Wednesday 28 November 2012

Home Sweet Home

Semalam lepas makan ibu dengan kawan-kawan ibu pergi tengok rumah kita. Hari minggu hari tu kita dah tengok tapi ibu tak puaslah sebab tak dapat ambil gambar. So, semalam ibu pi lagi. Tak sabar rasanya nak pindah masuk rumah baru. Tapi sebelum masuk memang macam-macam kita kena buat. Yang penting sekali kena pasang grill tingkap. Abang long dah cakap dah dia nak cat bilik warna hijau sebab dia rumah hijau. Dah bertukar dah warna sejak sekolah ni. Dulu abang long nak warna merah. Abang ngah pulak nak warna bilik warna-warni. Huish! anak ibu sorang ni lagi melampau-lampau permintaan dia. Apa-apa pun ibu ngan abah layan je. Bukan apa seronok tengok anak-anak ibu ni semangat nak dapat bilik masing-masing. La ni pun ada bilik tapi tak boleh cat sesuka hati. Maklumlah hak orang, tak boleh nak buat sesuka hati.

Ibu pulak yang paling ibu tak sabar sebab nak tanam pokok. Tak kisahla pokok perhiasan ka atau pokok yang boleh di makan.  Abang long pun dah bagi cadangan kat ibu nak tanam pokok apa. Abang long ni berseni sikit dan kreatif. Dia dah ada macam-macam perancangan nak buat. Apa-apa pun ibu rasa tahun depan kita dah boleh start masuk rumah. Insyaallah.

TAK SABARNYA RASA.....................


Ibu sempat lagi pose depan rumah kita

 Ni belakang dapur. Kat sini nanti bolehlah ibu tanam serai, cabai & pokok yang boleh ibu masak

 Ni Nombor rumah kita. Kebetulan kan 2A. Konon-konon Ayie ngan Anie. Nama ibu dengan abah, tak pun Afiq

Depan rumah kita

 Kat sini boleh kita tanam pokok bunga. Cewah berangan ja ibu kan



Ni ruang dapur rumah kita. Boleh ambil gambar kat luar jalah sebab pintu kunci. Rumah kita tak siap lagi sebab tu kotor lagi.

Ni ruang tamu.

Ni pulak playground. Tapi playground ni kat lorong belakang rumah kita. Kecil ja playground dia.

Tuesday 27 November 2012

Nasi Arab

Sebenarnya dah lama ibu teringin nak merasa nasi arab ni. Hari tu sebelum bersalin ada ibu ngan kawan-kawan ibu pi kat restoran nasi arab yang kat rumah kita tu, tapi hari tu nasi arabnya belum siap, so tak jadilah ibu nak makan. Nak ajak abah pi hari lain ibu dah tak sanggup sbb hari tu ibu masuk bilik air dia dan bilik air dia tak memuaskan, terus cancel tak mau pi dah kat situ.

Cuti Deepavali baru ni ibu ajak abah pi Tesco Seberang Jaya tuk makan nasi arab. Sebab ramai juga kawan-kawan ibu kata nasi arab kat situ sedap. Pastu boleh shopping barang sikit kat situ.

 Abang Ngah nak buat peace tapi nampak cam dua ja. Abah seriusnya muka.

Abang Long biasalah mesti nak duk dengan ibu.

 Nilah nasi arab ayam mandy. Abah ambil nasi beriani kambing tak sempat nak ambil gambar sebab semua pakat nak makan lapar. Nasi banyak punya pasal nasi ibu kongsi ngan abang long ngan abang ngah. Mulanya abang ngah nak kongsi dengan abah, lepas dia tengok nasi abah warna kuning terus tak jadi, ambil nasi ibu.

Air pun gelas besar. Ibu tak dapat nak tolong habiskan sebab ais. Ibu kan pantang lagi semua ni.

 Abang long pun nak bergambar tapi muka tak mau senyum serius ja. Dhia dalam stroller kat belakang tu biasalah nama pun baby tambah sejuk pulak tidurlah.

Lampu ni saja ja ibu ambil gambar sebab nampak menarik juga

Monday 26 November 2012

Langkah Pertama

Lama sungguh ibu rasa tak bercerita kat blog ni. Bukan apa, maklumlah kat office ibu sibuk dengan kerja, balik rumah lagilah tak sempat nak buka internet ni. Sampai-sampai ja rumah terus buat kerja rumah. Bila malam ja mulalah letih, maklumlah tenaga dah habis siang tadi. Kalau Dhia tidur awal bolehlah ibu tidur awal, tapi bukan nak kata apa memang Dhia tidur lambat la ni. Pukul 1 baru nak tidur, tu pun dikategorikan awallah tu. Selalunya sampai kul 2 atau 3 baru tidur. Agaknya Dhia rasa macam dok kat dalam rahim ibu lagi kot. Dulu masa Dhia kat dalam pukul 12tgh mlm. ke atas baru Dhia aktif, siang tidur. Tapi seronok juga dapat alami semua tu sekali lagi. Maklumlah dah hampir 5 tahun ibu tak berjaga malam sangat macam ni. Abang long ngan abang ngah dulu lain tak sama macam Dhia. Betullah orang kata 10 orang anak, sepuluhlah ragam.

