelum kita balik ke kampung wan zain, kita sempat singgah ziarah tok nek. Tak sangka kan tulah kali terakhir kita berjumpa tok nek. Nampaknya Dhia tak sempat nak kenal tok nek dengan lebih lama. Abang long dengan abang ngah sempat kenal tok nek tapi tak lama. Pagi isnin, lepas subuh kita terus siap-siap nak balik sungai petani, kerana tok nek akan disimpan dalam pukul 11 pagi. Kita sampai orang dah kapan jenazah. Abah, abang long dengan abang ngah ikut tok wan ke kubur. Ibu dengan Dhia tunggu dekat rumah. Tok nek dah lama tak sihat, dia masuk hospital pun dah seminggu. Tapi ibu sedih bila tengok tok nek man menangis. Sedih sungguh dia rasa, yalah seingat ibu kemana ja pergi berdua, berpimpin tangan. Romantik sungguh. Tapi la semua tu dah tinggal kenangan, tinggal tok nek man sorang diri. Tak da tempat nak bermanja dan bergaduh. Walau pun anak-anak ramai tak sama dengan isteri dia. Tapi kali ni ibu dapat menahan diri dari menangis, kalau ikut hati memang nak menangis tapi ibu tabahkan hati. Sayu ja masa orang nak usung jenazah untuk dikebumikan. Maklumlah bila ada saudara terdekat yang meninggal mesti ibu akan sebak, teringatkan arwah tok iaitu mak ibu. Tak da sapa kat dunia ni yang dapat menggantikan mak ibu. Walau bagaimanapun kita yang hidup mesti teruskan hidup. Kalau kita menangis air mata darah pun bukan mereka boleh kembali. Tak semestinya kita tak menangis kita tak sedih. Yang penting kita hadiahkan Al-Fatihah untuk mereka di sana. Lambat laun kita pun akan dijemput juga. Moga Allah tempatkan roh tok nek ditempat orang-orang beriman. Amin........


 

Kenduri Akiqah Dhia Khalissa

Pagi Jumaat 18 Januari 2013 kita siap-siap nak balik sungai petani sebab esoknya ada majlis akiqah Dhia, Danial dengan anak-anak mak uda. Kali ni Tok wan buat kenduri seekor lembu. Banyak tu kan. Macam kenduri kawin. Hari tu terpaksalah anak-anak ibu ponteng sekolah. Tak palah awal tahun, lepas ni dah tak boleh dah ponteng-ponteng. Sampai ja kampung orang dah ramai bergotong-royang. Malam pulak kita makan kambing. Memang ramai sungguh tapi kebanyakkan kawan-kawan Pak Uda. Kali ni ibu tak dapat nak tolong sangat sebab dhia tak mau duduk, orang geram nak dukung, dhia pulak tak mau kat orang, so terpaksalah ibu tolong setakat mana yang boleh. Esoknya kenduri, ramai sungguh orang macam kenduri kawin. Ibu tak sempat sangat nak ambil gambar sebab sibuk ke sana ke sini.

Dhia biasalah masuk ja kereta mesti tidur



Abang ngah biasalah junior fotographer

Ni semua adik beradik tok dengan tok wan bertungkus lumus untuk menjayakan majlis.

Nilah gulai pisang. Pisang tu nama dia pisang jari buaya. Ibu pun baru tahu pisang tu nama pisang jari buaya. Macam-macam hehehehehe

Ni pulak aktiviti kanak-kanak



Pagi sebelum kenduri orang masjid datang membaca tahlil



Petang kenduri

Macam kenduri kawin. Siap ada gerai goreng char koteuw lagi

Friday 25 January 2013

Pendaftaran Pra Sekolah Abang Ngah

Abang ngah dah dekat sebulan bersekolah, ibu baru sempat nak bercerita kat sini. Abang ngah tahun ni masuk pra lagi sekali. Tahun lepas 5 tahun, tahun ni 6 tahun, dah jadi senior. Tapi bangun pagi-pagi nak pi sekolah macam tahun lepas juga banyak ragam. Nama pun senior, cikgu cakap dah terlebih berani anak ibu sorang ni. Macam-macam ragam.

  Tak habis-habis dengan peace dia

Dhia pun bukan main excited hantar abang ngah daftar


Abang ngah la ni ibu perasan suka senyum gaya tak buka mulut.

Beratur untuk masuk ke kelas

Ni mesti cikgu ambil gambar. Maklumlah abah bagi kamera kat abang ngah.

Senyum

Ibu pi tengok ja abang ngah terus dia tak bagi ibu balik hehehehe

Abang ngah dengan kawan-kawan

Wednesday 23 January 2013

Majlis Pertunangan Mak Su

Mak Su bertunang dah sebulan baru ibu nak bercerita kat blog ibu ni. Maklumlah hujung-hujung tahun dengan awal-awal tahun ni sibuk. Bukan sibuk sikit tapi banyak. Hari ni baru berkesempatan nak menulis semula. Mak Su bertunang 25hb Disember tahun lepas. Nak tunggu gambar yang abah ambil hari tu lambat sangat nak siapnya, jadi ibu letaklah gambar yang abang long dengan abang ngah ambil. Ibu memang tak sempat nak ambil gambar, maklumlah sibuk menolong buat kerja-kerja rumah.



Ibu, Mak Njang & Mak Usu selepas majlis selesai.

Rombongan dah balik bolehlah abang long dengan abang ngah makan pulak
Mak Su dengan kawan-kawan

Gambar yang abang ngah ambil.

Gambar ni yang paling ibu suka. Nanti jadi kenangan abang long, abang ngah, alya, abang anip dengan muhammad.