Monday 31 October 2011

Butter Prawn

Akhirnya menjadi juga butter prawn ibu. Cadangnya nak buat dari minggu lepas lagi, tapi tak sempat. Akhirnya malam ni terhasil juga butter prawn ibu. Resepi ni pun ibu ambil dari internet. Best ja dengar bila abah kata sedap. hakimi ngan danial pun bukan main lagi makan. Ibu pun rasa sedap juga, cewah-cewah masuk bakul angkat sendiri nampak. Sedap punya pasal ibu yang habiskan sebab abah tak boleh nak makan banyak-banyak, maklumlah dia nak pi main Futsal, nanti mengah pulak.

                            Tak sempat dah nak hias-hias

                                    Yummy..........

Wednesday 26 October 2011

Tesco & Sushi again

Hari ni cuti sempena Deepavali.  Pagi-pagi ibu bangun buat breakfast simple ja iaitu koayteuw goreng.  lepas breakfast terus kemas rumah apa-apa yang patut, maklumlah time-time cuti cam nilah nak kemas rumah pun. Bila rumah dah kemas rasa puas hati sangat.  Kalau hari biasa sempat sapu sampah ja maklumlah nak rushing pi keja, nak siapkan abang hakimi ngan adik danial lagi.  Macam lipas kudung ja rasa, semua benda nak buat. Tapi tak pa ibu suka dan itulah salah satu cara ibu exercise, maklumlah nak pi exersice tak sempat so exerciselah dengan kerja rumah.  Lepas siap keja rumah ibu rehat-rehat jap, sebab lepas zohor lebih kurang kul 2 abah janji nak bawa kita p Tesco Alma.  Danial ajak p Tesco Taiping sebab boleh p Zoo Taiping, tapi abah kata tak palah kita pi Tesco Alma sebab ada sushi, maklumlah abah kan peminat sushi........ Sampai ja kat Tesco abang ngan adik terus masuk tempat permainan sampai tak ingat nak makan.  Ibu ngan abah apa lagi pegi cari makanlah, sambil makan sambil perhatikan abang ngan adik, risau juga walaupun dalam tu cam selamat ja tapi kita tak tau kan apa akan jadi, lagi pun orang ramai. Masa ibu asyik makan ibu ternampak kawan ibu Tikah.  Tikah ni pernah practical kat tempat keja ibu dulu, dah lama dah tapi ibu still contack lagi ngan dia.  Dia datang dengan husband n baby dia. Sempatlah ibu tengok baby dia. Lepas ibu ngan abah habis makan kita pegi cari barang-barang rumah.  Puas juga abah memujuk ajak keluar tapi tak jalan juga so ibulah pulak pegi memujuk.  Nasib baik mau keluar tu pun setelah diumpan untuk beli angry bird.  Dah habis beli barang-barang kenalah tunaikan janji. So, dapatlah set mainan angry bird sorang satu. Abang bukan main excited lagi dapat apa yg diidam-idamkan.  Masa nak keluar Tesco lalu pulak depan KFC, abang cakap nak makan KFC sebab tadi tak makan so laparlah tu.  Kali ni ibu pulak belanja, maklumlah abah dah belanja ibu beli barang-barang tadi.  Masa kat KFC tu sempat lagi adik cakap "KFC Tesco ni sedaplah abah". Danial, danial ada-ada saja. Lepas makan terus balik rumah.

Monday 24 October 2011

Danial oh Danial......

Betullah orang kata budak-budak akan cepat belajar sesuatu perkara atau benda yang dilihat ngan dengar. Contoh terbaik anak ibu nilah si mulut banyak danial, cepat ja ikut apa yg ibu cakap. Ibu pun kekadang kalau marah memang tak perasan apa yg ibu cakap, tapi seingat ibulah tak dalah pulak ibu cakap yg bukan-bukan. Patutlah kalau ibu marah ibu terdengar macam adik cakap "Aku hangin (angin) ni!!!!!!!!!!!. maklumlah danial kan suka huruf H kata abang Hakimi. Rupa-rupanya danial ejek apa yang ibu cakap kat abg ngan adik hari tu. Macam semalam ibu cakap x sempat habis lagi danial terus sambung "Aku hangin ni!!!!!!!!!!. Last-last tak jadi marah terus tergelak. Cara danial cakap tu melucukan, dengan suara kecil dia tu.

si budak banyak akal



Friday 21 October 2011

Sesekali Teringat.............

Minggu ni bila petang ja mesti hujan. Orang cakap hujan rahmat. Maklumlah dah lama hujan tak turun. Sesekali teringat ibu kat adik-beradik ibu. Rasa dah lama tak jumpa adik-beradik ibu. Last jumpa Raya Puasa hari tu, lepas tu dah tak jumpa. Rasanya dah dekat 2 bulan kita tak balik kampung. Tapi takpa Raya Haji nanti kita balik matang berangan ngan kubang jawi jumpa tok wan Un, tok Ani, tok wan Zain ngan tok Tom.

Ni gambar Raya Puasa Tahun 2009. Tema Serba Unggu.

Raya tahun ni tema serba kelabu. Mak Jang tolong beli kain last-last baju dia yang tak siap.
Wan Zain ngan Tok Tom.

Danial ngan Mak su Nurul

Anak dara mak jang si Alya

Tuesday 18 October 2011

Abang Dah Besar

Dah besar anak ibu sorang ni. Dah pandai jaga adik. Ibu teringat kata-kata abang masa danial terjatuh kat padang hari tu, abang cakap "Danial jangan nangis tau, danial kan kuat". Pandai abang hakimi pujuk adik kan. Kekadang bila tengok abang hakimi ngan danial baru tersedar betapa cepatnya waktu meninggalkan ibu. Dalam hati, ibu amat bersyukur kepadaNya kerana abang hakimi boleh berkawan elok dengan adik danial. Abang jarang nak bergaduh dengan danial, abang banyak beralah. tapi kalau abang kena buli ngan kawan-kawan abang, daniallah orang pertama yang pertahankan abang. Ibu harap sikap n perangai abang ngan danial ni berkekalan sampai bila-bila.