Tuesday 20 March 2012

Our Heroes

Bagi ibu abah memang seorang yang suka bersukan, tapi yang paling abah minat mestilah bola sepak. Buktinya kasut bola abah dah bermacam-macam jenis ibu tengok. Ibu tak minat sangat bola sepak ni, bila dah kenal dengan abah terus jatuh cinta, bukan jatuh cinta ngan sukan bola tu pun tapi suka tengok bila abah main bola. Kecil-kecil cili padi. Bila abah bawa bola cam lipas kudung ja, skill tu ada. Masa badan abah tak naik sangat macam sekarang lagi best tengok abah main.

Ibu pun minat sukan, maklumlah sukan boleh buat badan kita sihat sebab tu ibu suka bila hakimi ngan danial main sukan. Ibu nampak anak-anak ibu pun minat bola sepak ni. Sebab tu bila abah ada perlawanan kalau dekat ngan rumah kita ibu akan bawa anak-anak ibu ni pi tengok. Baru-baru ni kita pi tengok abah lawan bola untuk sukan tempat kerja abah. Gambar-gambar ni semua kawan abah yang ambil so ibu copy jalah, maklumlah ibu tak sempat nak ambil.


 Walau badan abah dah naik tapi lari still laju





Gelecek abah jangan tak gelecek

Abah dulu dan sekarang. Banyak beza kan. Tapi cam na pun abah still our heroes.......

Thursday 15 March 2012

Didik Anak Sebelum & Selepas Tidur

Untuk kawan-kawan Ibu..........

1. Bersihkan diri sebelum tidur
i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).

2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”
KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku, Ingatlah, Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari. Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya. Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?

Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.

Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,
Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak. Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur. Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur. Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia. Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur. Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.

Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari. Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber : http://myibrah.com/

Wednesday 14 March 2012

Kiansom

Isnin baru-baru ni abah masuk sempadan dengan best friend dia. Kali ni depa tidur sana semalam. Bukan ada apa-apa pun saja depa nak makan asam pedas atau pun bahasa thainya kiansom. Ibu pun hairanlah apalah yang best sangat asam pedas sana sampai dalam setahun tu mesti ada depa pi sana. Abah kata asam pedas dia tak sama macam asam pedas kat malaysia ni, dia lain dari yang lain. Asam pedas yang ibu buat pun tak sama. Dah banyak kali ibu dengar abah bercerita dan ntah bila abah nak bawa kita pi sana, so ibu suruh abah bungkus kat kita sekali. Abah kata kalau bungkus tak sedap sebab sejuk, ibu cakap tak kisahlah blk sini ibu panaskan balik. Semua tu tak da masalah.

Sebelum tu abah ada tanya nak asam pedas ikan apa sebab ada banyak jenis ikan. Abah cakap dia ngan kawan dia makan kiansom ikan puyu. Ikan puyu dia bukan macam kat sini, besar-besar tapak tangan ibu.  Semalam abah balik dia bawa balik kiansom ikan siakap.First timelah ibu tengok asam pedas yang kuah dia tak merah tapi sekali rasa memang berapi. Baru rasa kat bibir dah rasa berapi. Pedas dia tak tau nak cakap cam na, memang lain dari yang lain. Memang tak sama macam asam pedas kita. Tak pa abah cakap kat ibu kalau kita nak pi tidur sana pun tak pa sebab hotel dia bersih dan cantik lagi pun murah ja RM85 semalam. Sebelum makan tu sempatlah ibu snap gambar kiansom tu sebelum masuk dalam perut kita.

yang putih tu bukan rebung tau tapi umbut nyiur. memang sedap.

Thursday 8 March 2012

Ibu Bangga Dengan Danial

Minggu ni minggu aktiviti kat tempat kerja abah. Abah kena masuk keja awal dari biasa jadi, tugas ibulah pulak untuk hantar hakimi ngan danial pi sekolah. Hujan dari semalam sampai petang ni tak berhenti-henti lagi. Masa ibu nak ambil hakimi lagilah hujan turun lebat. Danial apa lagi sampai ja kat rumah terus ambil baju hujan dia main air hujan. Maklumlah tak basah kata danial. Akhirnya ibu yang kesejukan sebab ibu guna payung ja kaki basah kena hujan. Masuk pejabat kena aircorn pulak, lagilah sejuk dah macam anak ayam kesejukan dah ibu.

Sebenarnya ibu nak bercerita pasal danial. Pagi tadi masa hantar danial pi sekolah, cikgu danial ada cakap yang danial ni mudah diajar. Apa cikgu ajar semua buat. ABC dah kenal, 1-100 pun dah boleh bilang. Cikgu kata lagi walau pun danial masih cakap bunyi H kat depan tapi danial dah mengenal huruf dan abjad. Ibu rasa sebab masa abang hakimi dok belajar dulu, danial rajin ikut apa yang abang sebut. Danial pun rajin kalau kat rumah. Kalau jumpa buku mesti suruh ibu baca pastu danial ikut apa yang ibu baca. Macam mana pun ibu bangga dengan danial and abang hakimi. Abang hakimi pun kekadang rajin tunjuk ajar kat danial. Ibu harap dan berdoa semoga anak-anak ibu berjaya dunia dan akhirat. Harap-harap anak-anak ibu rajin berusaha sampai bila-bila pun.