Anak ibu kali ni cepat sungguh boleh meniarap. Umur 3 bulan setengah dah boleh meniarap. Ramai orang kata sebab perempuan kot dia ringan sikit. Ibu ingat lagi, abang long 5 bulan, abang ngah 4 bulan boleh meniarap. La ni ibu tengok Dhia dah dok angkat-angkat punggung macam nak menyulur dah. Abang ngah selalu tanya menyulur tu macam mana, puas jugalah ibu explain. Nanti bila Dhia dah boleh menyulur bolehlah abang ngah tau macam mana.

 Ni dah cekap maklumlah dah 4 bulan



Rambut dah makin panjang

 Sebijik macam muka abang long masa umur dia 3 bulan. Sebab tu ramai orang ingat Dhia lelaki hehehehe

 Dah pandai pegang botol susu sendiri. Tapi dalam tu susu ibu bukan susu tepung. Alhamdulillah ibu dapat susu Dhia lama kali ni.


Abang Long ngan Abang Ngah pun seronok tengok Dhia dah boleh meniarap. Nilah bodyguard Dhia Khalissa
 

Thursday 22 November 2012

Orang Baru

Tanggal 13 Julai 2012 bersamaan 23 Syaaban 1433, tepat jam 3.22 pagi. Pagi Jumaat yang mulia, lahirlah orang baru dalam family kita. Ibu sepatutnya dijangka bersalin pada 11 Julai, tapi semuanya kehendak Yang Maha Esa ibu lewat sehari. Ibu sebenarnya risau juga sebab tak pernah lagi bersalin lewat. Pagi 12 Julai ibu turun tanda dan ibu terus ke hospital untuk buat pemeriksaan. Sebelum tu ibu dah call abah banyak kali tapi abah tak angkat, jadi ibu tinggalkan pesanan ja untuk abah. Lagi pun abah dah cakap kalau dia tak angkat tu maknanya dia dalam kolam tengah belajar berenang. Sampai di hospital, bila doktor dah periksa ibu dah buka 3cm, jadi doktor tak bagi ibu balik dia terus masukkan ibu ke wad. Dalam hati ibu risau sebab abah masih belum selesai kursus dia. Macam mana kalau ibu bersalin abah tiada, sedihnya. Bila ibu dah masuk wad syukur alhamdulillah abah call ibu dan dia kata dia on the way ke hospital. Abah cakap abang hakimi lahir kul 1.27 pagi, abang danial kul 6.18 pagi dan kali ni mesti lahir kul 3.00 pagi. Ibu tak kisahlah kul berapa lahir janji selamat semua.

Malam tu ibu dah start sakit, doktor datang check ibu dah buka 4cm, so ibu kena masuk bilik bersalin. Masuk ja bilik bersalin doktor pecahkan air ketuban. ibu ingat lagi masa dalam pukul 10 malam. Sebelum masuk bilik bersalin ibu sempat call abah. Abah cakap lepas tidurkan hakimi dan danial abah pergi kat ibu. Kat bilik bersalin hanya Allah yang tahu perasaan ibu. Sakit makin kuat. Lepas sejam, sejam. Akhirnya dalam kul 3.22 pagi ibu selamat lahirkan baby dengan berat 3.5kg. Yang paling mengharukan ibu ialah ibu lahirkan baby girl seperti yang diidam-idamkan selama ini. Patutlah semuanya lebih daripada abang Hakimi ngan Danial. Syukur alhamdulillah hilang semua sakit ibu.

Lahirlah Dhia Khalissa dalam keluarga kita. Ibu sebenarnya kalau dapat baby girl ibu nak letak nama Dhia Qalisya, tapi Qalisya tu tak da maksud. Puas abah tanya ustaz, akhirnya dapat juga nama yang ibu idam-idamkan yang bermaksud sinaran keikhlasan. Ibu harap Dhia akan melakukan semua perkara dengan ikhlas seperti nama Dhia Khalissa.





 Kaki masih mengelupas. Rasanya gambar ni Dhia baru seminggu

Tangan Dhia yang halus dan comel

 Tangan ibu. Nanti bila dah Dhia besar macam nilah tangan Dhia.

 Ni pulak tangan abah.



 Abang Long ngan Abang Ngah



Gambar ni semua abah ambil sebelum Dhia bercukur. Rambut Dhia memang lebat dan lembut